Bosan Di Hujung Minggu? Apa Kata Singgah Ke Farm In The City
Mencari aktiviti baru untuk jadikan hujung minggu anda lebih menarik? Apa kata anda kunjungi Farm in the City yang terletak di Seri Kembangan, Kuala Lumpur!
Terletak tidak jauh daripada pusat bandar KL (20 minit memandu), Farm in the City memberikan pengalaman berinteraksi bersama haiwan dengan lebih menarik.
Photo from IG | farminthecity
Selain itu, farm ini memberikan anda suasana seolah anda berada di luar bandar lengkap dengan persekitaran alam semulajadi. Keseluruhan reka bentuk taman ini memberi peluang pengunjung untuk melihat habitat haiwan secara semulajadi.
Ini bermaksud haiwan boleh berjalan secara berkeliaran bebas. Menjadikan lawatan anda memang sukar untuk dilupakan serta menambah memori manis!
Photo from IG | farminthecity
Seluas 7 Ekar, Anda Boleh Lihat Lebih Daripada 100 Spesies Haiwan Di Farm in the City
Photo from Google
Dengan keluasan 7 ekar, Farm ini menjadi rumah kepada 100 spesies haiwan berbeza yang sudah dikategorikan mengikut benua asal mereka. Contohnya,
- Amerika Selatan
- Amerika Utara
- Asia
- Afrika
Photo from Farminthecity
Selain itu, farm yang begitu luas ini mestilah mempunyai pelbagai bahagian untuk anda pergi kan? Antara yang menarik seperti:
Photo from IG | farminthecity
- Happy Farm
- Kampung Mahmood
- Turtle & Tortoise Farm
- Goose & Duck Feeding
- Reptile Cavern
- Exhibition Hall
- Twilight Creatures
- Jungle Walk
- Pet Village & Longkang Fishing
- Pelican Quay
- Pheasant Hut
- Birds Aviary
- Savannahh
- Deerland
Photo from Imanabdulrahim
Haa.. banyak kan? Itu belum campur aktiviti yang anda boleh lakukan tau!
Memancing, Menunggang Poni Dan Beri Haiwan Makan, Best Betul Farm Ini!
Photo from IG | Imanabdulrahim
Jangan lupa farm ini masih dianggap sebagai 'taman tema'. Disebabkan itu, anda boleh nikmati 5 aktiviti menyeronokkan bersama anak kecil atau pasangan tercinta.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan:
Photo from Google
- Persembahan Burung Kaka Tua
- Sesi 'Meet & Greet' pelbagai haiwan
- Beri makanan kepada beberapa haiwan comel
- Memancing di tepi longkang khas yang disediakan oleh pihak pengurusan
- Menunggang kuna poni sambil berjalan-jalan di sekeliling zoo
Macam mana best kan? Teruskan membaca untuk lihat harga tiket masuk Farm in the City pula.
Photo from Farm in the City
Harga Tiket Masuk Farm Dalam Bandar!
Photo from IG | farminthecity
Berikut ialah harga tiket untuk masuk ke dalam farm ini:
Kategori | Dewasa (Lebih dari 12 Tahun) | Kanak-kanak (11 Tahun Ke Bawah) | Warga Emas (Lebih Dari 60 Tahun) |
Pemegang MyKad | RM39.00 | RM32.00 | RM32.00 |
Bukan Pemegang MYKad | RM58.00 | RM48.00 | RM48.00 |
Tambahan pula, min perlu ingatkan ada beberapa peraturan untuk memastikan tiket anda sah ketika pembelian.
- Tiket dalam talian (online ticket) sah selama 90 hari berdasarkan tarikh pembelian dalam tarian
- Anda perlu membeli tiket sekurang-kurnagnya 24 jam lebih awal
- Farm in the City hanya tutup pada hari Selasa (kecuali cuti umum dan sekolah)
Seterusnya, pihak pengursan taman ini memerlukan anda menunjukkan MyKad/Pasport sebagai verifikasi sebelum anda mengambil tiket masuk.
Bagaimana Cara Nak Beli Tiket Pula? Jangan Risau, Rujuk Ini
Photo from IG | farminthecity
Nak beli tiket untuk masuk ke taman ini tidaklah begitu susah seperti anda bayangkan. Cara paling mudah ialah untu melayari laman web rasmi mereka untuk membeli tiket dalam talian.
Ini langkahnya, baca sehingga habis dahulu sebelum beli:
- Langkah 1: Layari laman web rasmi Farm in the City. Sehubungan dengan itu, anda boleh guna beberapa platform pembelian tiket (Klook, Thrillophiliia) dan sebagainya untuk beli tiket
- Langkah 2: Pilih tiket mengikut beberapa bilangan dan jenis anda perlukan
- Langkah 3: Lengkapkan pembayaran anda, boleh guna kad kredit/debit atau e-wallet
- Langkah 4: Selesai lakukan bayaran, pastikan anda menerima pengesahan terlebih dahuhu. Bila dah dapat, bolehlah bawa satu keluarga pergi berjalan-jalan kan?
Ada 3 Cara Anda Boleh Guna Untuk Pergi Ke Sini
Photo from Traveloka
Terdapat 3 cara berbeza untuk anda guna untuk pergi ke sini tau.
- Kereta: Tekan link ini untuk dapatkan navigasi ke Farm in the City! Parking percuma tetapi terhad
- Bas: Anda perlu naik Bas MRT Feeder (T544) / (T542) dan turun di stesen MRT Putra Permai atau Pusat Bandar Putra Permai Selatan. Kemudian, perlu jalan kaki yang mengambil masa 5 minit sahaja
- MRT: Pastikan anda naik MRT Putrajaya Line (warna kuning) tau! Turun di stesen MRT Putra Permai dan berjalan ke lokasi yang terletak di jauh dari situ
Photo from MRT Corp
Tidak kisah sama ada anda seorang peminat haiwan atau ingin mencari aktiviti menarik di hujung minggu. Farm in the City mungkin destinasi anda yang seterusnya?
Taman ini menawarkan pengalaman unik untuk melarikan diri daripada kesibukan bandaraya. Tambahan pula jika anda mempunyai anak kecil, mereka pasti akan seronok berinteraksi dengan haiwan comel ini.
📍 Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
⏰ Hari Berkerja (10:00 am - 6:00 pm) Hari Minggu, Cuti Awam & Cuti Sekolah (9:30 am - 6:00 pm) *Tutup pada hari Selasa, kecuali Cuti Awam & Cuti Sekolah
Mungkin korang suka: