Tenang Jiwo: Staycation Vibes Ala Bali
Teringin nak bercuti di sebuah resort mewah macam korang selalu tengok di Bali atau Greece? Larikan diri ke Tenang Jiwo, sebuah vila moden terletak di Kapar, Selangor mengambil konsep tropika memberikan suasana menenangkan.
Dekat sini segala masalah dalam kehidupan boleh tolak ke tepi kerana vila ini ibarat sebuah oasis. Vila ini mempunyai 3 bilik tidur lengkap dengan segala fasiliti diperlukan menjanjikan pengalaman tidur tenang dan aman.
Photo from airbnb
Sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau ingin mencari sebuah tempat untuk melepak bersama rakan-rakan. Baca sampai habis untuk ketahui apa yang menarik.
Ibarat Seperti Syurga Memberikan Suasana Tenang
Photo from airbnb
Sebaik sahaja korang melangkah ke Tenang Jiwo. Sudah pasti korang akan terpersona serta tergamam dengan kecantikan reka bentuk kontemporari vila ini. Pemilihan warna putih ialah pilihan cukup bijak amat sesuai untuk menghasilkan mood tenang.
Ibarat seperti syurga, ruang terbuka menghidupkan setiap sudut vila ini. Ke mana sahaja korang pergi pasti akan ditemani dengan ruang cahaya memanggil untuk korang berehat dan lupakan sejenak kehidupan di luar.
Tambahan pula dengan hiasan cukup menawan. Vila ini berjaya mewujudkan suasana selesa sangat seronok untuk bersantai!
Photo from airbnb
Curved Arch, Sunken Living Room Berikan Vibes Resort Mewah Di Bali
Photo from airbnb
Kebanyakan resort mewah di Bali beri fokus kepada reka bentuk untuk hasilkan mood yang tenang. Perasan tak dekat Tenang Jiwo mereka menggunakan curved arch sebagai hiasan dinding ruang tamu dan pintu masuk?
Kalau nak tahu hiasan itu tengah viral tau! Hampir semua resort mewah menggunakan curved arch sebagai selling point mereka. Bukan itu sahaja, ruang tamu vila ini cukup menawan kerana menggunakan sunken living room.
Ini membuatkan ruang menjadi lebih luas dan menarik. Di sini korang dapat melepak bersama keluarga atau rakan menghidupkan ruang tamu dengan gelak ketawa menghabiskan masa sehingga larut malam dengan kenangan cukup indah.
Photo from IG | rabak_
Selain itu, ruang ini memberikan peluang untuk korang ambil gambar ootd (outfit of the day) yang tengah on-trend.
Berendam Dalam Ketenangan Di Kolam Peribadi
Photo from airbnb
Antara perkara wajib dilakukan ketika bercuti di sebuah resort, vila atau hotel mewah ialah bermain di kolam renang. Daripada kanak-kanak sehingga dewasa, semuanya memang suka berendam dan bermain air sebagai aktiviti menyeronokkan.
Disebabkan itu, Tenang Jiwo menyediakan kolam peribadi yang boleh dilihat daripada ruang tamu sahaja. Kolamnya tidak terlalu dalam dan cukup luas untuk korang berendam dalam ketenangan sambil melihat persekitaran yang indah.
Photo from airbnb
Tidak kisah di pagi hari atau di waktu malam. Kolam peribadi ini akan menjadi antara tempat yang banyak masa akan dihabiskan sambil melihat langit biru menawan atau ditemani cahaya bintang pada waktu malam.
Lengkapkan Pengalaman Indah Dengan Aktiviti BBQ
Photo from airbnb
Selepas selesai sahaja mandi di kolam renang mesti perut terasa lapar betul tak? Disebabkan itu vila Tenang Jiwo menyediakan dapur dan ruang makan di bahagian luar bersebelahan kolam renang bagi menyelesaikan perkara ini.
Jadi korang tidak perlu masuk ke dalam vila. Boleh sahaja lepak di luar mengisi perut dengan makanan kegemaran dengan penuh selesa. Tambahan pula, pihak Tenang Jiwo turut menyediakan ruang untuk lakukan barbeque (BBQ).
Aktiviti wajib untuk dilakukan ketika menginap di sini. Sangat sesuai untuk dilakukan pada waktu malam sambil bergelak ketawa bersama orang tersayang.
"Simple, Elegant, Modern & Bali Vibes" - Netizen
Photo from airbnb
Pengalaman menginap di Tenang Jiwo sangat memuaskan. Majoriti netizen yang pernah menginap di sini meninggalkan review 5 bintang! Menurut mereka, kebanyakan sangat berpuas hati dengan servis serta keseluruhan vila.
Bilik yang disediakan sangat selesa serta luas. Lokasi yang terletak di Kapar, Selangor pula tidak terlalu jauh dari bandar tetapi dapat memberikan suasana yang cukup tenang. Selain itu, mereka turut memuji pemilihan warna dan reka bentuk moden vila ini.
Vibes seperti sebuah resort mewah di Bali dapat terasa sebaik korang menjejak langkah pertama. Walaupun nampak sangat simple, Tenang Jiwo menjanjikan pengalaman percutian tak dapat korang lupakan sampai bila-bila.
Justeru, kemaskan bag sekarang dan temui oasis syurga yang hanya wujud di vila ini.
📍 Kapar, Selangor, Malaysia
Mungkin korang suka: