49% Pelancong Datang Ke Malaysia Hanya Untuk Makan?!
Sekali lagi Malaysia mencuri perhatian dunia dengan keistimewaannya. Kali ini, tersenarai antara 5 negara paling popular dengan makanan di Asia menurut pelancong.
Berdasarkan laporan dari Agoda, sebuah agensi pelancongan. Mereka mendapati majoriti pelancong banyak terjatuh cinta dengan makanan di negara kita sehingga menggelarkannya sebagai 'syurga makanan'.
Photo from Diatabs
Selain itu, kepelbagaian destinasi percutian menarik membuatkan semakin ramai pelancong ingin menghabiskan hari mereka di sini. Tetapi agenda utama mereka sudah tentu untuk mencuba kelazatan makanan di negara kita.
Photo from Harian Metro
49% Pelacong Datang Ke Malaysia Hanya Untuk Mencuba Makanan Tempatan
Photo from Utusan
Agoda melaporkan 49% pelancong melawat ke negara kita bertujuan untuk mencuba makanan tempatan yang unik. Dengan kepelbagaian jenis hidangan boleh dicuba mencerinkan warisan budaya masyarakat tempatan.
Tambahan pula, Korea Selatan dianggap sebagai destinasi negara nombor 1 bagi pencinta makanan. Senarinya seperti berikut berdasarkan laporan Agoda:
Photo from SUN Education
- Korea Selatan (64%)
- Taiwan (62%)
- Thailand (55%)
- Jepun (52%)
- Malaysia (49%)
Photo from Utusan
Menurut Pengarah Malaysia dan Brunei Agoda, Fabian Teja berkata, "Makanan tidak terhad kepada kelangsungan hidup sahaja. Tetapi telah menjadi sebahagian daripada pengalaman budaya sesebuah negara,"
"Ada pelancong teruja dengan makanan tempatan sehingga menempah restoran terlebih dahulu sebelum membeli tiket penerbangan.
Data tinjauan kami jelas menunjukkan bahawa pelancong mencari destinasi untuk nikmati makanan dan tradisi tempatan. Bukan hanya bersiar-siar sahaja," katanya.
Photo from Utusan
Apakah Hidangan Tempatan Yang Digemari Oleh Pelancong?
Photo from Ajinomoto
Umum mengetahui bila kita bercakap tentang makanan tempatan, bukan hanya satu dua. Hampir semua negeri mempunyai keistimewaan makanan yang mencerminkan sejarah serta rasa tersendiri.
Namun ada beberapa makanan tempatan yang berjaya memikat hati pelancong. Antaranya seperti:
Photo from The Woks of Life
- Nasi lemak bungkus
- Nasi lemak ayam goreng berempah
- Char Kuey Teow (Pulau Pinang)
- Mi Hokkien (Pulau Pinang)
- Cendol (Pulau Pinang)
- Hinava (Sabah)
- Mi Tuaran (Sabah)
- Manok Pansoh (Sarawak)
Photo from Reddit
Pencinta Makanan Dari Singapura Sering Jadikan Malaysia Sebagai Destinasi Utama?!
Photo from Utusan
Menerusi laporan tersebut turut mendedahkan warisan budaya Malaysia membuatkan cita rasa makanan lebih istimewa. Disebabkan itu menjadi destinasi utama kaki makan dari seluruh dunia.
Menariknya, Agoda mengatakan bahawa pelancong dari negara jiran, Singapura sering mengunjugi ke sini untuk nikmati makanan tempatan. Siapa sangka kan?
Tambahan pula, beberapa bulan lalu roti canai juga dinobatkan sebagai roti terbaik dunia oleh Tasteatlas. Hidangan roti canai telah berjaya mengalahkan hidangan seperti roti naan, dan beberapa roti daripada negara Eropah.
Photo from The Flavour Bender
Malaysia Kekal Menjadi Antara Negara Paling Best Untuk Cari Makan!
Photo from MICHELIN Guide
Justeru itu, negara kita terus memperkukuh reputasinya sebagai syurga makanan di Asia. Pelacong yang datang ke negara sering ditinggalkan dengan memori manis dipenuhi dengan pelbagai makanan menyelerakan.