download Jom Explore app
Panduan 6 Kedai Makan Terbaik Di Johor Bahru, Wajib Cuba!

Panduan 6 Kedai Makan Terbaik Di Johor Bahru, Wajib Cuba!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 14 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara cabaran utama ketika bercuti ialah mencari port makan istimewa yang tiada di tempat kita. Contohnya jika melancong ke Johor Bahru, apakah makanan menyelerakan berada di bahagian selatan Semenanjung Malaysia?

Masih ramai warga tempatan kurang mengetahui bahawa Johor Bahru (JB) mempunyai kedai makan yang setanding dengan negeri lain dalam Semenanjung Malaysia.

Siapa sangka Johor Bahru pun ada kedai makan sedap tauPhoto from South China Morning Post

Menjadi ibu kota bagi negeri Johor, bandar ini merupakan penyumbang kedua terbesar ekonomi Malaysia di kalangan bandar raya. Selain itu, mempunyai identiti tersendiri berjaya menarik perhatian pelancong luar untuk melihat keindahannya.

Contohnya seperti taman tema, bandar lama, istana raja dan zoo. Tambahan pula, terdapat beberapa kedai makan yang wajib anda singgah dan cuba seperti..

Kedai makan sedap apa anda boleh jumpa di sini?Photo from kosmo

Sarapan Pagi - Mulakan Hari Anda Dengan Sempurna

Mulakan hari anda dengan mi rebus bersama sup tulang!Photo from Google

Umum mengetahui ketika bercuti, kita perlu bangun awal supaya mempunyai banyak masa untuk bersiar-siar dan mencari sarapan. Di Johor Bahru terdapat dua pilihan min rasa wajib anda singgah tau.

ZZ Sup Tulang Restoran terkenal dengan hidangan mi rebus tulang daging. Mi rebus bersama kuah pekat dan daging lembut dapat memberikan pengalaman makan yang tiada bandingannya.

Sup tulang gearbox menjadi kegemaran ramai di sin, wajib cuba yePhoto from Syed Soluhuddin

Selain itu, aneka sup tulang, gear box kambing menjadi antara kegemaran pelanggan di sini. Daging lembut, empuk dapat dirasai dengan setiap gigitan ditambah pula kedai di bawah pokok memberi suasana tenang di tengah bandar.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba Kacang pool!Photo from mStar

Pilihan seterusnya ialah Restoran Kacang Pool Haji. Hidangan kacang pool menggunakan resipi yang diubah suai boleh dimakan bersama roti bakar. Kuah pekat kaya dengan kacang dan daging kisar pasti membuatkan mulut anda kecur air liur.

ZZ Sup Tulang Restaurant

📍 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari Kecuali Sabtu (7 am - 12 am)

Mempunyai rasa menarik terhasil daripada kacang, rempah dan daging kisar menjadi keistimewaan di bandar iniPhoto from Foodpanda

Restoran Kacang Pool Haji

📍 Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
⏰ Setiap Hari (7 am - 12 am)

Makan Tengah Hari - Menikmati Keaslian Masakan Johor

Restoran in diiktiraf halal tau!Photo from Restoran Hua Mui JB

Selepas sarapan, luangkan masa bersiar-siar di sekitar bandar Johor Bahru penuh dengan bangunan bersejarah seperti The Crown Arch. Apabila tiba waktu makan tengah hari, terdapat dua restoran patut dimasukkan dalam jadual anda.

Dibuka sejak 1946, Restoran Hua Mui menyajikan makanan kopitiam Hainan asli yang menyelerakan. Contohnya seperti Chicken Chop yang menjadi pilihan utama di sini.

Selain itu, Mee Siam, Cantonese Kuey Teow dan Hainanese Chicken Rice turut menjadi kegemaran ramai. Bukan itu sahaja, kalau di Johor tak sah tak nikmati asam pedas kan?

Untuk mencari yang terbaik, kunjungi Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kampung Sungai Melayu. Terkenal dengan kuah asam pedas pekat, pedas dan berperisa. Nikmati pelbagai pilihan ikan seperti merah, siakap, sembilang bagi memuaskan nafsu makan anda.

Selain itu, nak cari asam pedas terbaik di Johor? Singgah siniPhoto from Tiras Raduan

Restoran Hua Mui

📍 131, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari (8 am - 5 pm)

Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kg Sungai Melayu

📍 NO 48 KAMPUNG SUNGAI MELAYU 79100 NUSAJAYA, KAMPUNG SUNGAI MELAYU, 79100 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari (11 am - 10 pm)

Makanan Malam - Penutup Yang Memuaskan

Pada waktu malam, medan selera ini menjadi kegemaran ramai terutama berkeluargaPhoto from Muslih Thani

Selepas seharian berjalan, singgah di Medan Selera Tepian Tebrau yang terkenal dengan pilihan makanan laut yang pelbagai. Antara gerai yang popular ialah Gerai Ayong & Tip Top Ikan Bakar, Asam Pedas Power, dan Laksalicious House.

Isi perut kosong dengan ikan, kerang, sotong dibakar serta dimasak dalam pelbagaji jenis pilihan mengikut citarasa. Selain itu, satu lagi tempat menarik untuk makan malam ialah Bubur Nasi Istimewa No.1!

Tambahan pula, gerai bubur ini juga menjadi antara tumpuan utama penduduk JBPhoto from Bubur Nasi Istimewa NO 1

Di sini anda ditawarkan pelbagai pilihan lauk-pauk untuk makan bersama bubur nasi. Antara yang wajib cuba seperti ikan pari bakar, ikan bilis goreng pedas menjadi kegemaran ramai.

Tetapi perlu diingatkan anda kena datang awal untuk makan! Jika tidak, bersiap sedia untuk menunggu sehingga pelanggan lain selesai makan.

Bubur nasi bersama lauk pauk memang sedap tau! Rugi tak cubaPhoto from JB CIty Guide

Medan Selera Tepian Tebrau

📍 Jalan Mohd Amin, Kampung Mohd Amin, 80200 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari Kecuali Isnin (8 am - 12 am)

Bubur Nasi Istimewa No.1

📍 7Eleven, Stall (Depan, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari Kecuali Isnin (5 pm - 12 am)

Haa.. Lepasni Tak Pening Kepala Nak Makan Di Johor Bahru

Haa.. lepasni tak pening lah nak makan apa di JB kan? Photo from Jaafar Amaran

Dengan panduan ini anda dapat merasai keistimewaan yang tersembunyi di Johor Bahru. Kemudian tidaklah anda akan pening kepala serta membuang masa untuk mencari kedai makan yang berbaloi.

Semoga perkongsian dari min bermanfaat dan banyak membantu anda!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok