download Jom Explore app
5 Kedai Makan Terbaik Wajib Cuba Di Kampung Baru!!

5 Kedai Makan Terbaik Wajib Cuba Di Kampung Baru!!

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 23 Sep 2024
Digital Editor

Dianggap sebagai kawasan syurga makanan Malaysia. Kampung Baru cukup terkenal di kalangan warga tempatan menyajikan pelbagai pilihan makanan menarik serta memberikan suasana kampung lama di sebalik latar belakang bandar moden.

Apabila anda berada di Kampung Baru, anda seolah melangkah masuk ke dalam dunia lain. Dunia ini dipenuhi dengan pelbagai makanan sedap yang boleh dipilih di hujung jari semudah abc.

Pintu masuk ke Kampung Baru yang cukup ikonikPhoto from Wikipedia

Namun banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Mana satu yang patut anda cuba untuk mendapat kepuasan sepenuhnya? Haa.. sudah tentu 5 port ini yang wajib anda singgah tau!

1. Nasi Lemak Wanjo

Tak sah singgah Kampung Baru tak pekena Nasi Lemak WanjoPhoto from Google

Beroperasi sejak tahun 1960, Nasi Lemak Wanjo memang terkenal di kawasan ini. Sehingga pada hari ini mereka berjaya mengekalkan reputasi sebagai antara penjual nasi lemak paling sedap di Malaysia.

Kalau dah menyinggah ke Kampung Baru. Menjadi satu kewajipan untuk menikmati sepinggan nasi lemak panas bersama beberapa pilihan lauk menyelerakan.

Ada beberapa pilihan lauk menarik untuk anda makan bersama nasi lemak Photo from Reddit

Contohnya seperti sambal kerang, sotong, begedil, paru goreng, ayam goreng berempah dan rendang ayam. Tinggal keputusan anda sahaja untuk pilih lauk mana satu bagi menghasilkan kombinasi yang memuaskan.

Harganya juga berpatutan dan tidaklah terlalu mahal kerana nasi lemak biasa bermula dengan harga RM5.50

Kedainya bersih, kemas dan servis yang efektifPhoto from Muhammad Afif

📍 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Setiap hari (6 am - 12 am)

2. Suraya Seafood Kampung Baru, KL

Terliur betul tengok kerang bakar ni Photo from Xin a day

Dikenali dengan gelaran 'Mini Hatyai' oleh pelanggan setia, Suraya Seafood memberikan pengalaman makan seperti di Thailand. Bukan sahaja makanan sahaja menyelerakan, siap ada pencuci mulut dan aneka makanan ringan yang popular di negara tersebut.

Jelas itu memberikan perbezaan Suraya Seafood berbanding restoran tomyam lain di kawasan Kampung Baru. Selain itu, pulut mangga menjadi antara pilihan utama pelanggan setiap kali makan di sini.

Padanlah dipanggil Mini Hatyai, macam makan di sanaPhoto from Afix Anuar

Tambahan pula, selain masakan panas. Anda juga boleh nikmati pilihan lain seperti mee celup, bubur berlauk, somtam, colek kerang dan sosej bakar.

Pilihan yang ditawarkan oleh Suraya Seafood pasti akan meninggalkan kesan memuaskan di lidah anda.

Aneka sosej bakar sesuai untuk jadi pencuci mulutPhoto from Naz Here

📍Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰Hari bekerja (1 pm - 12 am) Hari Ahad (1 pm - 4 am)

3. Restoran Nasi Padang Kampung Baru

Dekat Kampung Baru pun boleh cuba masakan Padang asliPhoto from thokohmakan

Jangan terkejut dekat Kampung Baru pun anda boleh mencuba hidangan Nasi Padang yang dimasak secara asli tau! Memandangkan majoriti warga tempatan gemar makan nasi geprek, nasi penyat dan sebagainya.

Rugi kalau anda tidak mencuba hidangan menarik daripada negara jiran ini. Selangkah masuk sahaja, aroma yang memikat daripada setiap hidangan pasti akan memikat selera makan anda.

Kalau anda penggemar Nasi Geprek, Memang wajib cuba Nasi PadangPhoto from Izam

Tambahan pula, harganya pula tidak terlalu mahal jika dibandingkan restoran nasi padang di sekitar Kuala Lumpur.

Antara lauk wajib dicuba seperti dendeng, terung berlado, gulai tunjang dan ayam. Jangan lupa untuk tambah sambal terasi atau ijo untuk melengkapkan pengalaman makanan Padang.

Paling penting ayam goreng di sini ranggup dan pedas meletup!Photo from Andrew Chan

📍123, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kg Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰10am-10pm

4. Selera Ramai Ikan Singgang

Ikan singgang memang sinonim dalam masakan pantai timurPhoto from Che Nom

Makanan pantai timur mempunyai keunikan rasa tersendiri berbanding makanan negeri lain. Antara hidangan paling dikenali ramai ialah ikan singgang menjadi padanan sempurna bersama sepinggan nasi putih.

Jika anda tidak pernah mencubanya jangan risau, meh min cerita rasa hidangannya. Kuah singgang berjaya menyatukan elemen pedas, masam dan manis dengan sempurna. Rasanya cukup menyelerakan dan pasti dapat menggoda selera makan.

Selain singgang, ikan steam juga menjadi kegemaran ramai di siniPhoto from Muhammad Fazil

Untuk mendapatkan pengalaman makanan pantai timur lengkap. Anda wajib makan bersama budu dan ikan rebus goreng tau!

📍46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰5pm-2am

5. Gerai Pak Hassan

Pak Hasan memang terkenal dengan roti canai dan bubur lambuk di Kampung BaruPhoto from Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan FB

Gerai Pak Hassan bukan nama asing di Kampung Baru. Setiap kali bulan puasa tiba, gerai ini akan menghasilkan bubur lambuk yang dipercayai antara paling sedap di Kuala Lumpur.

Dijual sejak tahun 1983. Gerai Pak Hassan sentiasa dipenuhi ramai beratur menunggu giliran untuk mendapatkan sebungkus bumbur untuk berbuka puasa.

Setiap kali bulan Ramadhan, ramai akan beratur untuk menikmati bubur menyelerakan iniPhoto from Qniti Bazaar

Kalau bulan biasa pula gerai ini terkenal dengan hidangan roti canai bersama kari kaki ayam. Majoriti pelanggan memuji dengan berkata, "kuah kari pekat terasa betul rempahnya yang segar,"

📍45A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰7am-1pm

📞017-223 7871

Korang mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok