Panduan Untuk Ke Hat Yai Dari KL Menaiki Kereta Api ETS
Nak bercuti ke Hat Yai, Thailand tetapi anda malas nak memandu ke sana? Jangan risau ini panduan bagaimana untuk menaiki kereta api dari Kuala Lumpur sehingga ke Siam dengan mudah.
Bermula operasi sejak zaman penjajahan British, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) ialah pengendali rel utama di Semenanjung Malaysia. Asalnya dibina untuk mengangkut bijih timah.
Photo from Wikimedia Commons
Kini menjadi salah satu alternatif untuk warganegara bergerak ke negeri lain. Menariknya rangkaian kereta api Malaysia-Thailand telah dibuka beberapa bulan lalu dan anda tidak perlu memandu untuk tiba ke Hat Yai.
Maklumlah, saban hari semakin ramai warganegara kerap bercuti di negara jiran kerana pelbagai tarikan menarik. Jadi bagaimana caranya?
Photo from Expedia
Bermula Di Kl Sentral Menuju Ke Padang Besar Terlebih Dahulu
Photo from The Star
Untuk pengetahuan umum untuk menaiki kereta api ke Thailand. Anda perlu pergi ke stesen KL Sentral terlebih dahulu dan lebih mudah jika anda menaiki LRT Kelana Jaya Line yang mempunyai hentian stesen di situ.
Kemudian barulah anda mengambil laluan menuju ke Padang Besar, Perlis. Sehubungan dengan itu, menurut KTM terdapat 3 jenis tempat duduk anda boleh pilih seperti berikut:
Photo from Urbanist Wanderer
- Platinum (Business Class): RM118
- Express: RM131
- Gold: RM 88
Photo from KTM
Perbezaan antara 3 kategori ini bukan sahaja tertakluk pada jenis tempat duduk. Contohnya, Business Class mempunyai kelengkapan seperti free Wi-Fi zone, usb and power supply, recline rotating seat dan reading light.
Tambahan pula jika anda dari Pulau Pinang. Anda boleh sahaja ambil kereta api di Stesen Tasek Gelugor dan berhenti di Padang Besar. Harganya seperti berikut:
Photo from Places and Foods
- Platinum (Business Class): RM36
- Gold: RM29
Untuk proses beli di tiket boleh dilakukan secara online sahaja melalui laman web rasmi KTM.
Photo from Paul Malis
Kereta Api Anda Sudah Sampai di Padang Besar, Nak Ke Hat Yai Bagaimana?
Photo from Wikipedia
Setelah tiba di stesen terakhir, Padang Besar, Perlis. Anda perlu ke kaunter imigresen terlebih dahulu untuk cop pasport dan sebagainya, barulah boleh sambung perjalanan menuju ke sempadan Thailand.
Seterusnya, anda perlu berjalan dalam jarak lima minit ke stesen kereta api Thailand dan membeli tiket SRT Thailand menuju ke arah Hat Yai. Menurut netizen, tiket ini tidak boleh dibeli secara online tau, hanya di kaunter sahaja.
Photo from Shigeyuki
Tambahan pula, menurut Siakap Keli, perjalanan dari stesen Padang Besar ke Hatyai hanya mengambil satu jam sahaja. Harga tiketnya ialah seperti berikut menurut Rome2Rio:
- Ketiga: RM6-20
- Kedua (Kabin): RM70-95 / (Kerusi) RM30-45 (Ada Penghawa Dingin)
- Pertama (Kabin Penghawa Dingin): RM90-120
Photo from Chaiwat
Ramai warganegara menyatakan jika anda ingin berjalan dengan lebih selesa. Anda digalakkan untuk pilih sleeper train (kabin) supaya boleh berehat dalam gerabak sepanjang perjalanan berbanding kerusi.
Malas Nak Tukar Kereta Api? Boleh Naik Van Ke Hat Yai Tau!
Photo from Van Hat Yai Border Anuar
Sebagai pilihan alternatif anda juga boleh menaiki van mini daripada stesen Padang Besar ke Hat Yai. Perjalanan ini makan masa selama 1 jam 30 minit (anggaran kasar).
Ini kerana beberapa netizen turut berkata pilihan lebih mudah berbanding menunggu kereta api untuk tiba. Pilihan pemandu van pula memang banyak dan tidak putus menawarkan servis mengambil serta menghantar penumpang ke destinasi pilihan.
Harganya bagaimana? Untuk 1 dewasa berharga RM30. 1 Van boleh muat sehingga 10 orang dalam satu masa.
Tak Susah Pun Nak Bercuti Di Hat Yai Kan?
Photo from Pixel
Justeru itu, min harap info ini berguna untuk anda bagi yang kurang faham bagaimana cara untuk pergi ke Hat Yai menaiki kereta api. Untuk pengetahuan umum, anda perlu peka dengan jadual perjalanan KTM supaya tidak terlepas.
Tambahan pula, keseluruhan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai akan mengambil masa dalam 6-7 jam. Ia bergantung pada kelajuan, kekerapan dan berapa lama kereta api anda berhenti di stesen.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengeluarkan tenaga untuk memandu jauh untuk masuk ke negara jiran kan? Boleh santai sambil melihat pemandangan luar yang sungguh menenangkan.
Mungkin korang suka: