10 Kafe Wajib Singgah Berdekatan Stesen MRT & LRT (2024)
Malas nak hadap kesesakan trafik KL untuk menikmati pengembaraan cafe hunting? Takpa berikut ialah panduan utama anda untuk ke 10 kafe yang terletak hanya beberapa langkah dari stesen MRT dan LRT.
Jangan lupa untuk beli myrapid 'MyCity Pass' untuk memudahkan perjalanan anda menaiki transit sistem di pusat bandar. Tambahan pula, ia lebih menjimatkan serta meliputi segala servis transit rapidKL tau!
Photo from MRT Corp
1. Dodoo x VCR (MRT/LRT Pasar Seni)
Photo from DoDoo KL
Jom mulakan pengembaraan anda dengan menyinggah ke kafe yang berhampiran dengan stesen MRT/LRT Pasar Seni. Tempat selesai ini bukan sahaja menawarkan suasana santai, malah juga sesuai untuk menyiapkan kerja anda.
Vibe mesra digandingkan dengan makanan sedap serta perkhidmatan mesra. Anda pasti akan terasa seperti di rumah sendiri.
Photo from Lau Yvone
📍 192, Jalan Tun H S Lee, Pusat Bandar, KL
⏰ Isnin-Ahad, 9:30 pagi - 7 malam
2. Bean Brothers (MRT Bukit Bintang)
Photo from Bean Brothers
Terletak tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong, Bukit Bintang. Bean Brothers menawarkan minuman kopi, pasta, kek dan pastri menyelerakan sesuai untuk menikmati makan tengah hari yang istimewa.
Dengan hiasan kayu yang selesa hanya menambah kepada keseluruhan mood santai yang berbeza dari hiruk-pikuk Bukit Bintang.
📍 G36, The Starhill, 181, Jalan Bukit Bintang, KL
⏰ Isnin - Ahad (9 pagi - 9 malam)
3. Yellow Brick Road Cafe (MRT Semantan)
Photo from Eat Drink KL
Turun sahaja dari stesen Semantan anda akan jumpa sebuah kafe bernama Yellow Brick Road Cafe. Kopi segar, hidangan melazatkan dan pastri menarik membuatkan ia antara kafe kegemaran ramai di kawasan ini.
Tambahan pula, seluruh kawasan ini mempunyai beberapa kedai menarik untuk anda terokai tau! Terutama pasar raya berjenama Q-ra.
Photo from Yellow Brick Road
📍 Lot A-GF-03, Kompleks Pejabat Damansara, Bukit Damansara, KL
⏰ Isnin - Ahad (8:30 pagi - 9:30 malam)
4. LUMI Cafe (MRT Persiaran KLCC)
Photo from IG | mylumicafe
Terletak tidak jauh daripada mercu tanda negara, LUMI Cafe menawarkan hidangan menarik seperti dekorasinya. Antara makanan kegemaran pelanggan di sini ialah mi daging lembu dan LUMI Sando gebu wajib dicuba.
Turun sahaja dari stesen Persiaran KLCC untuk nikmati kafe ini.
Photo from Fui Shien
📍 11, Persiaran KLCC, KL
⏰ Isnin - Ahad (8 pagi - 5:30 petang)
5. Luckbros Kopi (LRT Pasar Seni)
Photo from David Wong
Sekali lagi kita kembali ke kawasan kegemaran Gen-Z, Luckbros Kopi bukan sahaja sebuah kafe di kawasan popular. Ia menyajikan hidangan tempatan yang lazat seperti Nasi Lemak Sambal dan Hainanese Chicken Chop.
Kafe ini seolah tempat berehat sempurna untuk lari dari kesibukan kawasan Pasar Seni.
Photo from Linlinlilly
📍 14, Jalan Panggong, Pusat Bandar, KL
⏰ Isnin - Jumaat (10 pagi - 12 pagi), Sabtu - Ahad (9 pagi - 12 pagi)
6. Kafe Shan Mu (MRT Taman Connaught)
Photo from Joel Tan
Terletak tidak jauh dari stesen Taman Connaught tersembunyi sebuah permata yang tak ramai tahu. Kafe Shan Mu membawakan suasana tenang untuk anda menikmati menu berinspirasi kulinari Jepun.
Jangan lupa untuk minum secawan teh di sini, barulah santai.
Photo from Foo Angel
7. Yew Yew Coffee Lalaport (LRT Hang Tuah)
Photo from Steve
Berhampiran stesen LRT Hang Tuah, kafe ini menyediakan makanan dan minuman menyelerakan di kawasan LaLaport. Aneka pilihan seperti croffles, matcha latte dan banyak lagi pasti membuatkan anda terliur melihatnya.
📍 G-99 & G-100, LaLaport, 2, Jalan Hang Tuah, KL
⏰ Isnin - Ahad (10 pagi - 10 malam)
8. Three Years Old Cafe (LRT Hang Tuah)
Photo from Three Years Old Cafe
Hiasan minimalis menjadi tema utama kafe ini. Bukan itu saja, suasana cerita berjaya memberikan viba santai sesuai untuk anda lepak atau ingin masa sendiri.
Selain itu jangan lupa untuk cuba croissant, biskut dan sebagainya.
📍 1, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang, KL
⏰ Khamis - Selasa (9:30 pagi - 6:30 petang) Rabu (Tutup)
9. TODAY's By Dalton (LRT Pudu)
Photo from Today's Dalton
Terletak jauh sedikit di pusat bandar, kafe ini pasti dapat menggoda selera ada dengan konsep menu yang menarik. Berhampiran stesen LRT Pudu anda dapat menjamu selera makanan seperti Milky Chocolate Croffle, Lotus Biscoff Croffle dan bermacam lagi.
Jangan lupa untuk hilangkan rasa haus dengan minuman Dirty Latte.
📍 23G, Jln Sungai Besi, Pudu, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Khamis - Selasa (9 am - 11:30 pm) Rabu (Tutup)
10. Piccadilly Cafe (LRT Masjid Jamek)
Photo from Yee Ket Wong
Hentian terakhir untuk pengembaraan anda terletak beberapa langkah dari LRT Masjid Jamek ialah sebuah kafe bernama Piccadilly Cafe. Hiasan vintaj pasti menarik perhatian anda dan senarai menu yang menyelerakan.
Patutlah ramai terliur dan gemar lepak di sini. Antara kegemaran ramai seperti Nasi Lemak Kapitan dan Salted Egg Benedict.
Photo from Piccadililly Cafe
📍 62 & 64, Jalan Tun Perak, Pusat Bandar, KL
⏰ Isnin - Ahad (8 pagi - 10 malam)
Muat Turun Peta Rapid KL Siap-Siap, Jom Cafe Hunting Dengan MRT & LRT!
Photo from Pandrol
Siapa kata nak pusing pusat bandar kena pandu kereta? Tak perlu pun hanya tambah jam sahaja! Sebaliknya boleh naik transit seperti MRT dan LRT yang lebih menjimatkan masa, duit dan tenaga.
Tambahan pula, min harap info ini berguna dan manfaat untuk anda semua.
Mungkin korang suka: