download Jom Explore app
Rupanya Senang Aja Nak Drive Masuk Ke Thailand

Rupanya Senang Aja Nak Drive Masuk Ke Thailand

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 30 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Waktu cuti sekolah sahaja memang ramai orang Malaysia akan bercuti di Thailand untuk food huntingshopping, makan angin. Maklumlah pilihan, destinasi dan makanan memang berbaloi dengan harga.

Majoriti orang Malaysia akan menaiki kapal terbang sebagai pilihan utama untuk ke negara itu. Walau bagaimanapun selain terbang, menggunakan laluan darat pun antara alternatif terbaik.

Jom tengok bagaimana cara nak bawak masuk kereta ke ThailandPhoto from QEEQ

Berjalan dengan van, kereta, bas dan tren dapat menjimatkan kos daripada membeli tiket penerbangan. Sehubungan dengan itu korang perlu tahu beberapa langkah penting untuk memastikan perjalanan masuk ke Thailand melalui kereta tiada masalah.

Netizen Kongsi Cara Untuk Masuk Ke Thailand Melalui Kereta Malaysia

Jangan lupa pasport! Penting tuPhoto from X | efaperfume

Netizen bernama @efaperfume berkongsi cara untuk masuk ke Thailand dengan kereta Malaysia. Wanita ini berkongsi melalui laman X (Twitter) turut menceritakan pengalamanya bermula di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Justeru itu sebelum masuk ke negara jiran dengan kereta sendiri. Pastikan korang bawa beberapa dokumen ini:

  1. Pasport
  2. Geran asal kereta
  3. Insurans
  4. Bayaran RM7 di Imigresen Thailand

Lengkap 4 dokumen baru boleh masuk Thailand!Photo from X | efaperfume

4 dokumen ini perlu ada dan bersedia untuk memastikan proses kemasukan tiada sebarang halangan. Seterusnya menurut Efa, kita boleh beli insurans di GoThai. Insurans pula tidak terlalu rumit dan boleh diisi ketika dalam perjalanan.

Kemudian, ambil dokumen insurans di pejabat terletak di Napoh, Jitra, Kedah sebelum masuk ke sempadan.

Insurans GoThai mudah sahaja cara untuk isi. Ikut langkah yang dinyatakanPhoto from GoThai

Ada 3 Checkpoint Kena Lepas Di Imigresen Thailand

Ada 3 checkpoint di imgresen dan kakitangan akan bantu korang sepanjang masaPhoto from X | efaperfume

Langkah seterusnya menurut Efa, terdapat 3 checkpoint di bahagian imigresen. Kita kena lalu semua checkpoint dan kakitangan di sana akan bantu serta beritahu setiap prosedur perlu dilakukan.

Tambahan pula Efa pesan untuk isi minyak penuh sebelum masuk ke negara jiran. Kerana minyak di negara mereka sangat mahal berbanding kita dan sekitar kawasan Napoh, Changlung dan Bukit Kayu hitam ada banyak stesen minyak.

Selesai di imigresen korang boleh meneruskan perjalanan melalui Danok. Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa sekitar 1 jam sahaja.

Jangan Parking Sembarangan, Kena Saman Nanti!

Kereta Efa yang disaman oleh polis kerana salah parkingPhoto from X | efaperfume

Menurut Efa perkara paling merugikan ketika bercuti di sini ialah kes saman parking. Kena ingat apabila kita berada di negara orang, kita perlu patuh setiap undang-undang serta cara mereka.

Dalam perkongsian, Efa minta warga Malaysia berhati-hati ketika parking kereta! Jangan tersalah parking atau main hentam parking sesuka hati kerana korang akan di saman oleh polis di sana.

Perhatikan cara mereka parking supaya tak kena samanPhoto from Wikimedia Commons

Efa telah didenda sebanyak RM128 (1000 Bahat). Kerana parking kenderaan secara terbalik walaupun berada dalam kotak yang betul. Haa.. kalau taknak rasa rugi bayar saman, perhatikan cara orang Thai parking kereta dan ikut.

Hatyai, Phuket, Bangkok Ke Mana Lagi Di Sini?

Memang cucuk sungguh dengan gelaran Rose of The NorthPhoto from Airbnb

Selain daripada beberapa pusat perlancongan yang terkenal di negara ini. Masih banyak lagi tempat boleh diterokai dijamin dapat menghasilkan pengalaman seronok ketika korang memandu di sini.

Apa kata singgah ke Chiang Mai? Terletak di bahagian utara diberi nama gelaran "The Rose of The North", bandar ini terkenal dengan keindahan suasana alam semula jadi serta warisan budaya cukup mewah.

Teringin nak lihat sejarah negara Siam? Di sini ialah lokasi sangat sesuai. Ini beberapa lokasi boleh korang singgah ketika di sini:

  • Tha Phae Gate

Tak sangka masih kukuh sampai harini pagar masukPhoto from Akyra Hotels

Pintu masuk ke bandar Chiang Mai. Pintu gerbang megah menyimpan banyak kisah sejarah penting siap dikelilingi oleh tembok lama. Selain itu ia merupakan pintu utama bagi pedagang dan diplomat untuk masuk ke dalam bandar ini pada zaman dahulu.

  • 3 Kings Monument

Seperti Tugu Negara, tugu untuk 3 raja utama di ThailandPhoto from Thailand Tourism Directory

Tugu untuk memperingati tiga raja penting dalam sejarah negara Thai. Tiga raja tersebut ialah Raja Mengrai, Ramkamhaeng dan Ngam Muang. Mereka dianggap sebagai bapa pengasas kepada Chiang Mai.

Oleh itu tugu ini dijadikan sebagai simbol patriotisme kalangan warga mereka.

  • Royal Floral Garden

Cantik betul tempat niPhoto from Olsen Tours

Di sini korang boleh melihat beribu jenis pokok dan bunga di taman seluas 80 hektar. Diberi nama sempena bunga kebangsaan Thai, Ratchaphruek terkenal dengan warna kuning sangat cantik.

Selain itu tarikan lain ialah astaka orkid dipenuhi dengan pelbagai jenis.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok