download Jom Explore app
Lepas Ni, Nak Bercuti Ke Thailand Wajib Bayar Cukai?

Lepas Ni, Nak Bercuti Ke Thailand Wajib Bayar Cukai?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 25 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Thailand merancang untuk memperkenalkan cukai masuk bagi pelancong antarabangsa yang menggunakan kapal terbang seawal tahun depan.

Memetik laporan dari BFM News, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan mengemukakan pelan untuk kelulusan kabinet pada Januari 2025.

Selepas ini pelancong masuk ke Thailand melalui penerbangan perlu membayar cukai?Photo from NST

Sebanyak 300 Baht (RM39) akan dikenakan kepada pelancong yang ingin masuk ke negara tersebut.

Langkah ini dilakukan untuk meningkatkan dana negara, menyokong infrastruktur pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar.

Cukai tersebut akan meningkatkan tahap kualiti sektor perlancongan ThailandPhoto from Business-Today

Sistem Pembayaran Cukai Baru Thailand?

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Theinthong menjangkakan sekurangnya enam bulan diperlukan untuk melaksanakan polisi baru

Menterinya, Sorawong Thienthong berkata, "Selepas mendapat persetujuan kabinet, tempoh perincian polisi akan mengambil masa sekitar enam bulan.

Kerajaan Thailand merancang untuk menyediakan sistem pembayaran atas talian bagi kemudahan pelancong. Pelancong akan diminta melengkapkan bayaran sebelum memulakan percutian di negara.

Kerajaan Thailand akan memastikan polisi ini bakal memudahkan pelancong untuk membayar cukaiPhoto from thesun

Pihak kerajaan juga akan memastikan proses masuk lebih lancar dan mudah," ujarnya.

Tambahan pula, fasa pertama pelaksanaan akan melibatkan pelancong yang masuk melalui penerbangan. Manakala, fasa kedua dijangka akan dikenakan kepada pelancong yang masuk melalui laluan darat.

Bukan sahaja melalui penerbangan, masuk melalui darat pun bakal dikenakan cukai iniPhoto from Reddit

70% Pelancong Masuk Ke Thailand Melalui Penerbangan Antarabangsa

Hampir 70% pelancong masuk ke Thailand melalui penerbangan antarabangsaPhoto from Vietjet air

Sehubungan dengan itu, kementerian turut mengatakan bahawa 70% daripada jumlah pelancong masuk ke negara ini tiba dengan pesawat. Memberi kesan positif kepada sektor pelancongan negara tersebut.

Umum mengetahui majoriti rakyat Malaysia gemar ke Thailand sebagai destinasi percutian terutama pada musim cuti panjang.

Tiap kali cuti panjang, warga Malaysia akan menghabiskan masa bercuti di ThailandPhoto from Reddit

Baru-baru ini kita dapat lihat hampir 100,000 warganegara Malaysia memilih untuk bercuti di Selatan Thailand. Menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada eknonomi negara Siam.

Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia seperti Hat Yai, Songkhla, Krabi dan Pattani kerana dipenuhi dengan banyak makan serta destinasi menarik.

Krabi, Phuket, Hat Yai antara destinasi kegemaran orang MalaysiaPhoto from Krabi tourism

Kemasukan Pelancong Malaysia Menyebabkan Laluan Lintas Jadi Sesak?

Lambakkan pelancong Malaysia telah menyebabkan laluan keluar masuk jadi sesakPhoto from VisasNews

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha melaporkan bahawa lebih 36,000 warganegara Malaysia masuk ke wilayah Songkhla melalui tiga pintu sempadan- Sadao, Prakob, Padang Besar.

Situasi ini menyebabkan laluan ke Selatan Thailand mula sesak seawal 5 pagi hingga 11 malam. Selain itu, penginapan di wilayah ini telah mencapai tahap maksimum walaupun memiliki 400 hotel dengan sekitar 30,000 bilik.

Hampir semuanya akan ditempah penuh sepanjang cuti panjang seperti kita lihat sebelum ini.

Pelancong Malaysia membuatkan hampir kesemua hotel di wilayah Songkhla sold-outPhoto from Beautiful Nara

Apakah Kesan Dapat Dilihat Dengan Sistem Cukai Baru?

Kerajaan Thailand ingin tingkatkan infrastruktur pelancongan negara melalui sistem cukai baruPhoto from Lonely-Planet

Sudah tentu kita ingin melihat apakah pembaharuan akan dilakukan oleh kerajaan Thailand selepas menggunakan sistem cukai baru ini. Adakah segala sektor pelancongan akan dipertingkatkan?

Atau sektor lain akan diberi fokus untuk menambah kepada kepuasan pelancong datang bercuti ke negara ini. Walau bagaimanapun, apa pendapat anda tentang pengenalan sistem cukai ini,

Adakah rakyat Malaysia akan kurang bercuti di Thailand kerana perlu membayar cukai?Photo from Wanderlust Travel Magazine

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok