5 Kedai Makan Halal Di Hat Yai Disyorkan Oleh Mekyun!
Tidak jauh dari sempadan Padang Besar, Hat Yai merupakan destinasi pilihan ramai warganegara untuk bercuti. Terkenal dengan pelbagai pilihan makanan menyelerakan dengan harga berpatutan.
Digelar 'Southern Pearl', bandar ini mempunyai sejarah unik dan lokasi strategik telah menarik ramai pelancong luar untuk menikmati keindahannya. Untuk ke sini kita boleh naik kereta api, memandu dan kapal terbang.
Photo from Traveloka
Ramai warganegara sering ke Hat Yai untuk berjalan-jalan dan mencari makan. Menariknya, pempengaruh Mekyun telah berkongsi beberapa kedai makan yang sedap malah halal pulak tu dengan harga berpatutan.
Nak mulakan dengan mana satu dahulu?
1. Kai-Tod Decha
Photo from Luq Man
Berada di Tambon kedai ini menyediakan nasi khao mok. Dalam bahasa mudah, nasi briyani Thailand yang paling sedap di bandar itu ujar Mekyun.
Untuk pengetahuan umum, 'Kai tod' bermaksud ayam goreng dalam bahasa Siam. Decha pula merujuk kepada nama pemilik restoran itu. Harga hidangan pula tidak terlalu mahal dan berada pada skala berbaloi.
Contohnya hidangan yang ditunjukkan oleh Mekyun bermula 75 baht (RM9.50). Mekyun turut pesan air kelapa yang berharga 35 baht (RM4.50) sahaja.
Photo from everglook
📍 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 81 098 3751
⏰ 10 am - 9 pm
2. Pa-Ad Fresh Milk
Photo from Ngai Kong
Antara pencuci mulut Thailand yang terkenal di negara kita, roti kukus cicah kaya pandan. Rasanya manis, berkrim, berlemak dengan sentuhan aroma pandan untuk menjadi pelengkapnya.
Roti ini boleh didapati di mana-mana sahaja di Thailand. Namun, menurut Mekyun, yang paling sedap dijual di kedai ini dan boleh dinikmati bersama segelas susu segar.
Photo from Kongkrid
Tambahan pula, kaya pandan dihasilkan menggunakan resipi sendiri bukan beli tau! Bukan itu sahaja, "roti dihidangkan bersama kaya dalam keadaan panas. Roti sangat lembut dan gebu selepas dikukus.
Untuk dapat kemanisan sempurna, tambah susu ke dalam kaya sebelum cicah roti tersebut," ujar seorang pelanggan.
Photo from Jakkrit
📍 2F3C+GX8, Chee Uthit Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 81 767 5215
⏰ 6 pm - 12:30 am
3. Ayyuthaya Noodle
Boat noodle bukanlah makanan yang asing bagi warganegara Malaysia. Kuah pekat berwarna gelap kaya dengan aromatik terhasil daripada pelbagai campuran kicap, herba dan rempah didalamnya.
Mekyun rekomen anda untuk mencuba di Ayyuthaya Noodle, sebuah restoran halal yang terkenal dengan boat noodle. Harga bagi hidangan bermula dari 70 baht (RM8.80) dan tidak melibihi 100 baht (RM13).
Photo from Ayutthaya Noodle
Kalau di negara kita akan dihidangkan dalam mangkuk kecil kan? Haa.. kalau di Hat Yai dihidang dalam portion besar dipenuhi dengan daging! Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa masakan lain yang berkualiti.
Contohnya, Tom Yum Goong. Kuah pekat cukup menyelerakan untuk makan bersama nasi putih.
Photo from Ayutthaya Noodle
📍 22 ถนน ศุภสารรังสรรค์, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 63 091 7589
⏰ 7 am - 12 am
4. Khlong Hae Buffet Seafood
Photo from Zainurin
Makanan Thai sinonim dengan kepakaran mereka menghasilkan pelbagai lauk menyelerakan menggunakan makanan laut. Khlong Hae Buffet Seafood bukan sahaja halal, sedap dan segar pulak tu!
Mengambil konsep buffet, setiap meja akan disediakan 2 jenis dapur iaitu gril dan rebus. Pelanggan akan dihidangkan pelbagai makanan laut segar, ayam, daging, kambing yang siap diperap (free-flow).
Photo from Khlonghae
Tambahan pula, aneka sayur dan sos pencicah akan melengkapkan pengalaman makan di sini.
Photo from X | myjoe_
📍 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 88 183 4422
⏰ 2 pm - 10:30 pm
5. Kak Sah Muslim Kitchen
Photo from Khairul Aslam
Pernah tak terfikir nak rasa masakan nasi campur di Thailand macam kat negara kita. Bayangkan nasi putih dengan lauk masakan thai sudah semestinya sedap menjilat jari kan? Haa.. kalau camtu singgah ke Kak Sah Muslim Kitchen.
Lauk yang korang akan jumpa di sini seperti gulai, ayam goreng, sayur-sayuran yang akan kena dengan selera tekak orang kita. Katanya yang popular adalah lauk kerabu kaki ayam dan beberapa masakan panas.
Photo from Khairul Azman
Jangan lupa untuk mencuba tomyam dan kalau korang singgah belah pagi ada roti canai dan roti bakar sesuai untuk bersarapan pagi.
📍Lamaisongkrew Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
📞 +66 81 898 7090
⏰ 6 am - 10 pm