Travel Ke Ipoh? Jangan Lupa Singgah Kedai Pizza Sedap Ini!
Kalau anda menyinggah Ipoh di hujung minggu. Hanya satu tempat yang tidak boleh anda terlepas untuk kunjungi yang diberikan nama Miker Pizza.
Diusahakan oleh orang tempatan, kedai terletak bersebelahan Padang Ipoh di Jalan Tun Sambathan. Keunikan Miker Pizza terletak pada sentuhan tempatan yang boleh dinikmati dengan setiap hidangan pizza dihasilkan dari dapur.
Photo from Miker Pizza
Tambahan pula, sentuhan tersebut telah berjaya memikat hati ramai pendudk Ipoh dan juga pelancong luar yang ingin menikmati makanan barat hasil air tangan orang tempatan.
Bermula Dengan Satu Impian Dan Minat
Mohd Amzari Zamri menubuhkan Miker Pizza pada tahun 2019 dengan tujuan untuk memuaskan permintaan orang Ipoh untuk pizza menyelerakan. Bermula dari pengalamannya membuka Miker Food pada tahun 2016.
Usaha Mohd Amzari berjaya menjadikan jenama ini sebuah nama besar di Ipoh. Restoran ini menjadi kegemaran orang Ipoh tau dan berjaya buka cawangan lain di loksai seperti Gunung Rapat dan Kajang, Selangor.
Photo from Miker Pizza
Elemen Perak Dapat Terasa Dalam Setiap Pizza Dihasilkan
Photo from MIker Pizza
Perbezaan restoran daripada persaingannya ialah keupayaan mereka menghasilkan makanan kena dengan citarasa tempatan. Salah satu pilihan popular ialah 'Ultimate Kampung' yang pasti membuatkan pencinta pizza terkejut melihatnya.
Mengambil elemen rasa kampung Perak, Ultimate Kampung dipenuhi dengan topping seperti ikan bilis, cili merah, bawang holland dan bunga kantan memberikan rasa sensasi unik tidak dapat di kedai lain.
Photo from mboutiquehotels
Selain itu, Mohd Amzari berkata, "kami menegaskan tentang penjagaan kualiti dan kesegaran bahan adalah kunci kejayaan kami. Setiap pizza dihasilkan menggunakan bahan segar dan sos buatan sendiri untuk memberikan rasa lebih kaya serta unik.
Miker Pizza bukanlah sekadar makanan sahaja, ia adalah pengalaman rasa istimewa dan eksklusif di Ipoh,"
Photo from Miker Pizza
Miker Pizza Kini Menjadi Destinasi Wajib Singgah Kalau Ke Ipoh
Photo from Miker Pizza
Menurut New Straits Times, beberapa orang sanggup datang ke Ipoh semata-mata untuk menikmati pizza daripada restoran ini. Pelacong luar juga mengambil kesempatan sama untuk menikmatinya.
Sehubungan dengan itu, lokasinya yang terletak bersebelahan padang memberikan pengalaman makan lebih santai dan tenang. Membolehkan anda lepak sambil melihat suasana orang ramai melakukan pelbagai aktiviti.
Sokongan Dari Kerajaan Membolehkan Miker Pizza Berkembang Lebih Pesat
Photo from Asraf Ben
Mohd Amzari turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam usaha mendirikan perniagaannya. Bantuan dari Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak (STeP), Yayasan Perak dan SME Corp menjadi salah satu.
Perkembangan ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak. Kesannya dapat dilihat dengan banyak peluang pekerjaan disediakan terutama kepada anak muda.
Mohd Amzari juga menjangka akan membuka tiga lagi cawangan, termasuklah di luar Perak.
Wajib Cuba Kalau Anda Pencinta Pizza!
Melihat beberapa ulasan yang ditulis oleh pelanggan yang pernah mencuba pizza di sini, kebanyakannya adalah positif. Berikut adalah beberapa ulasan dari pelanggan:
- Usman Ali Khan berkata, "Pizza memang sedap, rangup dengan topping melimpah. Suasana kedai pula santai dan tenang untuk dimakan dan sesuai untuk lepak bersama kawan atau keluarga. Wajib singgah untuk pencinta pizza,"
- "Pengalaman pertama makan pizza semasa kecil memang sedap dan Miker Pizza berjaya bawa saya kembali ke kenangan itu. Setiap gigitan penuh dengna keju dan topping menyelerakan," kata Azman Salim
- Sara Nayawai pesan untuk datang awal kerana katanya, "Kami datang sedikit lewat dan banyak menu sudah habis dijual. Walaupun ramai pelanggan, pizza disiapkan dengan cepat. Rasa keju cair dan smokey sangat memuaskan,"
Kome Udah Makan? Kalau Belum, Meh Ke Miker Pizza!
Bandaraya Ipoh sangat terkenal dengan pelbagai restoran sedap untuk kita cuba. Tidak syak lagi, Miker Pizza tergolong diantaanya yang membuatkan percutian anda ke sini sangat berbaloi.
Rasa pizza tempatan sangat berbeza daripada jenama francais yang dipenuhi di negara kita. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini selepas ini!
📍 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
⏰ 11 am - 11 pm
Mungkin korang suka: