6 Pes Tom Yam Paling Sedap, Sebijik Rasa Kedai (2024)!
Tom Yam, sejenis sup yang terhasil dari Thailand telah memikat hati selera tempatan dengan rasa masam pedasnya. Begitu popular sehingga ada yang boleh menikmati setiap hari untuk makan malam.
Walaupun hidangan ikonik dari Siam ini begitu popular. Masih banyak sejarawan tidak dapat menggaris asal usulnya dengan tepat. Namun ramai percaya ia bermula di Thailand tengah, berhampiran Sungai Chao Phraya.
Photo from Wikipedia
Ini kerana sungai ini dipenuhi dengan udang air tawar menjadi diet utama orang tempatan situ. Maka, ia dipercayai menjadi tempat lahir Tom Yam Goong.
Selain itu, nama 'tom yam' berasal dari dua perkataan thai. 'Tom' merujuk kepada merebus, 'Yam' membawa maksud campuran. Menggabungkan kedua perkataan ini mencerminkan esensi sebenar hidangan sup ini.
Photo from Hot Thai Kitchen
Keunikan Hidangan Yang Bernama Yom Yam
Photo from Learning To Cook Thai Food
Umum mengetahui hidangan ini mempunyai rasa masam dan pedas. Rasanya terhasil daripada beberapa kombinasi bahan penting seperti serai, daun limau purut, galangal dan cili padi.
Menariknya hidangan ini bukan sahaja popular di negara kita. Ia turut digemari di seluruh Asia sehingga ada yang mengadaptasi versi sendiri untuk menepati citarasa masing-masing.
Photo from Soi 55
Senang kata, tom yam bukan sekadar sebuah hidangan sahaja. Ia merupakan sebahagian daripada budaya Thai yang kaya. Walaupun asal-usulnya dipenuhi dengan misteri, rasanya yang menyelerakan akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya, terutama orang Malaysia kan?
Oleh itu, ini beberapa jenis hidangan yang boleh anda cuba.
Jenis-Jenis Tom Yam Yang Ada, Bukan Sejenis Sahaja
1. Tom Yam Kung
Photo from Seonkyung
Dengan warna merah pekat memikat, inilah versi yang kita sering makan dan paling popular serta dikenali. Cuma versi Thai mereka pakai udang galah untuk menambah rasa 'umami' dalam sup tersebut.
Barulah rasanya lebih kaya dan menyelerakan.
2. Tom Yam Pla
Photo from Hungry In Thailand
Sedikit berbeza bukan sahaja dari segi warna puith yang keruh. Tapi pada pemilihan bahan kerana ia terhasil dari pati ikan segar untuk memberikan rasa berbeza daripada varian yang lain.
Rasanya sedap untuk makan dengan nasi putih kerana rasa lebih lembut.
3. Tom Yam Gai
Photo from Rachel Cooks Thai Gai
Sesiapa yang alah makanan laut tu boleh cuba versi ini pula. Rasanya masam pedas tu tetap ada cuma ayam menjadi bahan utamanya. Rasanya seperti mana anda bayangkan di kedai thai sering ada di negara kita.
4. Por Thek/Pok Tek
Photo from Soi 55
Varian ini paling masyuk dan mewah kerana menampilkan pelbagai makanan laut menyelerakan! Contohnya macam ikan, sotong, udang dan kupang. Setiap satu bahan memberikan rasa tersendiri membuatkan kuah terasa lebih 'kaya'.
Sehubungan itu, sesuai untuk makan bersama nasi putih.
5. Nam Khoon
Photo from Holistic Chef
Ini merupakan varian baru dalam dunia kulinari ini. Penggunaan santan menambah rasa kaya, lemak disebati dengan rasa pedas. Udang galah dimasak bersama untuk menambah elemen rasa lebih mendalam dalam sup tersebut.
Jika ada peluang untuk mencubanya, jangan lepaskan peluang.
6. Tom Yam Kung Mak Phrao On Nam Khon
Photo from Thai Girl
Mempunyai kuah putih berlemak disebabkan penggunaan santan dimasak dengan buah kelapa muda. Rasa pedas manja akan menyentuh lidah anda sambil ditemani dengan elemen buah kelapa tersebut.
Sesuai untuk mereka yang ingin mencuba versi hidangan lebih berani berbanding versi biasa.
Malas Nak Makan Di Kedai? Takpa Guna Pes Ini. Rasa Sebijik Macam Di Kedai!
Photo from Ajinomoto
Haa.. siapa sangka hidangan ini mempunyai 6 jenis berbeza pulak tu. Setiap satu mempunyai rasa unik membuatkan pengalaman makan itu sungguh berbeza.
Walau bagaimanapun kadang kala kita mesti malas nak makan di kedai kan? Nak kena keluar lagi malas betul! Sebab itu, min lebih gemar masak sahaja di rumah menggunakan pes yang mudah dibeli di kedai.
Lebih menjimatkan dan boleh campur pelbagai jenis bahan untuk menghasilkan rasa lebih menyelerakan. Ini beberapa pes anda boleh gunakan untuk dapatkan rasa sebijik macam di kedai:
Photo from Lazada
- Pes 'Tulisan Thailand Tom Yam": Rasa paling autentik sebijik macam anda makan di Thailand, tapi harganya sedikit mahal
- Nang Fah: Jenama mampu milik, untuk sedap tambah susu cair semasa masak pes ini.
- PUM: Antara jenama popular yang memerlukan anda adjust mengikut citarasa selera sendiri
- Knorr: Jenama terkenal menghasilkan pelbagai stok menyelerakan. Rasanya pun sedap sahaja.
- Family Mart: Sesiapa yang gemar nikmati Oden pasti akan menyukai rasa pes ini. Boleh dibeli dengan mudah dan rasa sebijik macam makan di kedai serbanekanya.
- Adabi: Pes pilihan paling mesra bajet dan sedap. Sedikit masam dan perlu adjust mengikut rasa digemari
Justeru itu, untuk peminat Tom Yam min harap info ini berguna dan bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Mungkin korang suka: