download Jom Explore app
Jom Ke Taman Botani Putrajaya, Antara Taman Tercantik Negara!

Jom Ke Taman Botani Putrajaya, Antara Taman Tercantik Negara!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 14 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Takda idea nak ke mana hujung minggu ni? Apa kata bawa pasangan atau keluarga ke salah satu taman botani terbesar di Malaysia iaitu Taman Botani Putrajaya.

Lokasi yang berada di tengah bandar raya pintar Putrajaya, taman ini menjadi destinasi utama untuk nikmati aktiviti riadah, makan angin, bersantai dan ambil gambar instagrammable!

Best kan? Haa.. berikut ialah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang tempat ini sebelum berkunjung ke sana.

Jom lihat tarikan apa ada di Taman Botani PutrajayaPhoto from Wilayahku

Sejarah Ringkas Taman Botani Putrajaya

Selari dengan visi bandar Putrajaya, taman botani ini merupakan 1 daripada 8 taman popular yang adaPhoto from Skyscraper center

Untuk pengetahuan umum taman ini ialah salah satu daripada 8 taman utama yang membentuk konsep 'Bandar Dalam Taman' di Putrajaya.

Dibuka kepada orang awam pada 4 Februari 2003 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Taman ini menjadi ikon Putrajaya lebih daripada dua dekad.

Selain itu dengan keluasan 230 ekar, ia bukanlah sebuah taman sahaja. Ia juga bertindak sebagai pusat botani berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pemuliharaan tumbuhan.

Selain dari taman, turut berfungsi sebagai pusat penyeledikan & pemuliharaanPhoto from Malaysia Travel

Tarikan Utama Yang Boleh Dinikmati Di Taman Botani Putrajaya

Menjadi tarikan utama sentiasa jadi spot ootd di siniPhoto from IG | igawinda

1. Astaka Morocco

Tarikan ini menampilkan seni bina Maghribi yang penuh dengan hiasan mozek serta ukiran kaligrafi Islam. Di bahagian dalam pula terdapat ruang pameran artifak budaya Maghribi.

Perlu diingatkan untuk melihat bahagian dalam. Terdapat tiket bayaran masuk diperlukan dengan bayaran RM3 (dewasa) dan RM1 (pelajar/kanak-kanak).

Untuk masuk ke dalam ada bayaran tiket tauPhoto from IG | elvira.ng

2. Palm Hill

Di sini anda boleh lihat pelbagai jenis pokok palmaPhoto from Travelog Cik Nurul

Bukit Palma pula menempatkan lebih daripada 100 koleksi pokok palma dari pelbagai negara. Pengunjung boleh bersiar-siar di laluan palma untuk menikmati suasana tropika yang redup dan nyaman.

Tambahan pula terdapat pemandangan tasik dan kawasan berbukit.

3. Taman Bunga

Di taman bunga terdapat banyak bunga untuk dinikmatiPhoto from Harian Metro

Tarikan ini pula menampilkan lebih daripada 50 spesies jenis orkid termasuk jenis endemik dan eksotik. Sesuai untuk pencinta bunga dan kaki fotografi untuk mengambil gambar serta menghargai bunga yang ada di sini.

Kecantikannya juga tiada bandingan!

Ia juga spot cantik untuk amik ootdPhoto from FB | Perbadanan Putrajaya

4. Laluan Penjelajah (Explorer's Trail)

Jambatan Kanopi sepanjang 170 meter pasti memberikan pengalaman unikPhoto from eCentral

Bermula di Pusat Pelawat membawa pengunjung melalui pelbagai zon tematik seperti tumbuhan ubatan dan koleksi pokok buah-buahan. Sehubungan itu, terdapat Jambatan Kanopi sepanjang 170 meter.

Ini membolehkan anda untuk lihat pemandangan menarik dari atas kanopi pokok.

5. Taman Matahari

Bunga Matahari pun ada di siniPhoto from FB | Taman Botani Putrajaya

Untuk tarikan ini anda boleh nikmati tumbuhan yang subur kerana menerima cahaya matahari secukupnya. Contohnya seperti pokok gurun, semi-gurun dari seluruh dunia, koleksi kaktus dan sukulen.

Tapi tarikan utama di sini ialah 'Jam Matahari' yang besar bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk mengukur masa. Tetapi menjadi tumpuan utama untuk mengambil gambar menarik.

Menjadi antara mercu tanda di taman iniPhoto from FB | Perbadanan Putrajaya

Fasiliti Dan Kemudahan Yang Ada Di Taman Botani Putrajaya

Antara fasiliti yang ada seperti kafePhoto from Instagram

Berikut adalah kemudahan yang disediakan di taman ini seperti:

  • Tempat letak kereta
  • Penyewaan basikal dan trem untuk memudahkan pengunjung berjalan di taman ini
  • Tandas dan surau yang bersih untuk keselesaan anda
  • Tempat rehat seperti tempat duduk memberikan anda peluang untuk nikmati pemandangan indah

Suasana nyaman nak buat piknik pun bestPhoto from Catching Travels

Beberapa Tips Penting Sebelum Anda Melawat Taman Botani Putrajaya

Datang ke sini pada waktu pagi atau petang untuk elak cuaca terlalu panasPhoto from Petit Go

Perlu diingatkan taman ini besar tau! Haa.. bukan taman biasa yang anda boleh pusing sekejap sahaja. Oleh itu, ini beberapa tips penting sebelum anda melawat ke sini:

Datang Awal Pagi atau Lewat Petang

Memandangkan negara kita ni panas, datanglah awal pagi atau lewat petang untuk dapatkan pengalaman selesa. Tambahan pula, waktu ini sesuai untuk ambil gambar kerana cahaya yang lebih baik berbanding waktu lain.

Pilih pakaian yang selesa kerana anda akan banyak berjalanPhoto from FB | Perbadanan Putrajaya

Pakai Pakaian Yang Selesa

Jangan lupa untuk pilih pakaian yang selesa dan bersesuaian. Sekali lagi min ingatkan, taman ini sangat luas. Anda akan banyak menghabiskan masa dengan berjalan kaki dan untuk memastikan kaki anda tidak mudah sakit.

Pakailah kasut yang betul-betul selesa.

Jangan Lupa Untuk Bawa Air

Memandangkan anda akan berjalan sepanjang berada di taman ini. Jangan lupa untuk bawa air minuman untuk menghilangkan rasa dahaga serta menyejukkan badan apabila berada di bawah panas

Jangan lupa untuk bawa kamera untuk rakam momen indahPhoto from FB | Perbadanan Putrajaya

Pastikan Bawak Kamera!

Paling penting bila kita berada di taman ini sudah semestinya untuk mengambil gambar! Oleh itu, jangan lupa untuk bawa kamera supaya dapat merakam memori indah bersama orang tersayang.

Waktu Operasi Taman Botani Putrajaya

Pastikan anda ambil tahu waktu operasi taman ini terlebih dahuluPhoto from FB | Info Komuniti Cyberjaya

Untuk pengetahuan umum, taman ini dibuka kepada orang awam setiap hari kecuali Selasa dengan waktu operasi seperti berikut:

  • Isnin - Khamis (9:00 am - 12:00 pm, 2:00 pm - 5:00 pm)
  • Jumaat (9:00 am - 11:00 am, 3:00 pm - 5:00 pm)
  • Sabtu - Ahad (9:00 am - 12:00 pm, 2:00 pm - 5:00 pm)

Suasana Santai Sambil Menikmati Pemandangan Yang Menakjubkan

Nyaman, santai dan tenang, jom ke siniPhoto from IG | carol.eats

Bagaimana menarik tak Taman Botani Putrajaya? Dengan keluasan luas, pelbagai tarikan anda pasti akan terhibur sepanjang masa berada di sini.

Lokasinya yang berada di tengah bandar membuatkan anda senang untuk menemuinya!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok