5 Aktiviti BEST Boleh Dilakukan Taman Botani Negara Shah Alam
Tersembunyi dalam bandaraya Shah Alam, Selangor. Taman Botani Shah Alam ialah antara destinasi menarik yang anda boleh kunjungi untuk menghabiskan masa di hujung minggu.
Ternyata semakin ramai warga tempatan memilih taman rekreasi sebagai pilihan utama untuk menghilangkan stress mereka. Dikelilingi suasana flora dan fauna dapat memberikan ketenangan yang cukup menyegarkan.
Photo from Kazunori Murakami
Dianggap antara taman botani terbesar di negara. Taman Botani Shah Alam menawarkan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik, pemandangan indah sesuai untuk yang berkeluarga.
Atau nak bersantai sorang pun tiada masalah. Jom lihat apa yang menarik ada di sini!
Photo from Concord Hotel
Bukan Sekadar Taman Rekreasi, Juga Berfungsi Sebagai Pusat Penyelidikan
Photo from Theinspirasi
Dibuka pada tahun 1986 dan meliputi kawasan seluas 1,295 hektar. Taman yang dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pemuliharaan tumbuhan.
Tujuannya untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Selangkah masuk ke sini anda akan terpukau melihat landskap menakjubkan dipenuhi dengan kolam air dan pelbagai jenis spesies flora.
Senang kata, memang nyaman macam dalam dunia fantasi.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Taman Botani Shah Alam, Seperti Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)
Photo from Taman-Empat-Musim
Teringin nak rasa bagaimana duduk di negara 4 musim? Haa.. dekat taman botani ini anda boleh menikmatinya tau!
Pengalaman begitu unik ini membolehkan pengunjung merasai musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Setiap bahagian direka dengan teliti untuk memberi gambaran jelas bagaimana ciri-ciri musim tersebut.
Contohnya pokok berubah warna, butiran salji tiruan dan sebagainya. Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti interaktif yang anda boleh lakukan di setiap zon seperti bermain salji dan memberi karangan bunga.
Photo from JomJalan
Taman Orkid Dan Kaktus
Photo from Ravindrah
Dekat Taman Botani Shah Alam, mereka mempamerkan lebih 300 jenis orkid dari seluruh dunia. Termasuk beberapa jenis yang terancam.
Taman Kaktus pula menawarkan pengunjung pelbagai tumbuhan kaktus dari seluruh dunia. Menariknya pihak pengurusan menghasilkan persekitaran padang pasir untuk memberi gambaran sebenar habitat pokok ini.
Anda juga boleh lihat saiz sebenar kaktus gergasi bernama Saguaro. Sesiapa yang berminat untuk mengenali spesies dan faktanya, terdapat kiosk maklumat yang akan menceritakan segala-galanya.
Photo from Tempat Cuti
Kampung Budaya
Photo from Selangor Travel
Haa.. dekat Taman Botani ini pun kita dapat lihat warisan budaya tradisional Malaysia. Di bahagian 'Kampung Budaya' pengunjung dapat rasai sendiri pengalaman sebenar kehidupan orang kampung terdahulu.
Selain daripada rumah kampung, anda juga boleh lihat kraftangan tradisional. Persembahan seni silat, alat pertanian dan demonstrasi masakan tradisional Melayu.
Dapatlah anda bayangkan bagaimana kehidupan sebenar orang kampung.
Taman Haiwan
Photo from Janet Yan
Bagi mereka yang suka bermain dan berinteraksi dengan haiwan, taman botani ini sesuai dengan anda. Di sini, anda boleh lihat pelbagai haiwan seperti rusa, kambing, arnab dan bermacam-macam lagi.
Terdapat beberapa aktiviti seperti memberi makan pasti dapat menghiburkan hati anda. Selain itu, di sini anda dapat mempelajari tentang pemuliharaan haiwan, bengkel melukis haiwan di bawah pengawasan penjaga berpengalaman.
Anda Kaki Hiking? Boleh Cuba Daki Bukit Sapu Tangan
Photo from Youtube
Jika anda penggemar hiking, min ada berita baik untuk anda. Terdapat bukit yang dikenali sebagai Bukit Sapu Tangan.
Dengna ketinggian 200 meter dari paras laut, bukit ini memberikan pemandangan panaromik melihat keseluruhan taman botani dan bandar Shah Alam.
Laluannya lengkap dengan papan tanda serta ada tempat rehat disediakan. Selain itu, pihak pengurusan memastikan pendakian sangat mudah walaupun pada waktu senja.
Menariknya, di puncak bukit ada maklumat interaktif yang menceritakan tentang sejarah serta geografi kawasan sekitar tau.
Photo from Afiq Halid
Harga Tiket Masuk Ke Taman Botani Shah Alam
Photo from Selangor Travel
Macam mana menarik tak taman ini? Haa.. untuk pengetahuan umum anda perlu membeli tiket bayaran masuk terlebih dahulu. Jangan risau, lihat sahaja rajah yang min sertakan ini untuk memudahkan anda.
Kategori | Warganegara Malaysia | Bukan Warganegara Malaysia |
Dewasa | RM3.00 | RM5.00 |
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) | RM1.00 | RM2.00 |
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | RM1.00 | RM2.00 |
Pelajar (Perlu Tunjuk Kad Pelajar Sahih) | RM1.00 |
Sehubungan dengan itu, tiket masuk ini tidak termasuk dengan harga untuk tairkan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM). Biasanya terdapat bayaran tambahan untuk tarikan tersebut.
Untuk sebarang maklumat, min akan tinggalkan informasi untuk anda hubungi pihak pengurusan Taman Botani Shah Alam untuk sebarang pertanyaan.
Menjadi Destinasi Ideal Di Hujung Minggu Untuk Mengisi Masa Lapang
Photo from Petit Go
Apa kata anda? Menarik kan Taman Botani Shah Alam ni. Lengkap dengan pelbagai tarikan serta dipenuhi dengan suasana nyaman sudah tentu kita dapat hilangkan stress sebentar apabila berada di sini.
Perlu diingatkan jika anda ingin ke sini. Pastikan pakai krim pelindung matahari terlebih dahulu dan sewa basikal supaya tidak terlalu penat nak berjalan pusing satu taman ini.
Kalau begitu, jom bawa keluarga atau rakan untuk nikmati masa berkualiti dengan melakukan pelbagai aktiviti di sini.
📍 Bukit Cahaya Seri Alam, Taman Botani Negara, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (7:30 am - 4:30 pm)
📞 03-5510 6922