KL Disenaraikan Tempat Ke-7 Bandar Terbaik Untuk Foodie!
Ramai pelancong akui keseronokan ketika melancong ialah pengalaman menikmati makanan tempatan. Mungkin sebab itu Kuala Lumpur dinobatkan antara bandar terbaik untuk penggemar makanan.
Menurut Time Out, "untuk benar mengenali bandar adalah melalui makanannya. Tetapi apakah kriteria menjadikan makanan di tempat itu hebat? Bukan dari faktor pujian dan bintang Michelin.
Photo from Arafah Rianti
Ia sesuatu yang lebih mudah - pilihan makanan berkualiti pada harga berpatutan. Kami menyoal penduduk tempatan di setiap bandar dan minta untuk menilai makanan dari segi kualiti dan kemampuannya.
Kami juga memastikan senarai ini segar dan menyusun ikut piawaian ditetapkan." kata mereka. Demikian rupa menurut Time Out ini bandar yang menyediakan makanan paling sedap.
Photo from Melancong.my
Naples Berada Di Tempat Pertama!
Photo from Smithsonian Magazine
Bagi mereka yang teringin nak menikmat rasa piza asli sebenar memang wajib datang ke Naples. Time Out mencadangkan untuk pergi ke restoran bernama 'Santa Maradona'.
Pemiliknya, Andrea Viviani berkata "perasaan seronok apabila diberi perhatian oleh Time Out. Walaupun dia menganggap bercuti di bandar ini hanya untuk menikmati makanan ialah satu pembaziran."
"Makanan sememangnya merupakan bahagian penting dalam budaya kita. Tapi Naples ada lebih banyak lagi," kata Viviani. Tambahan pula, jangan datang ke sini semata-mata untuk makanan sahaja, ada banyak tradisi menyeronokkan untuk anda nikmati.
Photo from TasteAtlas
Kuala Lumpur Pula Berada Di Tempat Ke-7
Photo from Nocturnal Asia
Perkara mengejutkan adalah Kuala Lumpur tidak ketinggalan jauh dalam senarai ini. Menduduki tangga ke-7 mengalahkan beberapa bandar terkenal seperti Osaka, Mumbai, Dubai Porto.
Ini bermakna KL antara bandar terbaik kalau anda seorang foodie. Menurut Time Out, "nasi lemak sebagai makanan negara memang wajib untuk dicuba, diikuti dengan sup tomyam dan roti canai.
Photo from Reddit
Ibu kota Malaysia merupakan sebuah bandar sibuk dan terkenal dengan kepelbagaian landskap masakannya. Pengaruh masakan Melayu, Cina, India telah dibentuk selama berabad melahirkan keunikan tersendiri dalam dunia kulinari."
Time Out turut mencadangkan untuk pelancong untuk lepak di kopitiam, mamak dan warung. Ini supaya dapat menikmati setiap hidangan terkenal yang ada di negara kita sebelum mencuba beberapa makanan lain.
Photo from NST
Ada 3 Bandar Asia Turut Tersenarai Lebih Tinggi Dari KL
Photo from TripSavvy
Sehubungan dengan perkara ini, terdapat 3 bandar asia turut tersenarai lebih tinggi dari KL seperti berikut:
- Ho Chi Minh, Vietnam
- Beijing, China
- Bangkok, Thailand
Photo from Vietnam Escape Tours
Time Out berkata, "manis, pedas, wangi - walau bagaimanapun anda menggambarkannya. Masakan Vietnam tidak pernah berkompromi dengan rasa. Ho Chi Minh telah muncul sebagai destinasi makan paling menarik di negara ini.
Makanan yang dipengaruhi Perancis telah melahirkan banyak makanan sedap seperti pho, banh mi." Manakala, Beijing cukup terkenal dengan banyak makanan meletakkan daging.
Photo from Yun's Family Tabe
Contohnya seperti ayam gongbao, itik peking menjadi kegemaran disini. Akhir sekali, Bangkok merupakan 'ibu kota makanan jalanan dunia'.
Time Out berkata "Bangkok turut disenaraikan sebagai bandar raya ketiga paling berpatutan untuk dimakan di luar. Makan di warung tepi jalan atau dari bot di pasar terapung, makanan jalanan ialah nadi penduduk tempatan."
Photo from Conde Nast Traveler
Makanan seperti som tum dihasilkan dari salad betik bersama epal menjadi antara hidangan wajib di Bangkok, Thailand. Sebalik pasar dan kedai makanan tepi jalan, Bangkok ini juga mempunyai banyak restoran mewah.
Sebanyak 34 restoran berbintang Michelin berada di bawahnya" ujar mereka.
Mungkin korang suka: