Tabiat Pemandu Malaysia Buat Netizen Thai Marah?!
Benar kata pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" merujuk kepada tabiat parkir sesuka hati oleh rakyat Malaysia. Perkara ini telah menjadi topik hangat dibincangkan oleh netizen Thailand.
Segelintir rakyat Malaysia gemar memandu ke negara jiran bagi tujuan makan angin. Oleh itu tidak hairanlah mengapa semakin banyak kenderaan dari Malaysia muncul di Thailand terutama di kawasan tumpuan pelancong.
Photo from Berita Harian
Namun tular di media sosial, netizen Thailand meluahkan rasa bengang melihat sebuah kenderaan Malaysia parkir sesuka hati di Hatyai. Isu ini bukan berlaku buat kali pertama malah semakin kerap dalam bulan ini sahaja.
"Pergi Bocorkan Tayar Kereta Dia," Kata Netizen Thailand
Photo from Facebook
Insiden yang berlaku di Thepha, Thailand mencetus kemarahan penduduk tempatan melihat sebuah kenderaan dengan selambanya parkir secara serong. Lebih memalukan kereta itu mengambil tiga ruang parkir sekaligus.
Merujuk kepada gambar yang tular tersebut, kebanyakan menulis komen berbaur sinis. "Ini kes lain, orang Thailand semua dialu-alukan ke lot parkir Malaysia di Thailand. Kepada jiran kita, tolong hormati dan patuhi peraturan negara kami," ujar salah seorang netizen.
"Pergi bocorkan tayar kereta dia," menjadi antara komen mendapat reaksi. Ada juga mendakwa mungkin pemilik kenderaan tersebut buta sebab itu terpaksa parkir sebegitu.
Photo from The Sun
Tercalar Imej Negara, Buat Malu Sahaja
Photo from Majoriti
Gambar yang tular bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial di Thailand. Netizen Malaysia terasa malu dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab beberapa pemandu tempatan.
Tak cukup dengan melanggar peraturan di negara sendiri, mereka juga sesuka hati melanggar di negara orang. Sehubungan dengan itu, ramai tampil di ruangan komen memohon maaf dan mengecam tindakan pemandu tersebut.
"Maafkan mereka, mungkin tinggalkan otak di sempadan dan malu betul. Memalukan nama Malaysia," ujar salah seorang netizen.
Photo from Vocket
Pihak Polis Thailand Menggesa Pemandu Malaysia Untuk Mengikut Peraturan Negara Luar
Photo from Sinar Harian
Baru-baru ini, ramai pemandu Malaysia sesuka hati melanggar peraturan jalan raya ketika bercuti di Thailand. Akibatnya saban hari kita dapat lihat kenderaan mereka disita oleh pihak berkuasa.
Lebih memalukan, pihak polis menggesa agar pemandu Malaysia mengikut peraturan jalan raya di luar negara. Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh) Lt Kol Sakarin Anusaman Sakul berkata.
Photo from Harian Metro
"Tindakan diambil terhadap pemandu Malaysia kerana kenderaan mereka menghalang lalu lintas. Kejadian sebegitu kerap berlaku di Hatyai dan ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui undang-undang semasa bercuti di Thailand.
Contohnya mereka tidak boleh meletakkan kenderaan sesuka hati. Mereka mesti beri perhatian kepada papann tanda diletakkan oleh pihak berkuasa di tepi jalan.
Jika mereka menghalang aliran trafik, polis terpaksa mengambil tindakan. Mereka juga mengeluarkan saman dan menyita kenderaan jika ditinggalkan tanpa pengawasan," katanya.
Photo from My Travel Tips
Masuk Rumah Orang, Ikutlah Peraturan Orang
Photo from Harian Metro
Kita sering marah apabila rakyat luar negara mencuri minyak subsidi atau sesuka hati melanggar peraturan di tempat kita. Sedangkan tabiat ini juga kita lakukan apabila bercuti di luar negara.
Tindakan parkir sesuka hati jelas melanggar peraturan jalan raya Thailand. Ini bakal memberi tanggapan negatif terhadap warga tempatan.
Photo from Driving In Thailand
Bukan itu sahaja, tabiat ini turut mencalarkan imej negara kita di mata masyarakat antarabangsa. Justeru itu, ikutlah peraturan di negara orang seperti mana kita ingin orang luar ikut peraturan kita.
Photo from beautifulnara
Mungkin korang suka: