Saya sudah mencuba Moist Diane Perfect Beauty Protect Body Wash - Active Deo. Sejujurnya, saya boleh katakan saya sangat berpuas hati dengan produk body wash ini. Bukan saja saya, malahan anak pun selesa menggunakannya. Saya dan anak, seorang yang mudah berpeluh dan aktif setiap hari. Jadi, masalah bau badan sering menjadi isu kepada kami. Namun selepas kami menggunakan body wash active deo secara konsisten, saya dan anak merasakan perbezaan yang ketara dari segi kesegaran, kelembapan kulit dan kebersihan pada kulit badan.
Bagi tekstur body wash ini, ia sangat lembut, pekat dan juga mudah berbuih. Ia membuatkan proses semasa mandi lebih selesa dan penggunaan body wash menjimatkan. Haruman wangian body wash ini juga tidak terlalu kuat tapi cukup lembut harum dari limau gedang dan bau segar. Tekstur dan haruman wangian body wash ini memberikan kesegaran, membersihkan segala kotoran pada badan dengan bersih dan membuatkan saya dan anak yakin bergerak aktif sepanjang hari. Saya yakin bahawa formula body wash ini sangat berkesan untuk kami. Bukan itu saja, kulit badan saya dan anak tidak kering atau terasa tegang selepas menggunakannya malah kekal lembab dan selesa setiap masa.
Tambahan pula, kandungan dan formulasi body wash ini membantu menyegarkan dan di samping membantu membersihkan penyebab bau yang tidak menenangkan. Pendapat saya, body wash ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan individu yang aktif serta sering berpeluh, bersukan, beriadah atau bekerja dlm keadaan yang panas. Bukan orang dewasa saja, malahan kanak-kanak juga boleh menggunakannya. Ia tidak merosakkan pada permukaan kulit kanak-kanak.
Selain itu, pembungkusan body wash ini sangat minimalist, ceria dan menarik.Ya, ia sangat berkualiti dan tekstur bergred tinggi.
Yang mencari kesesuaian body wash untuk kulit badan, boleh memilih body wash ni.
Kesimpulannya, Moist Diane Perfect Beauty Protect Body Wash - Active Deo sangat berkesan dan berikan impak yang baik untuk kulit dewasa dan kanak-