download Jom Explore app
Perjalanan Kereta Api Paling Panjang & Jauh Dalam Dunia

Perjalanan Kereta Api Paling Panjang & Jauh Dalam Dunia

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 29 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kalau tengah mencari sebuah pengembaraan baru yang menarik apa kata korang menikmati perjalanan kereta api paling jauh dalam dunia! Ia dapat memberi korang pengalaman percutian melihat kecantikkan setiap negara melalui perspektif yang berbeza. Perjalanan jauh ini mengambil masa selama 21 hari tau!

Kereta api memainkan peranan penting dalam infrastruktur orang awam. Ia dapat menghubungkan pelbagai bandar tanpa memerlukan jalan raya serta membenarkan kita pergi satu tempat ke tempat dengan mudah.

Senang kata, lihat sahaja LRT dan MRT yang ada di kawasan bandar Lembah Klang. Kebanyakkan orang kita akan menggunakannya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya serta mengharungi pelbagai lokasi dalam bandar.

Tetapi min faham ramai orang akan mengabaikan idea untuk menggunakan kereta api untuk pergi mengembara. Ini kerana kita memiliki kereta sendiri untuk berjalan dalam negara. Kalau ke luar negara pula kan ada kapal terbang untuk melawatnya betul tak.

Kalau begitu kenapa nak kena naik kereta api pula untuk pergi mengembara. Haa.. seronoknya adalah kita daapt melihat pelbagai permandangan serta keunikkan setiap lokasi dalam negara apabila kita berhenti di pekan-pekan kecil.

Nak percutian yang tak dilupakan selamanya? Cuba yang iniPhoto from Pinterest

Oleh itu, memandangkan perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 21 hari. Minta cuti lama pada bos korang dengan alasan nak menikmati sebuah pengembaraan yang mungkin dapat mengubah hidup korang!

Sebuah Perjalanan Mengelilingi Dunia

Perjalanan yang melebihi 18 ribu km, boleh lihat di peta iniPhoto from imgur

Perjalanan ini mempunyai jarak sejauh 18,775 km merentasi benua Eropah, Siberia, Asia dan Asia Tenggara. Boleh katakan korang sudah berjaya pusing keliling separuh dunia melihat keindahan setiap pelusuk.

Ini semua boleh dilakukan apabila beberapa pengguna di laman Reddit berjaya mengeluarkan peta laluan ini secara hipotesis. Ia bermula dari Lagos di selatan Portugal dan destinasi berakhir di Singapura.

Menurut salah seorang pengguna Reddit, u/htGoSEVe telah menujukkan sebuah peta yang dilukis laluan khusus untuk korang ambil. Pengembaraan ini membuatkan korang melalui 13 negara berbeza.

Bermula dari Lagos, Portugal yang cukup cantikPhoto from Pinterest

Antara negara yang korang akan lalui adalah Sepanyol, Poland, Belarus, Mongolia, Vietnam, Thailand dan juga negara kita. Haa.. setiap satu negara disebut itu mempunyai pelbagai destinasi menarik sebelum korang meneruskan perjalanan.

Perjalanan korang akan berakhir di Singapura melalui negara kitaPhoto from Pinterest

Perjalanan ini dapat dilakukan kerana laluan kereta api Boten-Vientiane dibuka di Laos yang menghubungkan Kunming, China ke Vientiane, ibu kota Laos. Sebelum pembukaan ini, perjalanan korang akan berhenti di Vietnam.

Lebih Jimat Berbanding Menaiki Kapal Terbang

Menaiki kapal terbang lebih mahal berbanding naik kereta apiPhoto from Pinterest

Selain daripada beberapa pengguna Reddit yang berkongsi pendapat masing-masing tentang laluan ini. Mark Smith, seorang pakar kereta api dari seat61.om berkongsi bagaimana untuk menjayakan perjalanan ini dengan mengambil kira daripada perspektif logistik.

Smith telah membantu dalam mengira kos dan aspek teknikal setiap laluan perjalanan. Ini termasuk tempat perhentian, hotel berdekatan, pekan dan masa untuk memproses dokumen visa.

Dia turut mengambil kira faktor tempat penginapan yang berdekatan dengan setiap stesen kereta api. Kemudian, ada juga kereta api korang naik menjadi penghubung yang melalui pelbagai bandar untuk sampai ke stesen utama.

Sepanjang perjalanan korang dapat menikmati pelbagai pekan menarikPhoto from Pinterest

Secara keseleruhan, jumlah kos yang korang perlu belanja untuk tiket kereta api sahaja adalah $1,350 (MYR 6,194.47). Haa.. cuba bandingkan dengan tiket penerbangan untuk setiap negara yang korang lalui itu.

Boleh lihat sendiri betapa jimatnya tetapi tidak semua orang mampu membiayai kos sebanyak ini. Kita juga perlu mengambil kira perbelanjaan harian seperti makan minum, tempat tinggal, kecemasan dan barang keperluan.

Tetapi tak dapat dinafikan mengambil kereta api dapat merendahkan jejak karbon berbanding menaiki kapala terbang. Kita dapat mengurangkan pencemaran bumi yang hanya menghasilkan sebanyak 0.08 tan karbon dioksida.

Bukan sahaja murah tetapi dapat mengurangkan pencemaran duniaPhoto from Pinterest

Jika dibandingkan dengan penerbangan yang mampu mencapai sehingga 1.67 tan karbon dioksida dilepaskan ke udara.

Pelan Betul-Betul Sebelum Melakukan Pengembaraan Ini

Sebelum nak pergi, kena pelan betul betul!Photo from Pinterest

Walaupun telah ada peta di tangan korang dan laluan yang perlu diambil. Kita juga perlu mengambil kira pelbagai faktor, masalah dan pelan secara betul sebelum melakukan pengembaraan ini.

Antaranya kita perlu memastikan setiap stesen kereta api beroperasi macam biasa. Kemudian, kita perlu ada pelan tambahan jika berlakunya sebarang kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Haa.. lagi satu min nak pesan, kalau dah sampai Johor Bahru korang perlu memandu untuk masuk ke dalam Singapura bagi menamtkan pengembaraan korang. Tetapi, seronok sebennarnya kalau dapat melakukan pengembaraan menyeronokkan ini.

Tidak dapat dinafikan seronok betul kalau dapat menikmati perjalanan iniPhoto from Pinterest

Jadi, adakah korang mampu dan bersedia untuk menaiki laluan kereta api paling panjang dalam dunia?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok