download Jom Explore app
Wow, Rupanya Ini 10 Minuman Mixue Paling Sedap & Viral Tau

Wow, Rupanya Ini 10 Minuman Mixue Paling Sedap & Viral Tau

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 06 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi jenama minuman kegemaran orang tempatan, Mixue semakin dikenali dengan lagunya, slogan serta beberapa minuman yang sedap!

Untuk pengetahuan umum, Mixue dicipta oleh Zhang Hong Chao di Zhengzhou, Henan, China pada tahun 1997. Beliau merupakan pakar mencipta ais krim dan minuman teh untuk golongan muda.

Tumbuh seperti cendawan, Mixue telah berjaya menjadi kegemaran warga tempatanPhoto from Mixue

Menurut laman web rasmi mereka, jumlah kedai yang di dunia telah melebihi 33,000 tau. Seterusnya, MIXUE telah bekerjasama dengan tiga syarikat untuk membentuk rantaian perindustrian yang lengkap.

Kesannya ialah pembangunan minuman teh dan ais krim lebih pantas serta baik. Memandangkan kedai ini menawarkan pelbagai minuman best, ini adalah 10 minuman paling sedap dan viral patut anda cuba!

Terkenal dengan pilihan air menarik, jom tengok 10 minuman paling sedap!Photo from IG | Mixue

1. Fresh Lemonade

Minuman yang menjadi kegemaran ramai, rasa lemonade menyegarkanPhoto from IG | Mixue.gentengbwi

Minuman yang membuatkan jenama ini viral. Fresh Lemonade merupakan pilihan terbaik terutama pada waktu panas terik di negara kita. Dengan perahan lemon segar, anda rasa minuman sitrus yang asal.

Tak lupa juga dengan sentuhan masam menyegarkan, sedap betul.

2. O-CoCo Milk Tea

Khas untuk peminat air coklat! Anda wajib cuba minuman ini yang dicipta khas untuk anda. Sedikit berkrim dengan penuh rasa coklat pekat pasti membuatkan anda tersenyum dengan hirupan.

Sedikit berbeza daripada aneka pilihan teh susu, baik cuba sebelum terlambat.

3. Ice Cream Toffee Hazelnut Latte

Mungkin anda tak suka minum teh, cuba versi kopi pulaPhoto from Zana Norzana

Memandangkan budaya mengopi semakin meningkat menghasilka ramai penggemar kopi di kalangan warga tempatan. Mixue dengan panatas turut memperkenalkan minuman berasaskan kopi.

Antara yang baru sahaja dilancarkan ialah minuman ini. Menggabungkan espresso dengan toffee hazelnut dan ais krim lembut di atas ibarat seperti makan pencuci mulut menyelerakan.

Untuk pengetahuan umum, kedai pertama Mixue di Malaysia dibuka di Johor BahruPhoto from JB City GUide

Pasti menyegarkan mata anda di waktu pagi

4. Strawberry Mi Shake

Khas untuk peminat strawberi boleh cuba iniPhoto from IG | mixueantapani

Kalau anda 'team strawberry' apa kata cuba yang ini pula! Mengandungi buah strawberi segar memberikan rasa manis semulajadi dengan tekstur slushy pasti membuatkan anda ketagih dengan rasanya.

5. Classical Milk Tea

Atau anda suka minuman simple boleh cuba classic milk tea iniPhoto from Foodpanda

Untuk peminat teh, minuman ini sudah tentu menjadi antara yang pertama mereka cuba di Mixue. Maklumlah, teh susu ini rasanya lain daripada yang biasa kita minum.

Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa China memang terkenal dalam menghasilkan pelbagai jenis teh tradisional. Bagaimana pula dengan rasa minuman ini? Teh hitam dicampur dengan susu memberikan rasa tradisional yang pasti peminat teh suka.

Sedap dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

 6. Peach Jasmine Tea

Ingin sentuhan aroma? Cuba yang ini tauPhoto from IG | oo_foodielicious

Mungkin anda kurang dengan minuman manis dan inginkan minuman beraroma serta ringan sahaja. Apa kata cuba pilihan popular, Peach Jasmine Tea!

Kombinasi buah pic, bunga jasmine menambah aroma wangi dengan rasa manis memikat ke dalam minuman ini. Rasanya yang seimbang membuatkan ia antara pilihan popular tanpa susu.

Memberikan rasa seimbang memang sedap!Photo from IG | mixueantapani

7. Ice Cream Latte

Sejak Mixue memperkenalkan siri kopi, majoriti warga tempatan menerimanya dengan baik! Kebanyakan sanggup beratur semata-mata untuk mencuba minuman kopi daripada syarikat terkemuka ini.

Anda pasti mengetahui bagaimana rasa Latte kan? Tetapi mesti tidak dapat bayangkan apabila ia bercampur dengan ais krim vanilla Mixue di atasnya!

Gabungan ini memberikan rasa berkrim lembut seperti sutera dengan setiap hirupan. Patutlah ramai suka.

8. Toffee Hazelnut Milk Tea

Siri minuman kopi Mixue sangat popular di negaraPhoto from Threads | faahamdan

Antara minuman baru diperkenalkan yang mendapat reaksi positif dari peminat tempatan. Toffee Hazelnut Milk Tea membuatkan teh susu anda mempunyai aroma toffee hazelnut untuk berikan elemen kejutan.

Namun, rasanya sedikit manis berbanding minuman lain. Jika anda tidak ingin rasanya terlalu manis, jangan lupa untuk pesan kepada staf Mixue untuk kurang gula tau!

9. Brown Sugar Bubble Tea

Bubble tea Mixue sedap tau! Rugi kalau anda tak cubaPhoto from IG | mixuesyd

Siapa masih ingat beberapa tahun lalu negara kita menghadapi demam 'bubble tea'? Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, beberapa jenama terkemuka membuka kedai di negara dengan pantas untuk menjual bubble tea kepada warga tempatan.

Oleh itu tidak asing untuk lihat Mixue turut memperkenalkan variasi minuman ini. Gula perang yang digunakan oleh mereka sedikit pekat berbanding persaingnya tapi bebola pearl tersebut sangat kenyal!

Dekat Mixue, mereka tambah ais krim memberikan elemen lebih sedapPhoto from IG | mixuesyd

Membuatkan minuman ini sentiasa digemari ramai.

10. Creamy Mango Boba

Untuk peminat buah pula, boleh cuba minuman ini pulaPhoto from IG | Mixue

Minuman terakhir yang anda patut cuba ialah Creamy Mango Boba. Menggantikan rasa teh dengan buah mangga menawarkan rasa segar eksotik yang hanya boleh terhasil daripada buah tersebut.

Rasa minuman ini sangat pekat tau, tambah pula dengan rasa berkrim menjadikan minuman sempurna untuk penggemar buah.

Dapat hilang rasa dahaga terutama pada hari panas terik.

Minuman Mixue Mana Jadi Kegemaran Anda?

Minuman Mixue apa menjadi kegemaran anda?Photo from IG | Mixue

Bukan satu, dua atau tiga, terlalu banyak pilihan minuman sedap yang anda boleh cuba di Mixue. Paling best, setiap satu langsung tidak mengecewakan kerana setiap satu pasti dapat memenuhi citarasa pelanggan.

Tambahan pula, terdapat beberapa pencuci mulut sedap yang anda boleh nikmati dengan minuman tersebut. Contohnya seperti sundae atau Mixue ice cream!

Justeru itu, jika anda tidak pernah cuba lagi, buat apa tunggu lagi. Gunakan info ini untuk menikmati minuman paling sedap dan viral bermula hari ini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok