download Jom Explore app
MSAM 2026 Kembali Lebih Meriah Dengan Karnival Jom Heboh! Masuk Percuma Selama 3 Hari Di Stadium Merdeka

MSAM 2026 Kembali Lebih Meriah Dengan Karnival Jom Heboh! Masuk Percuma Selama 3 Hari Di Stadium Merdeka

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 26 Nov 2026
Digital Editor

Siapa kata belajar tentang pelaburan kena serius dan membosankan? Kali ini, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 tampil dengan kelainan apabila bergabung dengan Karnival Jom Heboh untuk membawakan pengalaman yang lebih meriah, interaktif dan sesuai untuk seisi keluarga!

Menariknya, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati pelbagai aktiviti dan hiburan, malah berpeluang menambah ilmu tentang pengurusan kewangan, simpanan serta pelaburan menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Jadi, kalau korang tengah mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan, bolehlah masukkan acara ini dalam senarai!

1. MSAM 2026 Buat Pertama Kali Bergabung Dengan Karnival Jom Heboh

Untuk tahun ini, MSAM tampil dengan sesuatu yang lebih istimewa apabila buat pertama kalinya diadakan dengan kerjasama Karnival Jom Heboh.

Gabungan ini membawakan konsep yang cukup menarik dengan menggabungkan pendidikan kewangan, kesedaran pelaburan, aktiviti interaktif dan hiburan dalam satu acara.

Menerusi pendekatan ini, orang ramai berpeluang mengenali dunia pelaburan dengan lebih dekat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Bukan untuk golongan dewasa sahaja, malah keluarga juga boleh datang bersama anak-anak sambil menikmati pelbagai pengisian menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung.

2. Kenali Dunia Pelaburan Menerusi Inisiatif Kita Generasi Labur

Selain aktiviti hiburan, MSAM 2026 turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menyimpan dan melabur untuk masa depan.

Antara pengisian utama yang bakal diketengahkan ialah pelancaran Kita Generasi Labur, sebuah inisiatif yang menggalakkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk mula melabur.

Inisiatif ini turut bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri sebagai usaha memperluaskan penyertaan masyarakat dalam dunia pelaburan serta membina masa depan kewangan yang lebih kukuh.

Jadi, inilah peluang untuk korang mengenali asas pelaburan dan memahami bagaimana perancangan kewangan yang baik boleh membantu mencapai matlamat masa depan.

3. Geng Labur ASB Ajak Kawan-Kawan Melabur Bersama, Siap Ada Peluang Menang Percutian!

Bercakap tentang pelaburan, antara inisiatif menarik yang turut diketengahkan oleh ASNB ialah kempen Geng Labur ASB.

Menerusi kempen ini, korang boleh ajak dua hingga empat orang ahli keluarga atau kawan-kawan untuk melabur bersama dengan jumlah pelaburan ASB terkumpul minimum RM20,000.

Lebih menarik, peserta berpeluang memenangi hadiah percutian menarik termasuk trip enam hari lima malam untuk empat orang ke KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, lengkap dengan pengalaman safari.

Photo from Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pemenang Kempen Geng Labur ASB Cabutan 1

Selain itu, terdapat juga hadiah penginapan tiga hari dua malam untuk empat orang di Club Med Borneo.

Kempen Geng Labur ASB  2 berlangsung sehingga 31 Januari 2027. Jadi, bolehlah ajak geng sendiri untuk mula merancang pelaburan bersama!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:
https://www.asnb.com.my/campaign/geng-labur-asb

4. Jom Datang Ke MSAM x Karnival Jom Heboh 2026!

Kalau korang berminat nak sertai kemeriahan MSAM x Karnival Jom Heboh 2026, jangan lupa catat tarikh dan lokasi berikut:

Maklumat Acara:

  • Tarikh: 27 hingga 29 November 2026
  • Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Lokasi: Stadium Merdeka, Presint Merdeka 118
  • Bayaran masuk: Percuma

Dengan gabungan pendidikan kewangan, aktiviti interaktif dan hiburan, MSAM x Karnival Jom Heboh 2026 pastinya menjadi salah satu acara menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang, tambah ilmu tentang kewangan dan pelaburan sambil menikmati suasana karnival yang meriah!

Jumpa korang di MSAM x Karnival Jom Heboh 2026!

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok