download Jom Explore app
Wah Rupanya Mudah Sahaja Nak Kemaskini Pasport!

Wah Rupanya Mudah Sahaja Nak Kemaskini Pasport!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 11 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Bayangkan tinggal beberapa hari lagi untuk anda bercuti ke negara impian. Tiba-tiba anda perasan pasport baru sudah tamat tempoh, perasan panik muncul kerana bagaimana nak kemaskini tanpa perlu buang masa menunggu lama?!

Sebagai peringatan hanya satu peraturan perlu diingat iaitu sentiasa semak semula bila tamatnya tempoh pasport anda. Jika tidak anda mungkin menghadapi pelbagai masalah imigresen atau terpaksa batalkan percutian.

Dah siap sedia nak pergi cuti tiba-tiba pasport tamat tempoh!Photo from Marhaba

Namun sudah berlalu hari beratur panjang di kaunter imigresen. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, anda boleh kemaskini buku merah lebih mudah dan tidak makan masa terlalu lama.

Berikut ialah panduan mudah untuk membantu anda melalui proses ini.

Jangan risau, ini 5 langkah mudah untuk kemaskini pasport andaPhoto from Jabatan Imigresen Malaysia

Pastikan Pasport Anda Ada Di Tangan Untuk Sebarang Rujukan!

Buku merah semasa perlu ada untuk kemaskini! Jangan hilangkanPhoto from Passport Malaysia

Perkara yang paling penting untuk lengkapkan proses ini semestinya anda perlu memegang buku merah sah sebagai rujukan. Jika hilang, rosak atau dicuri anda perlu melaporkannya ke balai polis dan melawat pejabat imigresen dengan laporan tersebut.

Selain itu, ia dinasihatkan untuk kemaskini apabila mempunyai baki sah laku kurang daripada 6 bulan. Kerana majoriti negara dan syarikat penerbangan memerlukan perkara ini.

Berapa Kos Yuran Pembaharuan Pasport Perlu Anda Bayar?

Berikut ialah harga pembayaran untuk kemaskini pasportPhoto from Selangor Journal

Berikut ialah yuran kemaskini pasport perlu anda bayar di Malaysia. Perlu diingatkan ia berbeza dan bergantung kepada pemohon:

  • Pemohon biasa (13-59 tahun): RM200
  • Warga Emas (60 ke atas), Kanak-Kanak (12 ke bawah), pelajar belajar di luar negara dan jemaah haji: RM100
  • Orang kelainan upaya (OKU) dengan kad pendaftaran sah: Percuma

Anda boleh lakukan pembayaran secara tanpa tunai melalui kad kredit atau debit, e-Wallet serta perbankan dalam talian.

Untuk pembayaran, secara tanpa tunai je zaman sekarang!Photo from Kosmo

Kena Pergi Ke Kaunter Imigresen Atau Lakukan Secara Online Sahaja

Jika pasport anda hilang barulah perlu ke kaunter kalau tidak online sahajaPhoto from Jabatan Imigresen Malaysia 2

Untuk pengetahuan umum sejak Mei 2022, Jabatan Imigresen telah mansuhkan Sistem Temujanji dalam Talian (STO). Anda masuk ke mana-mana pejabat imigresen atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada waktu beroperasi untuk perbaharui pasport anda.

Selain itu, anda juga boleh kemaskini secara dalam talian melalui portal MyOnline Passport. Walau bagaimanapun, anda perlu lawat pejabat imigresen secara peribadi jika:

Jika pasport anda rosak, hilang atau dipanggil barulah kena ke ImigresenPhoto from The Vibes

  • Pasport hilang, rosak atau tamat tempoh
  • Anda adalah orang OKU, bawah umur 13 tahun atau pelajar yang pergi ke luar negara
  • Menerima surat untuk datang lawat pejabat imigresen

Tambahan pula, UTC lebih mudah daripada pejabat imigresen Photo from Foursquare

Sehubungan dengan itu, proses pembaharuan dalam talian sangat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa kurang dari 10 minit. Selepas melengkapkan segala butiran dan membayar yuran, anda boleh pilih tarikh dan ambil buku merah baru!

Tetapi perlu diingatkan bahawa jika anda menyerahkan permohonan sebelum jam 3 petang pada hari berkerja. Ia mungkin sedia diambil pada hari sama. Manakala jika diserahkan selepas jam 3 petang, anda perlu ambilnya pada hari berkerja berikutnya.

Jangan Lupa Untuk Bersedia Dengan Dokumen Berikut

Jangan lupa untuk bawa dokumen penting ini semasa nak ambil buku merah baruPhoto from Utusan

Semasa dalam proses mengambil pasport baru anda. Jangan lupa untuk bawa beberapa dokumen ini tau:

  • Pasport semasa
  • MyKad
  • Resit pembayaran
  • Gambar pasport

Kanak-kanak bawah umur wajib ditemani oleh ibu bapa atau penjaga sah bersama sijil kelahiran mereka!

Gambar Bukan Boleh Ambil Sebarangan, Ada Peraturannya

Gambar pasport bukan boleh main ambik, ada peraturanya!Photo from IG | tyrakmrzmn

Bagi mereka yang melakukan permohonan dalam talian. Ada beberapa peraturan perlu dipatuhi bab gambar, contohnya:

  • 35mmx50xx
  • Diambil pada latar belakang putih
  • Gambar mesti ditangkap di studio profesional
  • Pakai pakaian berwarna gelap
  • Pastikan wajah kelihatan sepenuhnya, memenuhi 50-60% ruang gambar

Contoh terbaik gambar untuk pasport anda!Photo from eCentral

Haa.. bagaimana dengan panduan ini, mudah sahaja kan? Tinggal nak ambik buku merah baru dan bersiap sedia untuk nikmati percutian menyeronokkan!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok