5 Hotel Murah Di Hatyai, Bajet Bawah RM200 Sahaja!
Terkenal sebagai antara pilihan utama untuk melancong di Thailand dalam kalangan rakyat Malaysia. Hatyai menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti pasar malam, makanan, tempat bersejarah dan kaya dengan budaya tempatan.
Disebabkan itu sudah tentulah kita perlu memilih lokasi penginapan yang sesuai betul tak? Pilihan penginapan pula perlu dekat dengan beberapa lokasi pelancongan untuk memudahkan kita berjalan.
Photo from Agoda
Nasib baik dekat Hatyai ada banyak pilihan hotel murah yang selesa untuk kita pertimbangkan. Baca sehingga habis untuk ketahui 5 hotel terbaik bawah RM200 yang ada di Hatyai.
1. The Regency Hotel, Hatyai
Photo from Regency Hatyai
Menjadi salah satu pilihan utama kalangan pelancong tempatan. Lokasinya yang terletak di pusat bandar memudahkan pelancong untuk bergerak ke beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Pasar Kim Yong.
Selain itu, lokasinya yang dekat dengan pusat membeli-belah dan restoran menjadi salah satu faktor utama. Tidak perlu untuk pergi jauh semata-mata untuk nikmati makanan sedap atau hiburan di Hatyai.
Bilik ditawarkan pun luas dan sesuai untuk kumpulan berkeluarga atau rakan-rakan.
Photo from The Regency Hatyai
📍 23 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand
💵 RM115+ / Semalam
2. Lee Gardens Plaza Hotel
Photo from Lee Gardens Plaza
Terletak hanya 650 meter dari Stesen Kereta Api Hatyai menjadikan hotel ini sangat strategik! Dahlah terletak di pusat bandar pulak tu, memang mudah nak ke mana-mana tempat menarik.
Bukan itu saja, hotel ini dikelilingi oleh kedai makan yang menghidangkan pelbagai makanan menyelerakan. Dengan bilik luas dan selesa, lengkap dengan kemudahan moden membuatkan penginapan anda di sini begitu selesa.
Photo from Lee Gardens Plaza
📍 29 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand
💵 RM170+ / Semalam
3. Red Planet Hatyai
Photo from Red Planet
Jika anda menginap di sini, anda boleh berjalan kaki ke Odean Shopping Mall dan Lee Garden Plaza hanya beberapa minit sahaja. Selain itu, hotel ini juga memudahkan anda untuk pergi ke Kim Yong Market dan Santisuk Market.
Menjadi antara pilihan ideal untuk menikmati keunikan bandar ini. Bilik yang diberikan pun bersih, lengkap dengan kemudahan asas serta sesuai untuk pelancong yang ingin sebuah bilik selesa.
Photo from Red Planet
📍 152-156 Niphat Uthit 2 Road, Hatyai, Thailand
💵 RM100+ / Semalam
4. Sakura Budget Hotel
Photo from Booking
Untuk pelancong yang inginkan sebuah bilik selesa dengan harga berpatutan, anda boleh pilih hotel ini. Juga terletak di lokasi strategik memudahkan anda untuk gerak satu ke satu tempat.
Selain itu, terdapat sebuah pasar malam dan stesen kereta api untuk memberikan anda pengalaman sebenar kehidupan di Hatyai. Tak lupa juga, hotel ini bersih untuk menjamin keselesaan pengunjung.
Photo from Hotelmix
📍 2/1-2/2 Soi 1, Niphat Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
💵 RM60+ / Semalam
5. The Bed Hatyai
Photo from The Bed Hatyai Hotel
Dengan reka bentuk bangunan memukau, anda pasti akan terasa syukur menghabiskan duit menginap di sini.
Terletak di pusat bandar memang mudah nak ke mana-mana dan dari segi keselesaan pula. Hotel ini menyediakan kemudahan asas moden dan lengkap serta rekaan dalaman minimalistic menamah kepada keseluruhan suasana di sini.
Photo from FB | The Bed Hatyai Hotel
Pihak pengurusan turut memastikan hotel ini bersih dan selesa sepanjang masa. Menjadikan ini antara pilihan baik ketika bercuti di sini.
📍 170/1-2 Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai
💵 RM100+/ Semalam
Beberapa Tips Untuk Dapatkan Hotel Dengan Harga Berpatutan!
Photo from Malaysia Travel Blog
Sebelum anda menempah tiket untuk bercuti di Thailand, ini tips penting memastikan anda dapat hotel dengan harga berpatutan seperti berikut:
- Tempah Lebih Awal: Bila tempah awal boleh dapat harga promosi terutama semasa musim percutian
- Pilih Lokasi Strategik: Pastikan hotel yang anda pilih berada di lokasi tumpuan pelancong untuk menjimatkan kos pengangkutan
- Jangan Lupa Baca Ulasan Tetamu: Ulasan pelancong sangat penting supaya tidak mudah kena tipu
Justeru itu, tidak kira bajet anda besar atau kecil. Hatyai mampu menawarkan banyak pilihan penginapan selesa dan moden tau! Pastikan anda merancang dengan betul sebelum melakukan keputusan untuk bercuti.
Semoga info ini bermanfaat dan berguna sebelum anda bercuti ke sana.
Mungkin korang suka: