Kafe Dalam Hutan, Tetapi Hanya 10 Minit Dari Bandar?
Eh ingatkan pergi lepak jauh ke dalam hutan nak lari daripada kesibukan bandar. Rupanya kafe baru ini terletak tidak jauh daripada 1Utama membuatkan ia sesuai kepada mereka yang ingin rasai suasana alam semulajadi.
Min memang suka cari port baru untuk lepak terutama pada hujung minggu. Maklumlah, bila kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian kadang kala kita terlupa untuk rehatkan tubuh badan seketika.
Sebab itu min terkejut tentang sebuah kafe yang bernama Campsyde ini. Tak sangka, bangunan kecil berwarna putih yang ini terletak di Sungai Penchala, TTDI sahaja. Nampak gaya macam di tempat tersembunyi yang tak ramai tahu.
Haa.. baca sampai habis untuk lihat apa yang menarik!
Photo from eatdrinkkl
Ambil Masa 10 Minit Sahaja Dari Bandar Untuk Masuk Ke Dalam 'Dunia Lain'
Photo from Campsyde Damansara
Ada orang gemar menikmati alam semulajadi tetapi tidak suka untuk memandu jauh untuk mendapatkan suasana tersebut. Disebabkan itu, Campsyde menyediakan sesuatu bagi mereka yang menghadapi situasi tersebut.
Hanya mengambil masa 10 minit memandu daripada pusat membeli-belah 1 Utama. Kafe ini ialah padanan sempurna bagi mereka yang inginkan vibe nature tanpa perlu mengorbankan banyak masa serta tenaga untuk berjalan jauh.
Apa yang akan anda lihat ialah sebuah bangunan kecil berwarna putih dikelilingi pokok hijau. Ia menawarkan kopi, makanan ringan untuk memenuhi perut anda sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan.
Photo from Annie Tan
Memberi Satu Keunikan Yang Kafe Lain Tidak Dapat Berikan
Photo from Campsyde Damansara
Berjalan ke Campsyde anda akan sedar bahwa kafe ini tidaklah terletak jauh ke dalam hutan. Ia juga menyediakan kerusi gaya berkhemah untuk anda rehat sambil menghirup kopi segar sambil menikmati udara segar.
Kerana ia dikelilingi oleh pokok hijau, sudah tentu setiap penglihatan anda jelas segar rasanya. Oleh itu, pengalaman ini sungguh unik dan berbeza daripada kafe biasa yang sering anda lihat di lembah klang.
Tambahan pula, lokasinya juga membuatkan anda seperti dalam dunia tersendiri. Jauh dari segala bunyi kesesakan kehidupan kota.
Photo from Campsyde Damansara
Hanya Buka Dari Petang Sehingga Malam, Lain Kan?
Photo from Shukor
Untuk pengetahuan umum, Campsyde hanya beroperasi dari petang (5pm) sehingga tengah malam. Ini membuatkan kafe ini ideal bagi geng burung hantu (jenis suka lepak sampai lewat malam).
Tambahan pula, suasana malam memberikan mood lebih santai membantu anda relaks terutama selepas penat bekerja atau pada hujung minggu.
Sehubungan dengan itu, kawasan kafe ini telah diubah sepenuhnya jika anda risau berada dalam kegelapan. Lampu digantung sepanjang pokok untuk mewujudkan suasana ajaib yang tidak pasti anda dapat jumpa di tempat lain.
Photo from Annie Tan
Namun, menurut seorang pelanggan oleh kerana ia terletak dalam hutan. Anda dinasihatkan untuk bawa krim penghalau serangga kerana ada kemungkinan untuk kena gigit!
Di samping itu, pemilik Campsyde juga mengatakan dalam perancangan untuk membuka di waktu pagi. Menu sarapan sedang dalam proses R&D (research and development).
Photo from Campsyde Damansara
Menariknya! Jom Lepak Di Sini Waktu Weekend Nanti
Photo from eatdrinkkl
Haa.. mesti anda tak sabar dan teruja untuk lepak di sini kan? Kalau begitu min sertakan lokasi dan waktu operasi untuk memudahkan anda untuk pergi ke sana. Lihat tulisan di bawah.
📍 Jalan Sungai Penchala 12, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (5 pm - 12 am)