download Jom Explore app
10 Makanan Halal Yang Sedap Boleh Cuba Di 7E Hatyai!

10 Makanan Halal Yang Sedap Boleh Cuba Di 7E Hatyai!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 29 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Jika anda melancong ke Hatyai, Thailand. Percutian anda pasti tak sah kalau tak menyinggah ke kedai serbaneka 7-Eleven (7E). Bukan sahaja tempat membeli barang keperluan, malah penuh dengan aneka makanan unik serta halal untuk dijadikan snek sepanjang percutian.

Tahukah anda kebanyakan makanan di 7E Hatyai tidak dijual di negara kita. Oleh itu, memang rugi kalau tak cuba ambil peluang untuk menikmati makanan yang sukar untuk dapat di negara kita.

Kalau bercuti di Thailand, memang wajib singgah 7E dia!Photo from CK Travels

Jom tengok beberapa makanan yang boleh anda cuba!

1. CP Burger - Burger Halal Yang Wajib Untuk Cuba

Terlalu banyak makanan sedap yang halal boleh dinikmati di 7E Hatyai, salah satunya CP BurgerPhoto from Penang Foodie

Tanya sesiapa yang pernah bercuti di Hatyai. Mereka pasti pernah dan wajib cuba CP Burger apabila berada di negara ini.

Popularitinya sangatlah tinggi di negara kita sehingga ada yang jadikannya sebagai ole-ole. Tambahan pula, burger ini merupakan snek ideal untuk dimakan segera dan boleh dinikmati dalam pelbagai perisa.

Burger ini memang wajib cuba apabila anda berada di HatyaiPhoto from Penang Foodie

Antara perisa popular seperti:

  • Spicy Chicken
  • Blackpepper Chicken
  • Shrimp & Fish
  • Seafood

Ada beberapa perisa sedap boleh dicuba, antaranya seperti iniPhoto from ranthaimart

2. Susu Meiji - Minuman Berkrim Pasti Dapat Legakan Kehausan Anda

Susu Meiji inilah yang popular di negara kita juga tauPhoto from Lemon8

Minuman ini sangat terkenal di 7E Thailand terutama di Hatyai. Minuman susu berkrim dengan sedikit rasa manis pasti menjadi kegemaran anda selepas pertama kali mencubanya.

Tambahan pula, beli satu memang tak cukup, mesti nak beli lebih untuk dibawa pulang ke Malaysia. Namun, perlu diingatkan anda perlu pilih varian dengan logo Halal tau!

3. CP Roti Sosej - Snek Ringan Yang Sedap & Halal

Kalau anda gemar makan hotdog, cuba try yang ini pulaPhoto from ran thai mart

Datang daripada syarikat yang sama. Jika anda gemar makan roti sosej, min sarankan anda cuba CP Roti Sosej yang juga mudah didapati di 7E.

Tetapi segelintir netizen Malaysia mendakwa ada pilihan halal dan pilihan yang tidak halal. Oleh itu, sebelum anda beli semak label terlebih dahulu tau, jangan main beli je!

Rasanya pula ada yang kata biasa-biasa sahaja, ada pula gemar menikmatinya. Kalau tanya min, tak rugi untuk cuba.

4. Seaweed Chicken Roll - Kombinasi Ayam Dan Rumpai Laut Menyelerakan

Menjadi antara snek yang sedap, kombinasi rumpai laut dan ayam sungguh menyelerakanPhoto from IG | ranthaimart

Kombinasi rasa ayam yang dibalut dengan rumpai laut dapat memberikan rasa menyelerakan dengan setiap gigitan!

Selalunya boleh dijumpa di 7E, Seaweed Chicken Roll ini sentiasa menjadi kegemaran ramai sebagai snek ringan. Ini kerana ia sangat mudah untuk dimakan serta mampu mengenyangkan kita pulak tu.

Rugi kalau tak cuba.

Rugi kalau tak cuba tauPhoto from IG | ranthaimart

5. Mi Segera Halal - Jangan Lupa Untuk Cuba

Siapa yang gemar makan mi segera, anda wajib cuba perisa ini, memang sedap!Photo from Have Halal Will Travel

Sentiasa menjadi makanan kegemaran di kalangan warganegara tempatan, mi segera sangat penting terutama bercuti di luar negara. Dekat 7E Hatyai, terdapat pelbagai mi segera halal anda boleh nikmati dalam bentuk cawan atau bungkus.

Perisa yang popular sudah tentu, Tom Yam yang mempunyai rasa pedas dan masam memukau.

Kalau nak rasa perisa unik di Thailand, min sarankan anda cuba kari hijau yang juga menjadi pilihan ramai. Harganya juga murah tau,

Mi segera perisa kari hijau hanya ada di Thailand sahaja tauPhoto from Hot Thai Kitchen

6. Onigiri, Nasi Jepun Berbentuk Segitiga

Makanan ringan Jepun pun ada dekat 7E Hatyai, best betulPhoto from CK Travels

Siapa sangka dekat Thailand pun boleh nikmati makanan Jepun yang menyelerakan. Contohnya, Onigiri yang dibentuk menjadi segitga atau bulat, dibalut dengan rumpai laut diisi dengan ayam, tuna atau salmon.

Sangat mudah untuk dimakan dan menyelerakan pulak tu! Sesuai untuk dijadikan hidangan ringan. Tambahan pula, sangat mudah untuk bawa ke mana-mana sahaja tau.

Ada pelbagai inti menyelerakan menjadi snek ringan utamaPhoto from Street Food man

7. Dumpling Halal - Banyak Pilihan Inti Menyelerakan

Dumpling halal pun 7E Hatyai jual tauPhoto from Makanan dan Minuman 7e Thailand FB

Jika anda ada bajet sedikit, apa kata cuba dumpling halal dekat 7E Hatyai. Boleh dinikmati dalam pelbagai jenis inti seperti ayam, sayuran atau makanan laut. Memang sedap untuk makan begitu sahaja atau bersama hidangan lain!

Sangat sesuai kalau anda sudah penat berjalan dan ingin menikmati hidangan ringan buat sementara waktu.

8. Makanan 'Ready-To-Eat' - Hidangan Berat Pasti Mengenyangkan

Kalau taknak snek ringan, makanan berat pun boleh anda nikmati dekat 7E HatyaiPhoto from Hijabista

Andai kata anda terasa nak cuba makanan berat, dekat 7E pun boleh tau! Ada banyak pilihan pulak tu. Contohnya seperti nasi ayam atau nasi goreng.

Dikenali sebagai 'ready-to-eat', makanan ini boleh dipanaskan dengan mudah untuk dinikmati sebagai hidangan utama. Pilihan yang halal pun ada banyak tau! Tambahan pula, anda boleh campur snek ringan tadi untuk cipta hidangan unik.

9. Teh Susu Thai - Minimum Teh Susu Menyegarkan

Teh susu thai memang terkenal, dekat negara kita pun ada peminat setia, wajib cuba apabila anda berada di 7E HatyaiPhoto from Thai Foodie

Memang rugi kalau dah sampai ke Thailand tak cuba minuman teh susu thai! Rasanya memang sedap, berkrim, manis dan berlemak adalah padanan sempurna selepas menikmati pelbagai makanan menyelerakan.

Tambahan pula, boleh didapati dalam botol membuatkan anda mudah untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Sehubungan dengan itu, jangan terkejut kalau memang mudah untuk dapatkan minuman ini.

10. Arabus Coffee - Pilihan Kopi Paling Popular Di Thailand

Kopi Arabus sangatlah popular dan wajib anda cuba apabila berada di ThailandPhoto from KL Foodie

Sesiapa yang kaki mengopi tu min memang sarankan anda untuk cuba Arabus Coffee di mana-mana 7E Hatyai. Aneka minuman ini memang popular sehingga ada yang menjualnya di negara kita tau.

Penuh dengan rasa kaya serta aroma memikat, Arabus Coffee boleh didapati dengan pelbagai perisa menarik. Contohnya seperti, latte, cappuchino dan mocha.

Sesuai untuk diminum untuk hilangkan rasa dahaga dan untuk menambah tenaga selepas seharian berjalan di Hatyai, Thailand.

Sedap untuk diminum pada bila-bila masa dan senang nak cari dekat 7E tauPhoto from KL Foodie

Tips Beli Makanan Halal Di 7E Hatyai!

Logo halal Thailand berbeza dari negara kita, oleh itu sila periksa sebelum beli makanan!Photo from The Central Islamic Court of Thailand

Haa.. tak semestinya semua makanan yang dijual di 7E itu adalah halal tau. Anda juga perlu melakukan andaian sendiri dan pilih yang betul dengan mengikut tips ini:

  • Cari bahagian makanan halal - sesetengah cawangan 7E mempunyai bahagian khusus makanan halla
  • Semak logo halal - pastikan setiap produk anda beli mempunyai logo halal yang sah
  • Baca label bahan - jika tiada logo halal, semak terlebih dahulu bahan kandungan
  • Pilih produk vegetarian - lebih selamat jika anda was-was

Justeru itu, min harap info ini bermanfaat untuk anda tau.

Mungkin anda suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok