download Jom Explore app
Mi Segera Diharamkan Dalam Penerbangan Korean Air!

Mi Segera Diharamkan Dalam Penerbangan Korean Air!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 07 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Akibat terlalu kerap berlaku pergolakan di atas udara. Syarikat penerbangan Korean Air mengharamkan penjualan mi segera yang digemari ramai dalam menu makanan kelas ekonomi.

Memetik laporan dari The Korean Times, "Korean Air akan berhenti menghidangkan mi segera kepada penumpangnya akhir bulan ini berikutan peningkatan risiko pergolakan,"

Mi Segera Shin Ramyun diharamkan di Korean AirPhoto from ABC

Sebaliknya, mereka menawarkan makanan alternatif yang 'lebih selamat'. Contohnya sandwhich, corndog dan hot pocket.

Jenama mi segera terkenal Shin Ramen Cup Noodles merupakan satu-satunya produk yang disediakan antara waktu makan untuk penerbangan jarak jauh. Ia menambah bahawa hanya penumpang kelas ekonomi akan tertakluk kepada perubahan perkhidmatan itu.

Hanya kelas ekonomi sahaja terkesan dengan perubahan polisi iniPhoto from Workday

Akibat Keadaan Tidak Stabil Akan Menyebabkan Gangguan Kepada Penumpang

Akibat pergolakan udara semakin kerap, syarikat penerbangan risau akan keselamatan penumpangPhoto from Simple-Flying

Tambahan pula akibat pergolakan udara meningkat menjadi antara punca utama. Korean Air menyatakan, "keadaan tidak stabil akan menyebabkan tumpahan dan gangguan apabila penumpang sedang makan,

Atau apabila kru kabin menghidangkannya. Krisis iklim baru-baru ini telah meningkatkan kekerapan pergolakan. Berbanding dengan 2019, kekerapannya meningkat lebih daripada 2 kali ganda tahun ini," kata pegawai syarikat tersebut.

Apabila pergolakan berlaku Korean Air takut akan menyebabkan kecederaan kepada penumpanPhoto from Sam Chui

Ada juga kes didakwa penumpang mengalami luka bakar apabila sup tertumpah. Keputusan itu hanya memberi kesan kepada kelas ekonomi sahaja kerana reka bentuk kompaknya membawa kepada risiko tumpahan dan kecederaan lebih besar.

Tidak seperti tempat duduk kelas business yang lebih luas.

Tetapi penumpan di kelas business dan first class tidak terkesan dengan polisi iniPhoto from Sam Chui

Ramai Orang Boleh Cedera Bila Tertumpah Nanti

Contoh mi segera dihidangkan dalam penerbangan Korean AirPhoto from Runway Girl

Pegawai Korean Air turut menambah, "Apabila seorang penumpan mula menghirup mi itu dalam kabin. Ia akan membuatkan ramai orang tertarik untuk pesan mi segera yang sama.

Kemudian kru kabin sibuk menyediakan mi segera dan menghidangkannya. Kadangkala membawa beberapa cawan sekaligus. Apabila kapal terbang pada masa sama mengalami pergolakan dan bergegar.

Orang Korea sinonim dengan mi segera merekaPhoto from Metro.Style

Ramai orang boleh cedera. Ia benar memandangkan reka bentuk cawan yang tidak menjamin kestabilan kerana tapak bulatnya yang kecil," ujar pegawai tersebut.

Oleh itu, Korean Air merancang untuk menyediakan alternatif lebih selamat seperti snek. Tetapi tiada keputusan dilakukan kerana mereka ingin memantau maklum balas daripada penumpang terlebih dahulu.

Contoh makanan untuk kelas ekonomi di Korean AirPhoto from Food Experience

Menurut Pakar, Mi Segera Boleh Menyebabkan Melecur

Menurut pakar, mi segera terbukti boleh menyebabkan melecur pada kulitPhoto from Reddit

UChicagoMedicine telah melakukan sebuah kajian untuk melihat kes melecur daripada mi segera. Daripada 790 jumlah kes yang disemak, 31% dikaitkan dengan mi segera dan kanak-kanak tanpa pengawasan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah ini.

Hasil kajian juga mendapati mi segera mengadungi cecair berkanji selain daripada komponen pepejalnya. Ia terbukti membawa kepada kesan melecur berbeza daripada air panas sahaja.

Kecederaan mungkin tidak begitu teruk tetapi tidak bermakna anda tidak boleh tercederaPhoto from The Korean Herald

Walaupun kurang teruk daripada jenis melecur lain, kecederaannya tetap berbahaya. Ia juga boleh membawa kepada kemasukan ke hospital dan memerlukan pembedahan termasuk cantuman kulit.

Oleh demikian, jika anda menaiki Korean Air selepas ini. Pastikan anda pilih kelas business atau first class untuk menikmati makanan ini dalam penerbangan.

Apa kata anda tentang perkara ini?Photo from Conde Nast Traveler

Ataupun boleh sahaja menaiki syarikat penerbangan tempatan dan makan seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok