Sebuah Kopitiam Sembunyi Di Batu Caves, Bolton Kopitiam
Tersembunyi di sebalik kecantikkan Batu Caves, Bolton Kopitiam ialah sebuah kedai menghidangkan makanan klasik tempatan. Menggabungkan menu makanan ringkas bersama ruang moden klasik berbaloi untuk korang singgah untuk makan tengah hari.
Batu Caves adalah antara tarikan pelacong yang cukup terkenal. Ia dipenuhi serta dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi dan merupakan rumah ibadah bagi penganut agama hindu dalam negara kita.
272 anak tangga berwarna-warni menjadi tumpuan utama pelancong luar dan juga orang tempatan. Haa.. bayangkan setelah korang habiskan pengembaraan di sini mesti tubuh badan terasa penat.
Apa kata korang pergi melepak ke Bolton Kopitiam yang tidak jauh daripada lokasi ikonik ini. Mereka bukan sahaja baru buka tetapi telah menjadi viral tumpuan penduduk di sekitar kawasan kerana menyediakan makanan sedap dengan harga munasabah.
Photo from IG | boltonkopitiam
Selain itu banyak lagi keunikkan kafe kopitiam yang comel ini.
Dikelilingi Keindahan Alam Semulajadi
Photo from Jarek Lai
Benda pertama yang bakal menarik perhatian korang ialah betapa tersoroknya kopitiam ini di kawasan Batu Caves. Latar belakangnya pulak berbukit bukau yang memberikan permandangan menghijau menambah kepada suasana kedai ini.
Selain itu, kedai ini masih menghormati dan mengikut dekorasi kopitiam yang sering kita lihat dalam negara kita. Menggunakan cawan kecil, meja dan kerusi kayu menambah kepada keseluruhan suasana ketika makan.
Photo from Nur Fiza
Kalau teringin melihat bagaimana rupa kopitiam yang menggabungkan klasik dan moden, di sini lokasinya.
Menu Ringkas Menjiwai Rasa Malaysia
Photo from Nur Fiza
Seperti kita tahu kopitiam datang daripada orang Cina Hainan dalam negara kita. Mereka membawa budaya makanan mereka dan asimilasi dengan orang tempatan untuk menghasilkan satu budaya tempatan.
Di Bolton Kopitiam pula mereka menghasilkan sebuah menu yang cukup ringkas tetapi mempunyai satu keunikkan. Uniknya ialah menjual makanan yang kena dengan selera orang tempatan.
Makanan berat yang dijual ialah ringkas, senang dimakan dan kena pada bila-bila masa. Contohnya, mi kari, nasi bolton (ayam goreng, kari, timun dan sambal), char kuey teow (bukan basah) dan set roti jala bersama kuah kari.
Photo from Shafiq Bal
Selain itu, jangan lupa untuk pesan menu kopi yang dihasilkan segar! Antara kegemaran pelanggan adalah kopi kelapa dan kopi signature mereka.
Ruang Bersih, Selesa Untuk Korang Lepak
Photo from IG | boltonkopitiam
Ramai pelanggan yang sering ke sini rekomen korang untuk jadikan tempat ini sebagai port melepak. Ini kerana menurut mereka makanan yang dihidangkan sangat sedap untuk harga yang ditawarkan.
Selain itu suasana yang selesa dengan ruang kedai bersih dapat menghasilkan mood baik. Kalau ajak 2-3 orang untuk lepak sudah memadai kerana ruang kopitiam agak sempit dan kecil takut korang tak selesa nanti!
Photo from Shafiq Bal
Tak lupa juga oleh kerana populariti Bolton Kopitiam semakin meningkat elakkan datang pada waktu puncak tau. Ada kemungkinan untuk korang perlu beratur menunggu giliran untuk duduk dengan selesa.
Walau bagaimanapun, ini bukan halangan untuk korang cuba menikmati secawan kopi bersama mangkuk mi kari di sini. Tambah dengan permandangan yang selesa patutlah ia semakin popular dalam media sosial.
Photo from IG | boltonkopitiam
📍 6, Jalan TIB 3, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
⏰ Selasa - Ahad (11:30 am - 6 pm) Jumaat (3 pm - 8 pm) Isnin (Tutup)
Mungkin korang suka: