64% Netizen Setuju Gen Z Sensitif & Lemah?
Kerana lambakan graduan universiti semakin meningkat beberapa tahun ini. Peluang pekerjaan semakin mengecil menyebabkan generasi kini lebih kompetitif untuk mendapatkan jawatan kerja.
Oleh kerana kos sara hidup semakin meningkat terutama di kawasan lembah klang, graduan sekarang berlumba dan bersaing antara satu sama lain untuk memastikan mereka dapat menampung kehidupan seharian.
Photo from HRM Asia
Lalu sudah tentu apabila kita mendapat panggilan temuduga. Kita akan memastikan kita dapat menghadirkan diri serta bersiap dengan segala jawapan apabila ditanya oleh perekrut kerja.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Seorang perekrut berkongsi kisah terdapat trend dilihat pada golongan generasi Z (Gen Z) yang gemar ghosting apabila mendapat panggilan sesi temuduga.
Photo from NST
Gen Z Buat Hal Apa Lagi Kalini
Photo from Forbes
Menerusi media sosial Facebook, beliau meluahkan perasaan mendapat maklum balas tinggi daripada netizen yang berkongsi pengalaman sama. Beliau berkata "Baru ini, saya perasan satu trend tidak hadir ke temuduga.
Saat terakhir mereka akan ghosting (mematikan komunikasi secara mengejut tanpa sebab) dan tidak memaklumkan semula jika tidak dapat menghadirkan diri,"
Kemudian beliau turut menambah. "Bulan lalu 8 calon dipilih untuk temuduga. Hanya seorang sahaja yang hadir. Masalah ini berlaku dalam kalangan calon bawah 30 tahun," katanya dalam posting tersebut.
Photo from Hays Asia
Perekrut mempersoalkan adakah dia sahaja menghadapi masalah ini atau terdapat beberapa majikan dan perekrut juga menghadapi masalah yang sama.
Generasi Lama Lebih Berbaloi Berbanding Gen Z
Photo from HRM Asia
Perkara yang diluahkan oleh perekrut tersebut menjadi bualan hangat terutama mereka yang menghadapi situasi yang sama. Majoriti berpendapat bahawa generasi Z mempunyai angin mereka sendiri.
Mereka (Gen Z) berbuat perkara sebegitu kerana merasakan pilihan pekerjaan yang luas dalam pasaran. Bagi mereka zaman sekarang ada pelbagai jenis kerja berbanding tahun sebelum ini.
Gen Z juga dilihat lebih 'memilih' kerja berbanding generasi sebelum ini. Pekerjaan popular seperti seorang reviewer atau influencer dilihat sebagai pekerjaan lumayan yang boleh menjanjikan hidup senang serta kukuh.
Photo from Campaign Asia
Disebabkan ini, ramai orang melihat generasi Z sebagai manja, mengada-ngada dan sangat memilih. Mereka terlampau memilih kerja kerana mahukan gaji tinggi lumayan walaupun tidak mempunyai pengalaman.
Seorang netizen meluahkan perasaan merasakan generasi lama lebih berbaloi berbanding gen Z. Jika tiada perubahan drastik, maka calon yang lebih tua dilihat sebagai aset berbanding calon muda.
Baru-baru Ini Mak Gen Z Menyerang Majikan Di Tempat Kerja
Photo from Careers at Agoda
Kontroversi ini bukan perkara asing kerana baru beberapa hari yang lalu. Seorang majikan turut meluahkan perasaan apabila beliau diserang oleh ibu pekerja muda (Gen Z) selepas menegurnya di tempat kerja.
Ibu kepada pekerja tersebut menegur semula majikan berkenaan. Menurut majikan itu, dia rasa kecewa dan terkejut setelah berlakunya tindakan tersebut serta melibatkan ibu dalam isu kerja.
Dia berkata "Apa terjadi kepada generasi yang lahir selepas tahun 2000? Saya mengambil pekerja yang lahir selepas tahun 2000. Mentaliti mereka tersangatlah lemah. Mereka mengadu kepada ibu mereka setelah saya menegur isu kerja.
Photo from NNRoad
Kemudian ibu mereka marah saya semula," katanya. Tambahan pula, netizen turut melaporkan perkara yang sama dialami dengan staf generasi Z.
64% Orang Merasakan Gen Z Sangat Sensitif
Photo from Scot Scoop
Perkara yang dihadapi oleh majikan dan perekrut di negara kita turut berlaku di seluruh dunia. Menurut Scot Scoop, mereka melakukan satu survey "adakah Gen Z terlalu sensitif?".
Menariknya 64% bersetuju bahawa generasi muda semakin sensitif. Gen Z inginkan sesuatu perkara terlalu cepat dan jika perkara itu tidak berlaku serta merta, maka mereka akan meninggalkan perkara tersebut sepenuhnya.
Apa kata anda tentang isu ini?
Mungkin korang suka: