download Jom Explore app
Round Pizza Napoletana: Gaya Pizza Naples Original Di PJ!

Round Pizza Napoletana: Gaya Pizza Naples Original Di PJ!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 30 Nov 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pizza merupakan antara makanan barat paling dikenali dalam negara. Dari kanak sehingga orang dewasa jarang kita nak jumpa orang yang tak suka makan pizza ni. Sebab itu, Round Pizza Napoletana di Petaling Jaya mendapat perhatian ramai sejak dibuka dengan menghidangkan pizza gaya Neapolitan untuk peminat pizza!

Semuanya bermula dengan adunan doh diperbuat daripada tepung yang diuli. Proses menebar doh tersebut bermula sehingga menjadi bentuk bulat nipis baru disapu dengan sos tomato sehingga penuh.

Bahagian isi pula diletakkan menghiasi doh tersebut dengan kepelbagaian bahan serta warna. Kemudian, keju diperkenalkan ke dalam campuran ini dan akhir sekali, baru dibakar sehingga naik bau dan ranggup.

Ia merupakan salah satu makanan paling sedap dan digemari oleh sesiapa sahaja. Tak kisah korang berada di mana sekalipun, makanan ini memang wajib dijual kerana mudah untuk makan serta mempunyai banyak pilihan.

Mewahnya kelihatan pizza yang dihasil dengan penuh kasih sayangPhoto from Craze Craves

Beremula kisah Alan Goh dalam menghasilkan pizza paling sempurna di kedainya. Memberi ruang yang selesa dan makanan sedap untuk pelanggan yang inginkan rasa sebenar "roti bakar" popular ini.

Gaya Pizza Neapolitan

Pizza Gaya Neapolitan merupakan versi tradisional pizza tauPhoto from thokohmakan

Makanan ini berasal daripada Itali. Kalau tak tahu, negara cukup terkenal dengan semangat cinta terhadap makanan mereka. Buat cara salah atau menghina makanan mereka, siap sedia untuk dimaki hamun semula oleh orangnya.

Tetapi susah nak cakap yang hampir semua rakyat Malaysia memang minat betul dengan masakan Itali. Lihat sahaja berapa ramai orang cuba menghasilkan resipi spaghetti untuk menikmati kepuasan makan.

Cuma mungkin ini kali pertama korang mendengar nama Neapolitan. Dengar sebutan sahaja sudah mahal kan? Haa.. kalau nak tau ini merupakan makanan tradisional daripada Itali yang berasal dari Naples.

Syarat gaya senang sahaja, kerak doh perlu nipis, ringan dan perlu dibakar dengan suhu tinggi. Ia juga diangkat sebagai gaya pizza paling tulen dan telah dianugerahkan status UNESCO's Intangible Cultural Heritage Status pada tahun 2017.

Selain itu, bagi menjaga identiti serta keaslian makanan mereka. Vercae Pizza Napoletana Association (VPN) menetapkan garis panduan untuk menghasilkan pizza Neapolitan. Hanya yang ikut panduan ini sahaja boleh disahkan sebagai "Verace Pizza Napoletana".

Diberi panduan ketat supaya dapat menjaga keaslian makanan iniPhoto from Janna Tham

Dalam konteks mudah, kalau nasi lemak tak dimasak dalam santan tak boleh dipanggil nasi lemak. Oleh itu, jangan samakan yang kita biasa makan daripada francais dan gaya ini tau!

Semangat Dalam Menghasilkan Pizza Paling Sempurna

Alan Goh mencipta pizzaa dengan penuh kualiti untuk pelangganyaPhoto from thokohmakan

Alan Goh memasuki kelas kulinari ketika berada di United Kingdom (UK). Di situ, beliau telah belajar cara memasak dan sebagainya. Setelah kembali semula ke negara beliau telah mula menghasilkan pizza daripada rumah semasa zaman pandemik.

Kemudian, beliau membuka UNO's Pizzaria Food Truck untuk mula menjual makanannya. Sepanjang proses tersebut, beliau sentiasa mencuba untuk menjaga kualiti masakannya dan tingkatkan kualiti makanan yang dihasilkan.

Usahanya boleh dilihat apabila berjaya membuka kedai Round Pizza Napoletana yang korang boleh menikmati pelbagai makanan Itali tradisional. Tetapi, watak utama di kedainya beliau adalah pizza yang digilai ramai.

Memandangkan nak menghasilkan Neapolitan pizza memerlukan pemahaman serta garis panduan yang ketat. Beliau mengambil berat tentanwg kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya.

Beliau memastikan segala bahan yang digunakan adalah segar dan berkualiti. Selain itu, beliau turut membawa masuk ketuhar daripada Naples yang diberi gelaran "Ferrari of Ovens" untuk menjaga keaslian makanannya.

Ketuhar ini istimewa tau. Ini yang memberi Round Pizza Napoletana rasa uniknyaPhoto from thokohmakan

Dari usaha sahaja kita boleh agak yang makanan dijual wajib sedap kan?

Rasa Pizza Sebenar & Autentik!

Hanya di Round Pizza Napoletana korang dapat nikmati pizza istimewa macam niPhoto from Colin Loh

Kita mulakan dengan yang paling digemari ramai adalah 'Margherita' yang merupakan versi klasik tau. Hanya mempunyai 5 bahan sahaja tetapi semuanya berkualiti tinggi iaitu Tomato San Marzano, Keju Mozzarella, Minyak Zaitun, Parmiagiano Reggiano (Keju) dan Daun Basil.

Nampak ringkas je kan? Jangan terkejut kalau rasanya akan membuatkan korang jatuh cinta dengan kelembutan doh tersebut. Keraknya yang dibakar ranggup sempurna tetapi masih ringan memudahkan korang untuk lipat dan masuk ke dalam mulut.

Jangan lupakan rasa tomato manis dengan keju tersebut cukup melazatkan. Haa.. selain itu, 'Marinara' turut mendapat perhatian dengan rasa bawang untuk memberikan keunikkan rasanya daripada versi lain.

Selain itu, 'Diavola' adalah untuk orang yang gemar makan pedas dan pepperoni. Pizza ini diperbuat daripda keju dikenali sebagai Fior Di Latte yang lembut dicampurkan dengan pepperoni lembu, bayam, parmigiano reggiano, cili dan minyak zaitun.

Rasa pedas dapat dirasai bercampur dengan bahan-bahan lain untuk membezakan diavola dengan 2 versi lain. Sesuai kalau korang inginkan rasa sedikit unik dengan sentuhan personaliti.

Kalau rasa tak cukup pedas, boleh minta lebih cili supaya mulut korang terasa hangatnya. Kemudian, Round Pizza Napoletana ini sangat sesuai sebagai port dating untuk membawa pasangan menikmati makanan sedap dengan suasana yang tenang macam berada di Itali.

Round Pizza Napoletana ni sesuai betul jadikan tempat datingPhoto from EatDrinkKL

Datang pada waktu malam untuk wujudkan suasana berada di perkampungan Itali menikmati sekeping pizza dengan pasangan hati korang!

📍 Happy Mansion, BG8, Block B, Jalan 17/13, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

⏰ Buka setiap hari kecuali Selasa (12 pm - 3pm, 6 pm - 10 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok