Apa Yang Best Sangat Di Pattaya, Thailand Ni Sebenarnya?
Memang seronok betul dapat melancong ke Thailand. Terlalu banyak tempat yang kita boleh explore untuk melihat serta menikmati budaya dan makanan yang sedap! Tapi selain daripada Krabi, Bangkok, Hat Yai anda pernah dengar Pattaya?
Dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil berubah menjadi salah satu destinasi pelancong popular di negara Gajah Putih. Walaupun ia tidaklah bersejarah seperti Chiang Mai atau Bangkok.
Photo from Kayak
Ia masih mempunyai beberapa tarikan unik serta pantai yang begitu menakjubkan. Menariknya Pattaya terletak tidak jauh daripada Bangkok memudahkan anda untuk melawatinya jika ke ibu negara Thai.
Tambahan pula, ini beberapa lokasi hidden gen yang patut anda semua kunjungi ketika di sini.
Photo from Klook
Sanctuary Of Truth
Photo from Klook
Terletak jauh daripada kesibukan bandar Pattaya, Sanctuary of Truth adalah sebuah muzium megah membuktikan kepakaran seni bina Thai.
Menggunakan kayu jati, seitap ukiran penuh dengan motif tradisional dihasilkan menggunakan tangan. Ini merupakan simbol gabungan seni, budaya serta kerohanian orang Thai.
Dengan harga serendah RM50, anda boleh membeli tiket untuk masuk ke dalam menikmati muzim sebesar 2,115 meter kaki persegi. Sudah tentu anda dapat mempelajari sesuatu berkenaan budaya mereka.
Photo from Expedia
Koh Larn
Photo from o Klook
Selain pulau terkenal di Krabi, di sini pun ada pulau yang masih tersembunyi daripada pelancong dan dipelihara dengan baik. Koh Larn ibarat syurga bagi mereka yang tidak suka kesibukan gaya hidup bandar.
Boleh datang dengan menaiki bot. Koh Larn menawarkan perairan jernih, pasir putih dan beberapa aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Tak lupa juga, anda boleh berehat sambil menikmati pantai begitu cantik.
Jika anda sudah puas pusing Pattaya, min rekomen anda ke sini pula!
Photo from Renown Travel
Nong Nooch Botanical Garden
Photo from Klook
Haa.. kalau dah sampai ke sini jangan harap anda dapat meluangkan masa selama sejam. Ini kerana anda memerlukan sekurangnya separuh hari untuk explore keseluruhan botanical garden ini.
Menggabungkan hortikultur (taman), pertunjukan kebudayaan dan aktivit reaksi. Anda pasti akan seronok melihat pelbagai tumbuhan ekstoik sambil melibatkan diri dalam pelbagai aktivit menarik.
Photo from feastography
Nong Nooch sangat sesuai bagi mereka yang sukakan alam sekitar dan patung dinosaur berkeliaran pasti membuatkan anda teringat tempat ini sampai bila-bila.
Photo from Feastography
Khao Chi Chan
Photo from Vivutravel
Menggabungkan keindahan semula jadi dengan kepentingan budaya, di sini anda dapat lihat kemahiran artistik orang Thai. Reka bentuk Buddha yang diukir di lereng tebing berdiri pada ketinggan 130 meter memberi pemandangan memukau.
Dikelilingi oleh pokok hijau menambah kepada keseluruhan suasana tenang. Sangat sesuai jika anda seorang menghargai nilai seni yang ada di Pattaya.
Pattaya Floating Market
Photo from U Hotels & Resorts
Ingat Hatyai je ada pasar terapung? Pattaya pun ada sambil melahirkan identiti tersendiri berbeza daripada pasar terapung lain.
Pasar ini terbahagi kepada 4 bahagian mewakili negara mereka iaitu utara, timur laur, tengah dan selatan. Mengapa dibahagikan? Supaya anda dapat menikmati keseluruhan budaya thai seperti kedai makan, cenderamata dan banyak lagi.
Cukup rugi kalau dah melancong kat sini tak cuba menikmati makanan asli yang tiada perbandingannya.
Photo from BestPrice Travel
The Million Years Stone Park & Crocodile Farm
Photo from mythailandtours
Apa yang akan ada temui di oasis tersembunyi ini? Formasi batu purba yang wujud sejak berjuta tahun dahulu sambil melihat pelbagai jenis hidupan liar. Contohnya seperti buaya, burung eksotik.
Taman ini memberikan anda pelbagai hiburan sambil menjadikannya pengalaman berpendidikan. Sesuai untuk setiap peringkat umur sambil mempelajari sejarah geologi negara Thailand.
Photo from The Bear Travel
Menarik Betul Pattaya Ni? Jom Ke Sana Pula!
Photo from VietAsia Travel
Haa.. bagaimana menarik betul lokasi hidden gem yang min kongsi kepada anda kan? Memandangkan memang orang kita suka ke Thailand, daripada ke bandar terkenal apa kata anda melencong ke Pattaya.
Sekurang-kurangnya dapat juga mempelajari budaya orang Thai lebih mendalam.
Mungkin korang suka: