Bosan Di Hujung Minggu? Cuba Main Game Ini!
Nasi Lemak bukan sahaja sebuah hidangan yang sedap berasal dari negara kita. Ia juga merupakan sebuah kad permainan yang wajib anda cuba bagi mengisi masa lapang bersama keluarga dan rakan sebaya.
Eh makanan boleh jadi kad permainan? Haa.. siapa sangka sebuah syarikat tempatan telah menghasilkan kad permainan bertujuan untuk mempamerkan hidangan kebangsaan dengan pengalaman menyeronokkan.
Photo from Reddit
Bukan itu sahaja, ia juga penuh berperisa dan mengasyikkan pasti membuatkan anda tertawa sepanjang masa!
Apa Yang Menarik Sebalik Nasi Lemak The Game
Photo from The Nurts
Sesuai untuk bermain bersama keluarga dan rakan. Nasi Lemak The Game ialah sebuah kad pemainan yang akan membuatkan anda teringin untuk menikmati sebungkus makanan kegemaran rakyat tempatan.
Apakah matlamat permainan ini? Mudah sahaja, baca ini:
- Anda merupakan pemilik gerai nasi lemak. Tugas anda ialah untuk hasilkan 5 bungkus nasi lemak sebelum rakan (pesaing) anda melengkap tugasan mereka
- Untuk menghasilkan 1 bungkusan. Anda perlu kumpulkan 5 bahan berbeza iaitu nasi, sambal, kacang tanah, ikan bilis yang akan diberikan semasa permulaan permainan
- Selain itu anda juga digalakkan untuk berdagang bahan dengan pesaing anda. Ini membolehkan anda untuk kumpulkan kad untuk memastikan anda menjadi pemenang sulung
Photo from Kosmo
Eh macam seronok betul kan?
Susun Strategi & Cara Untuk Menjadi Penjual Nasi Lemak Berjaya!
Photo from Shopee
Untuk memastikan anda menjadi seorang penjual yang berjaya, anda mesti perlu aturkan beberapa langkah dan strategi betul? Maka sebuah kad pemainan mesti lengkap dengan beberapa kad helah.
Tujuannya supaya anda dapat curi bahan daripada pesaing atau meletakkan 'lalat' di nasi lemak mereka. Kesannya mereka tidak dapat jual makanan tersebut!
Selain itu, beberapa kad aksi memberikan pengalaman lebih dinamik. Pemain dapat menggunakan bila-bila masa mengikut strategi ditetapkan untuk melindung perniagaan sambil sabotaj rakan mereka.
Photo from Shopee
Dihasilkan Oleh Syarikat Permainan Tempatan
Photo from IG | FacultyofFun
Kalau anda nak tahu, Nasi Lemak The Game telah diciptakan oleh syarikat bernama Faculty of Fun. Ia merupakan syarikat tempatan berasal dari Kuala Lumpur membangunkan kad permainan.
Menurut syarikat ini mereka berkata, "kami teruja memperkenalkan permainan ini. Ia mempunyai lapisan strategi dan keseronokan kepada permain. Selain itu, setiap kad memberi peluang kepada pemain untuk melakukan gerakan bijak, melindung diri dan mencabar lawan mereka.
Kami tak sabar untuk melihat cara kreatif dan kompetitif pemain menyusun strategi berbeza" ujar mereka.
Photo from IG | beastofboardgame
Boleh Main Sehingga 5 Orang Selama 15-30 Minit
Kad pemainan ini sesuai untuk semua orang berumur tujuh tahun ke atas. Ia boleh dimainkan antara dua orang tetapi ia disyorkan untuk bermain bersama lima orang.
Sehubungan dengan itu, sesi bermain mengambil masa antara 15-30 minit. Ia bergantung kepada beberapa pusingan anda tetapkan untuk muncul sebagai penjual nasi lemak terbaik!
Photo from IG | FacultyofFun
Tambahan pula, mereka turut mengeluarkan pek tambahan bernama 'Rendang'. Ia menampilkan 3 kad baru untuk menambah satu lapisan mendalam kepada permainan ini.
Justeru itu jika anda ingin mencari sesuatu aktiviti untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan. Apa kata anda beli kad ini dan lihat siapa yang boleh menjadi penjual nasi lemak paling berjaya!
Photo from Ceriasihat
Mungkin korang suka: