download Jom Explore app
Yogyakarta: Wilayah Yang Masih Wujud Sultan Sehingga Sekarang

Yogyakarta: Wilayah Yang Masih Wujud Sultan Sehingga Sekarang

Jom! Cuti Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Yogyakarta adalah salah satu bandar utama di Indonesia yang mempunyai keistimewaan yang tak ramai orang tahu. Terletak di Jawa Tengah, siapa sangka wilayah ini diperintah oleh Kerajaan Diraja iaitu Kesultanan Yogyakarta yang masih wujud walaupun berada dalam negara Republik.

Walaupun zaman kegemilangan Kesultanan Melayu telah pun berlalu di negara kita dan digantikkan dengan sistem sekarang. Masih wujud Sultan di beberapa buah negeri sebagai simbol sejarah negara kita.

Namun alangkah terkejutnya masih wujud seorang Sultan yang memerintah wilayahnya walaupun berada dalam negara Republik Indonesia. Lebih menarik lagi, kerajaan Indonesia mengakui sistem kesultanan ini.

Haa.. bukan senang untuk kita melihat sistem kesultanan pada masa kini lebih-lebih lagi di kawasan Asia Tenggara. Kewujudan seorang Sultan di kawasan ini dapat menunjukkan kepada kita bagaimana budaya yang telah hidup beratus tahun.

Siapa sangka wilayah ini masih wujud sistem Sultan!Photo from The Jakarta Post

Maklumlah, Yogyakarta boleh dikatakan sebagai sumber peradaban orang Jawa. Menarik kan? Selain daripada itu, wilayah ini turut mempunyai beberapa lokasi menarik untuk kita pergi bercuti!

Kesultanan Yang Wujud Sejak Tahun 1756

Sri Sultan Hamengkubuwono X adalah gabenor untuk YogyakartaPhoto from Universitas Muhammadiyah Malang

Asal Usul bandar Yogyakarta berkait rapat dengan penciptaan Kesultanan Yogyakarta yang dicipta pada tahun 1756. Sebelum ini kawasan Jawa Tengah merupakan sebahagian daripada Kerajaan Mataram.

Kerana berlakunya perang saudara antara ahli keluarga diraja yang tidak bersetuju dengan peranan yang harus dilakukan oleh Belanda di tanah jajahan mereka. Akibat daripada konflik ini, Sultan Hamengkubuwono telah mengalahkan saudaranya.

Kemudian, beliau mengambil wilayah itu untuk dirinya sendiri lalu mewujudkan Kerajaan Yogyakarata. Kini, ia merupakan satu-satunya kerajaa yang kekal di bawah Republik Indonesia.

Menurut penduduk Yogyakarta bagaimana kerajaan ini berfungsi dalam negaranya adalah, "Gabenor Yogyakarta ialah raja sendiri, Sri Sultan Hamengkubuwono X dan naib gabenornya ialah Sri Paduka Pakualam X,

Ini menjadi syarat muktamad sejak Yogyakarta menjadi sebahagian daripada Indonesia pada 5 September 1945 dengan mandat daripada Sri Sultan Hamengkubuwono IX, Raja terdahulu,

Jika Raja tidak menyokong Indonesia, maka Yogyakarta tidak akan menjadi sebahagian daripada Indonesia. Melalui peristiwan ini, wilayah ini menjadi daerah istimewa di Indonesia kerana memiliki Raja sebagai gabenor," katanya.

Uniknya tentang Kesultanan ini adalah budaya Jawa yang sangat kuatPhoto from NPR

Maka, kita boleh katakan menarik sungguh struktur politik di wilayah ini betul tak?

Budaya Jawa Yang Masih Kuat Pada Hari Ini

Budaya Jawa masih kuat sehingga sekarangPhoto from Pamitran Tours

Wilayah ini dipercayai sebagai tempat lahirnya tamadun Jawa yang mempunyai warisan sejarah dan budaya yang cukup mewah. Menariknya, budaya ini masih kuat walaupun telah melalui pelbagai fasa zaman moden.

Hampir seluruh bangunan penting dan persekitaran mempunyai nilai-nilai seni Jawa yang dikekalkan. Sangat berbaloi untuk korang luangkan masa di sini sebelum menerokai wilayah lain di Indonesia.

Aspek budaya yang kuat bermula dari Istana Sultan. Daripada penempatan pokok sehingga setiap tata tertib pergerakan yang dilakukan oleh istana diraja mempunyai makna tersirat. Dalam budaya Jawa, sesuatu perkara tidak diucapkan secara langsung.

Sebaliknya disampaikan melalui simbol dan lambang. Haa.. kalau nak mengenal budaya sesuatu tempat cara paling terbaik adalah melalui makanan popular di kawasan ini. Min ada beberapa yang patut korang cuba.

Kita mula dengan Gudeg yang popular macam Nasi Lemak di negara kita. Ia adalah buah nangka dimasak berjam-jam dengan remah dan dihidang bersama daun pisang. Lauknya adalah ayam kelapa dan tempeh.

Gudeg boleh dikatakan macam Nasi Lemak di negara kitaPhoto from EatingAsia

Selain itu, pilihan bakso dan bakmi pun wajib untuk cuba! Sebelum pulang ke Malaysia cuba bandingkan rasa Satay mereka dengan kita tau.

Nak Menyinggah Ke Mana di Yogyakarta?

Ada banyak tempat menarik tau dekat bandar ini!Photo from Travel Triangle

Selain daripada menikmati pelbagai makanan Jawa yang sedap. Ada juga beberapa tempat menarik untuk korang melihat serta menikmati kecantikkan budaya Jawa dalam bandar ini.

Kita mulakan perjalan dengan Beringharjo Market adalah pasar utama dalam bandar ini. Terletak di Jalan Malioboro ia menjadi tempat utama untuk mencari cendermata atau menikmati makanan istimewa di bandar ini.

Seterusnya apa kata singgah ke Istana Sultan yang terletak di tengah bandar. Istana ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasa kediaman Sultan dan sebahagian dibuka untuk orang awam.

Korang boleh lihat pelbagai bilik yang dibuka untuk pelajari kecantikkan budaya Jawa. Kemudian, singgah ke Taman Sari yang merupakan bekas tempat istirehat dan taman untuk Sultan.

Bangunan kolonial mempunyai pelbagai kolam serta bilik untuk pelbagai fungsi. Antaranya untuk berehat, meditasi dan melindungi Sultan. Akhir sekali, Masjid Sumur Gumuling yang terletak dalam Taman Sari adalah sebuah masjid yang pernah digunakan.

Taman Sari yang pernah menjadi tempat istirehat SultanPhoto from Wikipedia

Ia mempunyai 5 tangga yang melambangkan agama Islam yang telah wujud di wilayah ini. Masjid ini mempunyai keseniannya yang unik berbanding masjid yang ada dalam dunia.

Sebenarnya menarik betul wilayah ini. Siapa sangka masih wujud sebuah sistem diraja yang memerintah wilayahnya. Rasanya nak beli tiket penerbangan terus ke sana waktu cuti nanti boleh lihat keindahan budaya Jawa!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok