Larikan Diri Ke SOLÉSOR: Resort Pantai Terbaik Di PD!
Anda tengah survey penginapan best untuk berehat di tepi pantai, jauh dari kesibukan harian? Pernah dengar SOLÉSOR Kampung Beach Resort? Sebuah resort mewah terletak di tepi pantai Port Dickson, Malaysia pasti menepati carian anda.
Terletak di Kampung Baru Teluk Pelanduk, Solesor Kampong Beach Resort menawarkan penginapan kontainer yang berwarna-warni dengan latar belakang alam semulajadi dan pantai. Dengan suasana eksklusif dan modern, resort ini sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman yang unik.
Photo from IG | solesor_pd
Sentiasa menjadi destinasi utama untuk short getaway pada hujung minggu. Port Dickson cukup terkenal dengan pantai bersih, santai sambil menyediakan aneka makanan laut yang menyelerakan.
Kalau begitu mesti anda pening nak cari resort yang selesa, seronok serta santai kan? Haa.. apa kata anda lihat kenapa SOLÉSOR Kampung Beach Resort dapat berikan segala kemahuan tersebut.
Photo from IG | solesor_pd
Pemandangan Tepi Pantai Sungguh Menakjubkan Bersama Kolam Infiniti
Photo from IG | solesor_pd
Resort ini membezakan dirinya daripada pesaing yang ada di Port Dickson dengan konsep kabin kontena mewah. Bukan sekadar penginapan sahaja, ia mampu beri pengalaman sukar dilupakan!
Anda dapat menikmati satu-satunya kolam infiniti di Port Dickson! Menariknya, mereka menggunakan air masin yang bagus untuk mata, rambut dan kulit anda.
Bukan itu sahaja, pemandangan di tepi pantai sungguh menakjubkan untuk dilihat. Tidak kisah anda di mana, persekitaran dan suasana resort ini pasti menghilangkan segala stress terkumpul dalam diri anda.
Photo from IG | solesor_pd
Bersama Pasangan, Keluarga Atau Teman Sekerja, Keseronokan Untuk Semua Tanpa Henti
Tidak pernah ada saat yang membosankan di resort ini kerana terlalu banyak untuk dinyatakan! Sama ada yang minat sukan air, aktiviti berpasukan atau nak rehat tepi pantai sahaja pasti ada sesuatu untuk semua.
Sehubungan dengan itu, anda boleh berkayak di sepanjang pantai, bermain bola tampar atau bola sepak pantai pulak tu. Pada hujung minggu, nikmati tontonan filem (setiap malam Sabtu) pada waktu malam sambil ditemani nyanyian buskers.
Di samping itu, suasana ombak hanya menambah kepada mood santai yang pasti anda idamkan! Bagi mereka yang berkeluarga atau ingin lakukan aktiviti 'team building', resort ini menawarkan aktiviti bersesuain tau!
Hubungi sahaja pihak pengurusan untuk cipta keseronokan untuk semua.
Photo from IG | solesor_pd
Berehat Dalam Kabin Mewah, Elegan Dan Selesa
Photo from IG | solesor_pd
Perkara paling penting apabila mencari tempat penginapan sudah tentu keselesaan bilik kan? Menariknya resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk menepati citarasa semua.
Sama ada gaya dorm, vila untuk keluarga atau suite premium untuk pasangan yang mencari percutian romantik. Kalau nak glamping pun boleh sambil ditemani bunyi panti pada waktu malam!
Photo from IG | solesor_pd
Paling penting semuanya selesa, mewah dan dilengkapi dengan segala kelengkapan yang diperlukan seperti: penghawa dingin, wifi, televisyen.
Photo from IG | solesor_pd
Percutian Yang Menyeronokkan Hanya Di SOLÉSOR Kampung Beach Resort
Photo from IG | solesor_pd
Haa.. bagaimana? Adakah resort ini menepati citarasa anda yang sedang survey penginapan santai tetapi dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Mestilah jawapanya betul!
Dengan kabin kontena yang selesa, aktiviti menyeronokkan tanpa henti dan ditemani dengan suasana tepi pantai. Segala penat lelah stress dalam tubuh badan akan hilang begitu sahaja.
Photo from IG | solesor_pd
Tidak hairanlah mengapa ramai pengujung sering meninggalkan ulasan baik tentang resort ini. Selain itu, lokasinya tidak jauh daripada beberapa tempat dan kedai makan menarik di Port Dickson tau.
Kalau begitu jika anda sudah bersedia untuk lari daripada tugasan kerja harian. Apa kata anda tempah penginapan di SOLÉSOR Kampung Beach Resort sekarang dan nikmati percutian sukar untuk dilupakan.
Photo from IG | solesor_pd
Mungkin korang suka: