Netizen Berang Gerai Buat Kuey Teow Keju Leleh!
Kalau ada satu budaya makanan yang ramai pelancong luar tak tahu tentang negara kita adalah menambah keju pada apa jua makanan. Jika ditambah pada sepinggan char kuey teow, anda nak cuba tak?
Perkara ini tular daripada sekeping video yang mendapat reaksi daripada netizen di platform media sosial X. Video tersebut melihat seorang peniaga mempromosikan menu istimewa yang ada.
Photo from X | ShibliVision
Menu tersebut ialah char kuey teow yang ditambah keju leleh di atasnya. Jika anda sudah membayangkannya dan bersedia untuk muntah, jangan risau min pun sama.
Tukang masak tersebut dengan semangat masak char kuey teow dalam kuali seperti biasa. Bahan mentah yang biasa digunakan seperti udang, sayur, kerang turut digunakan.
Hanya RM9 Sahaja Sepinggan Untuk Menu Istimewa Ini
Mendapat lebih daripada 115 ribu tontonan, kuey teow keju ini menjadi bualan netizen tentang budaya makanan tempatan.
Selepas selesai dihidangkan di atas pinggan. Tukang masak akan tambah keju dengan jumlah yang banyak dan menurut pemilik gerai makan tersebut menjual dengan harga RM9 sahaja.
Namun ramai netizen menggangap menu ini bukan istimewa tetapi pelik dan menyatakan masalah orang Malaysia yang 'obses' dengan keju.
Photo from Epicurious
"Itu Bukan Char Kuey Teow, Itu Kuey Teow Basah" - Netizen
Photo from Foodpanda
Selain daripada meletakan keju ke atas makanan yang sudah sempurna. Ada seorang netizen turut menimbulkan satu kontroversi sentiasa menjadi bualan hangat antara orang tempatan.
Kata netizen tersebut, "itu bukan char kuey teow, itu kuey teow basah. Tak faham-faham lagi ke?" kerana dalam video tersebut. Tukang masak masak secara basah (berkuah) sering menjadi kegemaran segelintir orang.
Photo from Ajinomoto
Namun masakan gaya itu tidak boleh dipanggil char kuey teow. Kerana, perkataan 'char' dalam bahasa Hokkien bermaksud stir-fried (goreng/tumis) dan perlu dihidangkan secara kering.
Berbeza daripada gaya masakan Melayu. Di mana Kuey Teow Goreng dirujuk sebagai tanpa kuah (tak basah), Char Kuey Teow dirujuk sebagai berkuah (basah). Anda minat mana satu?
Photo from The Food Canon
Netizen Meluahkan Rasa Loya Tekak Melihatnya
Photo from SideChef
Majoriti netizen yang melihat dan berkongsi video berkenaan memberikan reaksi negatif. Rata-ratanya meluahkan rasa loya tekak melihat menu istimewa keju leleh ditambah pada char kuey teow.
Menurut mereka dahlah masak char kuey teow salah, basah dan berkuah. Ditambah pula keju memang boleh buat sesiapa sahaja muak melihat atau makan.
Photo from Nicole Lui
Kata seorang netizen, "Menghancurkan tradisi makanan orang je. Dah lah harga RM9 tapi bagi keju bancuh drizzle je. Ayam salted egg-nya pun lahai," meluahkan perasaan kecewa dengan tukang masa tersebut.
Netizen turut mendakwa perkara ini bukan inovasi. Sebaliknya merosakkan budaya makanan tempatan. Sebahagian lain turut persoalkan mengapa perlu tambah keju yang akan memberi kesan obesiti kepada rakyat warganegara.
Photo from Allrecipes
Perkara Ini Bukan Sekarang, Dulu Pun Dah Ada Tau
Photo from X | ShibliVision
Walaupun video itu baru sahaja tular di media sosial. Ia tidak bermaksud perkara itu baru kerana meletak keju di atas semua makanan tradisional Malaysia sudah pun menjadi trend beberapa tahun yang lalu.
Contohnya gerai makanan di Cyberjaya bernama Spark Cheese. Dengan harga RM7 kuey teow goreng basah ditambah sos keju mencetus kontroversi pada tahun 2019 yang lalu.
Photo from X | ShibliVision
Justeru itu, keju bukanlah jalan penyelesaian untuk menghasilkan makanan yang sedap. Ia juga tidak perlu ditambah dalam semua jenis makanan untuk menarik perhatian ramai.
Jika makanan anda sedap, sudah pasti orang akan datang beratur walaupun tak viral. Anda nak cuba tak hidangan istimewa ini?
Mungkin korang suka: