download Jom Explore app
Kooky Plate: Kafe Menu Fusion Wajib Anda Cuba Di Chow Kit

Kooky Plate: Kafe Menu Fusion Wajib Anda Cuba Di Chow Kit

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 20 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Terletak di Jalan Yap Ah Shak terdapat sebuah kafe menarik yang menawarkan pencuci mulut, hidangan menyelerakan bersama minuman menyegarkan. Dikenali sebagai Kooky Plate, jom lihat apa yang menarik di sini.

Jalan Yap Ah Shak menjadi antara tumpuan utama pelancong luar dan penduduk tempatan. Sejak wujudnya Heritage Row, kawasan ini telah membuahkan pelbagai kafe dan kedai menarik untuk kita nikmati.

Terletak sekitar Jalan Yap Ah Shak, jom tengok apa yang best di kafe iniPhoto from Eatdrinkkl

Salah satu daripadanya ialah Kooky Plate. Sebuah kafe yang berada di lot sudut menarik perhatian pejalan kaki dengan dekorasi-nya.

Hiasan dan dekorasi menarik, patutlah jadi kegemaran ramaiPhoto from eatdrinkkl

Kafe Nyaman, Sesuai Untuk Lepak Di Hujung Minggu

Suasana santai dan nyaman sesuai untuk lepak di hujung mingguPhoto from Toms Ackaral

Dari saat anda melihat tanda 'Kooky Plate' dan bangku di luar kafe, anda pasti bermonolog dengan diri sendiri. "Eh menariknya kafe ni, hiasannya memberikan perwatakan tersendiri,"

Selepas itu, anda melihat pula bahagian dalamnya menampilkan gabungan kombinasi warna kuning, coklat, biru dan oren. Seterusnya, ruang dalaman menerima cahaya semulajadi memberikan suasana sempurna untuk ambil gambar 'Insta-worthy'.

Kombinai warna biru, oren, kuning dan coklat menghasilkan vibe unikPhoto from eatdrinkkl

Bukan itu saja, setiap sudut dihias dengan baik untuk memberikan pengalaman makan begitu selesa. Jadi, anda ambil keputusan untuk duduk dan mula membaca menu untuk memesan, makanan apa yang best eh?

Ruang makan pun selesa dan cantik!Photo from Wan Aiman

Menu Kooky Plate: Gabungan Makanan 'Fusion'

Menyediakan menu fusion untuk anda cubaPhoto from IG | Kooky Plate

Untuk pengetahuan umum, Kooky Plate bukan sahaja menawarkan pencuci mulut seperti saudaranya di Petaling Jaya (Kooky Cream). Menu mereka terdiri daripada makanan kegemaran orang Malaysia bergabung dengan sentuhan makanan Jepun seperti ramen dan sebagainya.

Harga menu makanan di antara RM25 sehingga RM30. Berikut ialah beberapa hidangan istimewa yang sering dipesan oleh pelanggan seperti:

  • Nasi Kerabu

Nasi Kerabu menjadi antara pilihan ramai pelangganPhoto from avoskindiary

Makanan klasik pantai timur menampilkan nasi kerabu, keropok dan ayam percik dihidangkan bersama sambal serta sos Nyonya. Hiasan seperti salad, serunding ayam, telur masin mengikat keseluruhan hidangan ini.

Ayam dimasak dengan baik, tidak terlalu kering untuk membuatkan hidangan ini diminati ramai.

  • Ramen Ayam

Ramen ayam menyelerakan untuk peminat ramenPhoto from avoskindiary

Menampilkan ramen ayam bersama sup cendawan berpersia. Hidangan berat ini pasti dapat memenuhi peminat ramen seperti anda, boleh cuba jika tidak terasa untuk makan nasi.

  • Kimchi Chicken Quiche

Rasa kimchi menyegarkan membuatkan ini pilihan utama sebagai pembuka selera atau makanan ringan sementara menunggu hidangan utama.

  • Tau Fu Fah Cheesecake

Tau Fu Fah Cheesecake yang menjadi kegemaran ramai untuk pilihan pencuci mulutPhoto from eatdrinkkl

Dihasilkan oleh Kooky Cream, pencuci mulut ini mempunyai tekstur seperti sutera dengan rasa kaya menyelerakan. Menjadi padanan sempurna selepas menikmati hidangan berat seperti nasi kerabu.

Kenapa Kooky Plate Menjadi Kegemaran Ramai Di Sini?

Vibe santai sesuai dijadikan tempat datingPhoto from IG | Kooky Plate

Selain daripada tawaran makanan menyelerakan. Kooky Plate terletak tidak jauh dari Stesen Monorel Medan Tuanku. Menjadikannya pilihan terbaik apabila anda berada di kawasan ini.

Lokasinya yang strategik membuatkan anda boleh meneroka seleuruh kawasan ini selepas menikmati hidangan menyelerakan. Jangan lupa untuk ambil gambar banyak-banyak kerana keseluruhan kawasan sangat cantik!

Lokasinya berdekatan dengan stesen monorel memudahkan untuk anda ke sanaPhoto from eatdrinkkl

Sama ada mood anda ingin menjamu selera atau inginkan hidangan manis. Anda boleh singgah ke Kooky Plate untuk menjadikan hujung minggu lebih bermakna. Dengan suasana santai, ceria dan menu menarik, padanlah menjadi kegemaran ramai di KL.

Tak perlu bawak kereta pun, naik sahaja Monorel dan turun di stesen berdekatan. Mudah sahaja!

Takda idea nak ke mana? Anda boleh ke sini!Photo from eatdrinkkl

📍 No.16, Seksyen 41, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Hari bekerja (11 am - 10 pm), Hari minggu (9 am - 10 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok