download Jom Explore app
10 Tempat Menarik Di Bangkok Yang Unik, Wajib Anda Lawati!

10 Tempat Menarik Di Bangkok Yang Unik, Wajib Anda Lawati!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 25 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memandangkan hujung tahun merupakan waktu terbaik untuk bercuti ke Thailand. Apa kata kita pergi melawat ibu kotanya, Bangkok untuk melihat tempat menarik yang ditawarkan di sana?

Terkenal dengan warisan budaya, seni bina kuil megah, kehidupan urban menarik dan makanan jalanan menyelerakan. Bangkok mampu menawarkan pengalaman percutian menyeronokkan untuk setiap pelancong.

Jom lihat apa yang best di Bangkok!Photo from Lonely Planet

Lebih mesra dikenali denga nama penuhnya yang begitu panjang. "City of Angels" mempunyai beberapa lokasi menarik yang wajib lawat semasa bercuti di sini.

Berikut ialah 10 tempat menarik wajib kunjungi di Bangkok, Thailand.

Warisan budaya sangat kuat di ibu kota ThailandPhoto from Agoda

1. Wat Arun (Kuil Fajar)

Pagoda berdiri megah memberika pemandangan kota iniPhoto from Agoda

Terkenal dengan menara pagoda yang tinggi dan terletak di tepi Sungai Chao Phraya. Kuil ini megah berdiri dengan reka bentuk serta seni bina uniknya menjadi tarikan utama untuk pelancong mengambil gambar.

Mampu menawarkan pemandangan menakjubkan terutama semasa matahari terbenam, kuil ini diterangi oleh cahaya keemasan tau. Naik tangga ke puncak untuk lihat pemandangan bandar dari atas.

Naik tangga untuk lihat pemandangan cantikPhoto from Azure Sky

2. Wat Phra Kaew (Kuil Buddha Zamrud)

Kuil paling suci di Bangkok, datang ke sini pakai pakaian sopan!Photo from Lonely Planet

Merupakan kuil paling suci di Bangkok menempatkan Buddha Zamrud sangat dihormati. Keindahan seni bina serta hiasannya membuatkan ramai pelancong tertarik untuk melihat suasananya.

Tetapi jika anda ke sini perlu diingatkan untuk memakai pakaian yang sopan. Tambahan pula, jangan lupa untuk ikut peraturan dan hormat segala peraturan seperti mana kita minta orang ketika melawat masjid.

3. Wat Pho (Wat Phra Chetuphon)

Patung Buddha baring menjadi mercu tandaPhoto from Go To Thailand

Berada tidak jauh dari Grand Palance, kuil ini terkenal dengan patung Buddha Baring yang begitu besar. Menariknya ia juga menjadi tempat asal urut tradisional Thai yang terkenal di seluruh dunia.

Sehubungan itu, kuil ini diiktiraf sebagai pusat urut Thai tertua di negara tersebut, menawarkan kursus-kursus urut tradisional. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengambil peluang menikmati pengalaman urut yang tiada bandingan.

Selain itu ada tempat urutan tradisionalPhoto from South China Morning Post

4. Grand Palace (Istana Raja)

Dahulu merupakan istana negara kini dibuka untuk orang awamPhoto from LonelyPlanet

Grand Palace menjadi salah satu tarikan utama wajib dikunjungi di Bangkok. Siap dibina pada tahun 1782, Istana ini pernah menjadi kediaman rasmi raja-raja Thailand.

Hari ini, ia dibuka kepada orang awam untuk lawatan. Menariknya, istana ini menggabungkan unsur seni bina Thai dan Eropah. Ia juga mengajar kita tentang budaya serta sejarah keluarga diRaja Thailand.

Di sini anda boleh pelajari tentang keluarga diraja ThailandPhoto from Lonely Planet

5. Chatuchak Market, Bangkok

Cakap nak cari barang apa sahaja, mesti ada di pasar iniPhoto from Agoda

Menjadi pasar hujung minggu terbesar di Thailand dan di dunia. Pasar ini mempunyai lebih daripada 15,000 gerai yang menjual segala-galanya. Sebut sahaja apa, pasti ada peniaga menjualnya!

Pakaian, aksesori, cenderahati, makanan, minuman dan bermacam-macam lagi. Seterusnya, ada pelbagai barang unik dan jarang boleh ditemui di sini.

Chatuchak Market ialah lokasi terbaik untuk anda beli cenderahati asli Thailand. Contohnya seperti kain sutera, barang seni dan kraftangan.

Sediakan duit banyak untuk shoppingPhoto from Bangkok Insiders

6. Asiatique The Riverfront, Bangkok

Sambil berjalan sambil lihat pemandangan menarik pada waktu malamPhoto from CK Travels

Menggabungkan pasar malam dan pusat membeli-belah sambil menawarkan suasana tepi sungai memberi pemandangan indah. Selain berbelanja, anda dapat nikmati makanan tempatan di tepi sungai.

Tambahan pula, jangan lepaskan peluang untuk menaiki roda ferris untuk melihat panorama Bangkok pada waktu malam.

7. Pasar Terapung, Bangkok

Percutian di Bangkok takkan lengkap kalau tak singgah pasar terapungPhoto from Thailand awaits

Percutian anda ke ibu kota Thailand tidak lengkap jika tidak menyinggah ke pasar terapung bandar ini. Simbolik dan menarik menjadi salah satu tarikan utama satu dunia di negara ini.

Pasar paling besar berada di Damnoen Saduak. Anda boleh ke sini dengan menaiki bot kecil melalui laluan sungai dipenuhi dengan dereten kedai di atas air.

Di sini anda dapat nikmati makanan tempatan sambil meihat kemeriahan suasana dipenuhi dengan orang.

Selain itu jangan lupa untuk cuba boat noodle thai yang halal Photo from Hungry IN Thailand

8. Pratunam Market

Di sini pula syurga untuk pakaian! Harga pun berpatutanPhoto from Agoda

Pratunam Market terkenal dengan harga borong untuk barang seperti pakaian dan aksesori.

Menjadi syurga untuk mereka yang ingin mendapat barang fesyen dengan harga berpatutan. Apa-apa sahaja pakaian boleh jumpa di sini dengan mudah.

Selain itu, aksesori fesyen seperti beg tangan, topi, kasut dan lain-lain turut dijual oleh peniaga tempatan. Harga berpatutan padan dengan kualiti membuatkan membeli-belah di sini sangat berbaloi,

Nak cari pakaian trendy datang ke siniPhoto from Chatirum

9. MBK Center, Bangkok

Di sini pula menjual pelbagai barang elektronikPhoto from VIE Hotel Bangkok

Menjadi salah satu pusat membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai barangan elektronik, pakaian murah dan aksesori teknologi. MBK Center ialah pilihan terbaik untuk anda yang minat perkara tersebut.

Terkenal di kalangan pelancong kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding tempat lain. Namun, pastikan apa yang anda beli itu kualitinya berbaloi tau!

10. Taman Lumpini, Bangkok

Seperti Tasik Titiwangsa, taman luas ini best untuk lepakPhoto from Ibis Style

Ibarat sebuah oasis hijau di tengah Bangkok menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong untuk berehat serta melakukan aktiviti rekreasi.

Taman luas menyediakan kawasan khas untuk berjoging, berbasikal atau nak lepak untuk nikmati suasana tenang. Tambahan pula, terdapat beberapa burung eksotik yang jadikan taman ini sebagai rumah.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat kehidupan seharian orang tempatan yang berbeza daripada kita.

Ambil masa untuk menghirup udara segar dan lari dari kesibukan bandarPhoto from Leighton Travel

Kota Malaikat, Kota Besar Abadi, Bangkok

Menarik dan unik, itulah keindahan BangkokPhoto from Smart History

Selain daripada Hatyai, Phuket dan Pattaya. Bangkok mampu memenuhi keinginan pelancong seperti anda yang inginkan sebuah pengembaraan menarik di Thailand.

Lengkap dengan peminat sejarah, makanan dan membeli-belah, bandar ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat anda dilupakan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok