download Jom Explore app
Kemudahan & Aktiviti Menarik Ada Di Taman Saujana Hijau!

Kemudahan & Aktiviti Menarik Ada Di Taman Saujana Hijau!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 19 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Secucuk dengan nama timangannya, sebuah bandar pintar dalam taman. Putrajaya mempunyai pelbagai taman rekreasi menarik untuk anda jelajah dan menghabiskan masa lapang bersama orang tersayang.

Salah satunya ialah Taman Saujana Hijau yang terkenal dengan landskap pemandangan berbukit dengan keluasan 41 hektar. Bukan sahaja tempatnya cantik, aktiviti di sini pun banyak dan menarik untuk anda kunjungi.

Dengan pemadangan hijau, padanlah dengan namanyaPhoto from Perbadanan Putrajaya

Bagi yang belum pernah berkunjung di sini, min akan kongsikan info pentik dan menarik mengenai Taman Saujana Hijau. Baca sampai habis untuk ketahui segalanya tau!

Jom lihat apa yang menarik di Taman Saujana HijauPhoto from Perbadanan Putrajaya

Konsep 'Salem High Country' Menjadi Inspirasi Taman Saujana Hijau

Antara pokok yang diimport dari AustraliaPhoto from KyKoh500

Untuk pengetahuan umum taman ini direka mengikut pelan seperti bandar terancang Putrajaya. Mengambil inspirasi 'Salem High Country' telah membuahkan landskap dan pemandangan unik.

Apakah maksud konsep tersebut? Apa yang boleh min katakan ialah ia merupakan iklan menampilkan pemandangan berbukit menghijau yang mewarnai televisyen sekitar tahun 80-an.

Konsep Salem High Country dijadikan inspirasi untuk bina taman iniPhoto from Instagram

Selain itu, landskap hijau ini dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan seperti pokok pine, juniperus dan sikas asli dari Australia. Seterusnya, taman ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama yang dikenali sebagai:

  1. Bustan Inggeris
  2. Bustan Oriental
  3. Bustan Eropah

Memberi peluang untuk anda meneroka setiap satu bahagian menarik.

Terdapat 3 bahagian yang mempunyai tema untuk anda teroka taman iniPhoto from Smart Local

Kemudahan Yang Ada Di Taman Saujana Hijau

Lengkap dengan pejalan kaki, gazebo dan sebagainya, patutlah ramai suka taman iniPhoto from KyKoh500

Selain dari pemandangan cantik ini beberapa kemudahan untuk keselesaan pengunjung:

  • Laluan Jogging dan Berbasikal

Pihak pengurusan sediakan laluan jogging dan berbasikal luas untuk mereka yang gemar bersukan. Sepanjang berjogging tu, anda akan disajikan dengan pemandagan flora menarik dan habitat hidupan liar seperi burung eksotik dan tupai.

  • Gazebo dan Bangku Rehat

Gazebo dan bangku telah disediakan di sepanjang trek pejalan kaki. Ini membolehkan anda berehat untuk kembalikan semula nafas sambil menikmati pemandangan hijau memukau.

Antara gazebo yang disediakan untuk anda berehatPhoto from KyKoh500

  • Tandas Mesra Pengguna

Tandas yang disediakan bersih dan mesra OKU diletakkan di beberapa lokasi utama untuk keselesaan pengunjung

  • Kawasan Lapang Untuk Berkelah

Antara aktiviti kegemaran ramai pengunjung apabila berkunjung ke sini. Bawa tikar dan makanan untuk menikmati aktiviti bersama keluarga, pasangan atau rakan sebaya

Antara aktiviti yang ramai suka di sini ialah berkelahPhoto from JomJalan

  • Tempat Letak Kenderaan

Kawasan parkir yang disediakan adalah luas dan percuma terletak berhampiran pintu masuk utama

  • Sangat Sesuai Untuk Ambil Gambar Kahwin

Sering menjadi untuk sesi fotografi perkahwinan kerana landskapnya menyerlahkan elemen romantis dan unik dalam setiap gambar. Tetapi perlu diingatkan, anda boleh mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan terlebih dahulu supaya tiada sebarang masalah bakal berlaku.

Selain itu taman ini sering menjadi lokasi ambil gambar kahwinPhoto from The Supply Chain

Jangan Lupa Untuk Pakai Kasut Selesa Ya!

Untuk ke sini jangna lupa pakai kasut selesaPhoto from Mai Singgah

Untuk masuk ke taman ini percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran tau. Oleh itu sangat menjimatkan untuk mencari sebuah tempat yang boleh anda luangkan masa bersama orang tersayang.

Selain itu ini beberapa tips untuk pastikan kunjungan anda selesa seperti:

  • Untuk elak cuaca panas terik datang pada waktu pagi atau lewat petang
  • Bawa kasut selesa kerana taman ini luas, besar dan berbukit
  • Untuk merakam memori indah, jangan lupa bawa kamera
  • Patuh segala peraturan yang ditetapkan dan jangan buang sampah merata tempat

Jangan lupa untuk jaga kebersihan supaya orang lain dapat merasai taman iniPhoto from Perbadanan Putrajaya

Justeru itu, min sertakan lokasi taman ini di bawah dan harap info ini bermanfaat.

📍 Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

⏰ 7 am - 7 pm (Setiap Hari)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok