Resort Log Kabin Terbesar Di Malaysia Ada Di Melaka?!
Terletak hanya beberapa minit dari tol Ayer Keroh. Anda akan jumpa sebuah resort tersembunyi disebalik hutan tebal ibarat sebuah oasis memberikan penginapan mewah.
Dikenali sebagai Philea Resort & Spa menjadi 'largest log resort' di negara memberikan keunikan serta identiti tersendiri.
Photo from Philea
Jauh dari bandar memberikan suasana tenang dan santai hanya menambah kepada keseluruhan pengalaman di sini. Selangkah kaki ke lobi anda akan terpegun dengan dekorasi seperti marmar di pagar blok, bangkai kapal karam sebagai perabot, mengagumkan!
Jom tengok mengapa resort ini menjadi pilihan ramai untuk 'quick getaway' di hujung minggu.
Photo from Philea
Resort Ini Menawarkan Vila Gaya Kabin Seperti Di Switzerland
Photo from Philea
Tarikan utama di resort ini ialah vila yang dibina menggunakan kayu dan direka seperti kabin biasa kita lihat di Switzerland atau negara Eropah lain. Ia memberikan perwatakan unik, elegan yang tidak dapat anda jumpa di tempat lain.
Lokasinya turut menambah kepada suasana seperti anda berada di luar negara. Menariknya terdapat 8 jenis vila yang anda boleh pilih seperti berikut:
Photo from Philea
1. Honeymoon Villa
Photo from Philea
Tempat perlindungan romantis ini sesuai untuk pasangan yang mencari percutian intim. Dengan ruang yang luas, tab mandi mewah dan skrin TV peribadi, suite ini menyediakan semua yang anda perlukan untuk berehat dan meluangkan masa bersama yang tersayang.
2. Vila Pavilion
Photo from Philea
Vila ideal untuk anda luangkan masa di sini pada hujung minggu atau bila-bila masa. Setiap vila dilengkapi dengan tab mandi, beranda dengan permandangan indah dan lengkap dengan segala kemudahan terkini.
3. Vila Satu Bilik Tidur
Sesuai untuk keluarga kecil, vila ini mempunyai satu bilik tidur en suite dengan ruang tamu selesa. Pilihan ideal untuk keluarga kecil atau pasangan berdua.
4. Vila Dua Bilik Tidur
Photo from Philea
Pilihan popular untuk rakan yang melancong bersama. Terdapat dua bilik tidur dan ruang tamu yang selesa
5. Vila Tiga Bilik Tidur
Datang bersama keluarga besar atau berkumpulan ramai? Mungkin pilihan ini sesuai untuk menampung anda semua kerana menawarkan tiga bilik tidur dengan ruang tamu cukup selesa. Sesuai untuk menikmati masa berkualiti bersama.
6. Philea Resort Suite
Photo from Philea
Mempunyai kelengkapan mewah sama seperti Suite Honeymoon. Suite ini menawarkan ruang dan privasi untuk anda, sesuai untuk tetamu yang inginkan percutian dengan suasana lebih intim
7. Philea Resort House
Bukan sebuah vila tapi sebuah rumah lengkap dengan pemandangan menakjubkan untuk anda nikmati! Tak lupa juga ia lengkap dengan segala kemudahan mewah yang anda inginkan.
8. Vila Diraja
Photo from Philea
Direka untuk mereka yang ingin kehidupan mewah seperti seorang raja. Suite eksklusif ini menawarkan kolam renang peribadi, balkoni dan gazebo luas untuk anda nikmati. Dikelilingi dengan suasana alam semula jadi sesuai untuk mereka yang ingin hidup seperti raja.
Philea Resort & Spa Turut Menawarkan Pengalaman Makan Menyelerakan
Photo from Philea
Sudah tentu anda ingin manjakan diri dan nikmati pengalaman makan mewah yang menyelerakan ketika bercuti kan? Berita baik untuk anda kerana di sini terdapat restoran mewah untuk anda saji iaitu:
1. Cravo Cravo
Berada di lobi, restoran ini menyajikan pelbagai masakan Kontinental dan Asia dalam suasana kontemporari. Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman makan mewah atau ingin meraikan momen istimewa bersama pasangan.
Photo from Philea
2. Forest Cafe
Nikmati hidangan yang dimasak oleh chef pakar sambil dikelilingi oleh kehijauan yang subur di kafe ini. Pengalaman makan di sini pasti tidak dapat dilupakan.
Photo from Philea
Luangkan Masa Di Fasiliti Seperti Gim, Sauna Sambil Menikmati Rawatan Spa Khas
Photo from Philea
Untuk sebuah resort mewah sudah tentu mereka dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menawarkan pelbagai servis untuk kita nikmati kan?
Contohnya sebuah gim untuk anda lengkapkan aktiviti fizikal harian. Selain itu, jangan lupa untuk mengambil masa berehat di sauna yang disediakan.
Photo from Philea
Tambahan pula, jika anda ingin menikmati suasana alam semulajadi. Tempat ini menyediakan kawasan khas membolehkan anda menerokai keajaiaban hutan hujan di sekitarnya.
Bukan itu saja, jangan lepaskan pelunag untuk mencuba rawatan spa batu panas. Batu Hokutolite terkenal dengan sifat penyembuhan dapat mengeluarkan segala sisa toksik dalam badan kita. Tujuannya untuk melancarkan darah, merangsang peredaran dan bermacam-macam lagi.
Photo from Philea
Sebuah Resort Oasis Tersembunyi Di Ayer Keroh, Melaka
Photo from Philea
Philea Resort & Spa berjaya mencipta sebuah oasis untuk anda menikmati sambil dikelilingi suasana alam semulajadi. Pengalaman vila mewah dapat memberikan penginapan sukar untuk dilupakan.
Resort ini menyediakan syurga untuk anda nikmati.
📍 Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka
📞 06-289 3399
Mungkin korang suka: