download Jom Explore app
Mengidam Tiramisu? Singgah Ke 5 Kafe Ini Untuk Cuba!

Mengidam Tiramisu? Singgah Ke 5 Kafe Ini Untuk Cuba!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 19 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Lumrah kehidupan kita ingin mencari sesuatu manis bagi menghilangkan rasa di lidah kita. Terutama bila selesai makan berat, kita mesti nak pencuci mulut macam Tiramisu betul tak?

Sebab itu kebanyakan restoran dan kafe menyediakan menu pencuci mulut. Namun tidak semua orang mahukan sesuatu yang terlalu manis sehingga boleh menyebabkan kaki terpotong.

Tidak terlalu manis dan penuh berkrim menjadikan ia menyelerakan!Photo from NYT Cooking

Oleh itu, mungkin Tiramisu ialah jawapan untuk anda. Tidak terlalu manis, ringan dan sesuai untuk melengkapkan hari anda. Tak tahu kedai mana yang jual yang sedap? Baca artikel ini sehingga habis.

Tetapi Apa Itu Tiramisu Sebenarnya?

Apa definisi pencuci mulut ini?Photo from Tastes Better From Scratch

Bagi mereka yang tidak pernah mencuba pencuci mulut mungkin kurang mengenalinya. Menurut Food Network, Tiramisu ialah pencuci mulut daripada Itali yang mempunyai lapisan ladyfingers yang direndam kopi dan krim.

Krim itu diperbuat daripada mascarpone, telur dan gula. Ramai percaya pencuci mulut ini berasal dari bandar Itali, Treviso di wilayah Veneto. "Ada sumber mengatakan ia dilahirkan pada pertengahan abad ke-19" kata Food Network.

"Seorang chef pastri bernama Roberto Linguanotto berkerja di restoran Alle Beccherie mengambil inspirasi daripada hidangan bernama sbatudin. Ia diperbuat daripada telur kuning dipukul bersama gula.

Roberto Linguanotto merupakan pencipta pencuci mulut terkenal ini!Photo from Curly Tales

Nama 'tiramesu' ialah sebutan dialek Venetian. Kemudian diubah menjadi 'tiramisu' dan menjadi popular di seluruh negara," ujar Food Network.

Ada 4 Kriteria Untuk Ketahui Tiramisu Itu Sedap Atau Tidak

Ada 4 kriteria untuk menentukan pencuci mulut ini sedap atau tidakPhoto from Breadtop

Antara masalah yang sering ramai kaki foodie ialah mengetahui makanan itu sedap atau tidak. Berbalik pada topik Tiramisu, ada yang pandai menghasilkannya dan ada yang kurang pandai.

Menurut Finedininglovers, untuk menilai dan mengetahui sedap atau tidak. Anda dapat menikmati banyak lapisan dan boleh merasai setiap lapisan memberikan rasa krim halus bersama biskut kopi basah.

Biskut ladyfingers wajib digunakan untuk memberikan rasa kopi tersebutPhoto from Cloudy Kitchen

Walaupun bunyinya mudah, pencuci mulut ini fokus kepada keseimbangan. Jika salah satu tidak seimbang, maka rasanya akan lari. Oleh itu ada 4 kriteria untuk menentukan bahawa ia sedap atau tidak.

  1. Mascarpone ialah krim keju yang wajib digunakan dalam pencuci mulut ini.
  2. Di Itali mereka menggunakan ladyfingers atau lapisan kek span. Kalau di tempat lain mereka tidak kisah untuk menggunakan apa bahan sahaja untuk bahagian biskut ini. Namun penting untuk anda ketahui biskut tidak boleh terlalu basuh. Ia perlu sebati dan seimbang bersama bahan lain untuk elak daripada hancur
  3. Tidak boleh terlalu manis! Lidah anda perlu terasa kopi tersebut
  4. Tiramisu perlu rehat dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk keluar dengan sempurna

Lepasni anda makan pencuci mulut ini, wajib guna krim ini tau!Photo from The Banana Diaries

Kedai Apa Yang Jual Paling Sedap?

Nasib baik ada 5 kedai yang pandai menghasilkannya?Photo from Bake With Zoha

Haa.. mesti mulut anda sudah terliur membayangi kenikmatan pencuci mulut ini. Dengan setiap lapisan, mulut anda akan dipenuhi dengan rasa kopi, krim dan biskut mewarnai kehidupan anda.

Jadi kedai mana patut anda singgah untuk memuaskan keinginan tersebut? Lihat di bawah:

Yellow Brick Road

Wah menarik sedap betul!Photo from Helen Low

Menjadi kegemaran dan kewajipan untuk setiap pelanggan yang makan di sini untuk memesan! Menurut seorang pelanggan, "Tiramisu di sini sangat sedap, jelas terasa tekstur serta rasa kopi sempurna,"

📍 Kompleks Pejabat Damansara, Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five No.49, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Setiap hari (8:30 am - 9:30 pm)

Terliur betul tengok kan?Photo from Yellow Brick Road

The Tokyo Restaurant

Tak sangka restoran jepun pun boleh hasilkan pencuci mulut itali yang sedapPhoto from Nuri asyanti

Siapa sangka sebuah restoran Jepun boleh menghasilkan pencuci mulut Itali yang sedap? Majoriti pelanggan setuju bahawa selain daripada makanan Jepun yang autentik, restoran ini turut pandai menghasilkan pencuci mulut yang sedap.

"Iannya sedap dengan tekstur berkrim tetapi tidak hancur. Rasa kopi juga seimbang dan tidak terlalu kuat berbanding bahan lain," ujar seorang pelanggan.

📍 Level 4 LOT 10 SHOPPING CENTER, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur

⏰ Setiap hari (11 am - 11 pm)

Pause Cafe, KL

Menghidangkan dalam cawan kopitiam memberikan kelainanPhoto from Margaret Yee

Selalunya pencuci mulut dihidangkan bersama pinggan kecil betul? Untuk kafe popular ini mereka melakukan dengan sedikit kelainan.

Anda boleh nikmati tiramisu dalam secawan kopi yang sering anda lihat di kedai kopitiam. Perkara ini membuatkan pengalaman anda lebih unik berbanding di kedai lain.

Namun ramai pelanggan mengatakan ia sedikit manis dan kurang terasa kopi pahit yang sinonim dengan pencuci mulut ini.

Terasa lebih puas jika makan dalam cawan?Photo from Steven Ho

📍 140, Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Selasa - Jumaat (10 am - 7 pm) Hari Minggu (9 am - 6 pm) Hari Isnin (Tutup)

Kooky Plate

Dianggap menghasilkan tiramisu paling sedap di KLPhoto from Carneen Lee

Menariknya ramai pelanggan mengatakan kedai ini menghasilkan Tiramisu paling sedap di Kuala Lumpur. Rasanya cukup memuaskan dengan tekstur berkrim menjadi watak utama.

Rasa kopi yang kuat memberi sedikit 'kick' berbanding restoran lain.

Rasanya cukup memuaskan dengan tekstur berkrim menyelerakanPhoto from Carmen Lee

📍 No.16, Seksyen 41, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Hari Berkerja (11 am - 10 pm) Hari Minggu (9 am - 10 pm)

Monét

Restoran mana anda nak pergi untuk nikmati pencuci mulut ini?Photo from YUN JUN CHEN

Menggabungkan budaya seni, orang muda dan menghasilkan makanan sedap. Kafe ini sangat popular menghasilkan pelbagai makanan dan pencuci mulut menyelerakan. Walaupun Tiramisu bukan pilihan utama ramai pelanggan di sini.

Rugi jika anda tidak mencubanya!

📍Gerai, 6, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

⏰ Setiap Hari (8 am - 10 pm)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok