download Jom Explore app
5 Vila Mewah, Unik & Cantik Wajib Cuba Di Chiang Mai

5 Vila Mewah, Unik & Cantik Wajib Cuba Di Chiang Mai

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 24 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selain Bangkok, Phuket, Krabi atau Hatyai. Chiang Mai yang terletak di utara Thailand merupakan antara destinasi yang masih ramai orang Malaysia belum menjejakan kaki ke sini lagi.

Bandar ini terkenal dengan pelbagai bangunan bersejarah, pemandangan gunung cantik, iklim sejuk yang jauh berbeza daripada kesesakan pelancong di Bangkok dan Phuket.

Terletak di Utara Thailand, ada banyak tempat anda boleh teroka di siniPhoto from Shangri-La Hotel

Memadangkan semakin banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai, apa kata lepas ni anda ke sini pula.

Tambahan pula ada 5 vila mewah yang menunggu kedatangan anda. Setelah penat berkerja mencari rezeki, apa kata anda berehat di vila yang pasti membuatkan segala masalah anda hilang begitu sahaja.

Chiang Mai pun ada banyak tempat untuk anda healingPhoto from Ronnie & Barty

Baan Nimman Garden Villa

Wah siap ada ruang nak berehat macam ni? Cantik betul Vila niPhoto from Airbnb

Tak suka tinggal di kawasan sesak dengan pelancong? Vila ini sangat sesuai untuk anda. Terletak dalam kawasan kejiranan Nimmanhaemin, ia menawarkan peluang untuk anda melihat kecantikan penginapan gaya kontemporari 'Lanna'.

Dikelilingi dengan pokok hijau, sangat sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan diri sementara. Selain itu, jangan risau vila ini terletak tidak jauh daripada pusat membeli-belah, kafe dan spa.

Bilik Master pun cukup selesa!Photo from Airbnb

Tambahan pula ia terletak tidak jauh dari lokasi menarik di Chiang Mai.

Ruang patio untuk lepak bersama kawan atau keluargaPhoto from Airbnb

Lanna House

Teringin nak nikmati rumah kampung Thai?Photo from Airbnb

Teringin nak tinggal di rumah kampung asli orang Thai? Haa.. mungkin Lanna House ialah vila sesuai untuk anda. Hanya 5 kilometer dari pusat bandar dan lapangan terbang, vila ini ingin berkongsi warisan budaya Thai dengan anda.

Rumah yang telah diubah suai mengekalkan warisan seni bina rumah tradisional Chiang Mai. Ia akan menghasilkan suasana perlindungan selesa tapi padat dengan daya tarikan berbanding vila lain.

Telah siap diubah suai tapi mengekalkan warisan seni bina Thai untuk anda nikmatiPhoto from Airbnb

 

Di sini segalanya diperbuat daripada kayu. Maka dengan setiap pergerakan anda akan mengeluarkan bunyi yang menenangkan sambil anda meneroka seluruh kawasan dikelilingi tumbuhan dan pokok.

Selesa, tenang dan sangat unikPhoto from Airbnb

Maya Green

VIla ini pula beri fokus kepada ruang hijau dan seni bina modenPhoto from Airbnb

Walaupun vila ini berhampiran dengan bandar Chiang Mai, ia tidak bermakna tak dapat berikan ketenangan yang anda idamkan. Vila ini banyak mengambil konsep seni bina moden.

Menggabungkan unsur ruang hijau dengan ciri moden menghasilkan ruang cukup selesa. Lengkap dengan kolam renang dan taman tropika di belakang. Anda pasti dapat rehat dengan selesa selepas penat seharian berjalan.

Terletak tidak jauh dari bandar Chiang Mai, best!Photo from Airbnb

Maya Green cukup terkenal sebagai 'ruang hijau yang tersembunyi di bandar'.

Patutlah diberikan gelaran ruang hijau tersembunyi di bandarPhoto from Airbnb

Enchanting Treehouse

Vila ini pula jauh dari bandar untuk buat anda hilang dari segala masalahPhoto from Airbnb

Teringin nak tinggal dalam sebuah vila jauh daripada segala-galanya. Cuma anda, pemandangan tenang  dan suasana selesa untuk sempurnakan percutian anda?

Min rasa Enchanting Treehouse ialah vila paling sesuai untuk andar. Terletak berhampiran sebuah kampung emang sesuai untuk mereka yang ingin segarkan semula minda dan badan.

Tapi hanya 5 minit daripada air terjun iniPhoto from Airbnb

Namun ia terletak 1 jam daripada bandar Chiang Mai. Tetapi terdapat taman dan air tejun cantik terletak jarak 5 minit berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, vila ini terletak di atas pokok memberikan pengalaman sedikit berbeza tapi tetap seronok.

Dala Ping River House

Dibina oleh keluarga mahir dalam gaya Bohemian dan Lanna, terhasil sebuah gaya hibridPhoto from Airbnb

Dihasilkan oleh keluarga terdiri daripada artis dan pereka dalaman. Mereka berjaya menggabungkan dua gaya seni bina berbeza iaitu - Bohemian dan Lanna untuk menghasilkan sebuah gaya hibrid.

Terletak berhampiran Sungai Ping, vila ini bukan sahaja menawarkan penginapan yang santai. Ia terletak berhampiran lokasi tumpuan pelancong yang menyinggah ke Chiang Mai.

Ruang tidur pula cukup selesa dan berbeza daripada vila lainPhoto from Airbnb

Jadi anda tidak perlu risau tentang lokasinya. Tambahan pula, vila ini berada dalam kawasan Pa Tan Alley yang mempunyai jarak 15 minit untuk sampai dari pusat bandar. Best kan?

Haa.. selain daripada destinasi tumpuan di Thailand. Chiang Mai pun mampu menawarkan pengalaman percutian menyeronokkan dan vila penginapan sangat seronok untuk anda teroka.

Cantik betul vila ini kan?Photo from Airbnb

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok