download Jom Explore app
Kafe Kabin Tersembunyi Di Taman Ekustarian, Putrajaya

Kafe Kabin Tersembunyi Di Taman Ekustarian, Putrajaya

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 01 Jun 2023
Digital Editor

Tersembunyi dalam keindahan Taman Ekustrian Putrajaya, Ekues Cabin Cafe merupakan kafe yang dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok untuk menghilangkan stress korang dengan pastri serta makanan brunch sambil menikmati permandangan tenang melihat kuda berjalan!

Apabila korang melangkah ke kafe ini, korang akan disambut dengan suasana tenang dan selesa mengambil inspirasi daripada bangunan kabin di sekeliling kawasan taman ekustrian ini. Hiasan kayu putih bersama tempat duduk selesa dan suasana tenang menjadikan kafe ini sesuai untuk korang healing dan bersantai.

Masa akan bergerak dengan perlahan apabila korang melepak di kafe ini tau. Kecantikkan permandangan serta makanan yang sedap sesuai untuk korang pergi cafe hunting hujung minggu ni bersama kawan, keluarga ataupun pasangan tau.

Haa.. nak tahu apa lagi menarik di kafe ini? Jom baca artikel sampai habis!

Vibe Santai Untuk Lepak Menghabiskan Masa Pada Hujung Minggu!

Hujung Minggu Sesuai Sangat Nak Lepak Dekat SiniPhoto from IG: Ekues Cabin Cafe

Orang Malaysia ini memang suka menghabiskan masa dengan aktiviti melepak betul tak? Dapat duduk di kedai kegemaran sambil menikmati kopi dengan makanan adalah budaya kita.

Haa.. sebab itulah kafe ini sangat sesuai untuk korang ajak kawan-kawan melepak tau dekat sini. Taman Ekustrian Putrajaya ini sangat tenang tau siap dihiasi dengan pokok-pokok, padang yang lapang menghasilkan satu suasana yang santai boleh hilangkan segala masalah stress kerja korang tu.

Selain itu, deko kafe bertemakan rustic turut membantu untuk menambahkan ketenangan dekat sini tau. Tempat duduk dan makan yang selesa turut disediakan bersama kipas angin akan menyejukkan seluruh kawasan kafe ini. Kafe ini bertemakan konsep terbuka jadi memang seronok lah kalau korang nak menghabiskan masa dekat sini tau.

Dihiasi Dengan Pokok Hijau Buatkan Suasana SantaiPhoto from IG: Ekues Cabin Cafe

Menurut pelanggan mereka, bila singah di kafe ini ada iras-iras seperti lepak di kawasan mahal yang tersembunyi jauh daripada hiruk-pikuk bandar.

Selain Daripada Kopi Barista, Menu Makanan Pastri & Brunch Pasti Buat Korang Kenyang!

Pastri Kat Sini Adalah Kepakaran Mereka TauPhoto from IG: Ekues Cabin Cafe

Selalunya bila kita pergi ke kafe menu makanan yang dihidangkan berkonspekan makanan barat seperti spaghetti, pizza dan steak. Tetapi, Ekues Cabin Cafe mengambil pendekatan yang berbeza tau!

Paling seronok dekat kafe ini adalah menu dia tau. Menu mereka memberi fokus lebih kepada pastri tau! Kalau korang penggemar pastri, kafe ini merupakan kawan baik korang tau. Menu pastri mereka sangat luas dan dapat memberi kepuasan dekat korang.

Selain itu, tarikan utama menu di kafe ini adalah menu Brunch yang disediakan. Brunch adalah gabungan sarapan dan makan tengahari yang popular sebagai hidangan santai membolehkan korang berehat sambil menikmati hidangan kombinasi ini.

Terdapat pelbagai variasi untuk memenuhi citarasa dan kegemaran yang berbeza. Haa.. sebab itulah, kalau korang menikmati menu di kafe ini. Min syorkan korang mencuba menu brunch mereka, pasti korang takkan menyesal tau.

Selain Daripada Pastri, Korang Boleh Makan Brunch TauPhoto from IG: Ekues Cabin Cafe

Antara makanan patut korang cuba adalah Nasi Lemak Telur Bungkus, Kaya Buter Toast, Chicken Mushroom Pie, Nasi Lemak Basmati With Crispy Chicken dan Artisan Slice Cake.

Bukan Setakat Boleh Lepak Je, Boleh Lihat Kuda Berlari Atau Main Polo!

Boleh Lepak Sambil Tengok Kuda Berlari TauPhoto from IG: Ekues Cabin Cafe

Asalnya kafe ini dibuka untuk kawasan taman ekustrian ini. Sejak meraih populariti kafe ini dibuka untuk pelanggan luar untuk menikmati menu mereka serta kopi yang dihasilkan oleh pakar barista mereka sambil menikmati permandangan taman ini.

Haa.. bukan setakat korang boleh lepak je tau dekat kafe ini, terdapat pelbagai kuda yang akan berlari di bawah pengawasan taman ekustrian ini, Jadi, sesuai sangat kalau korang inginkan sedikit kelainan dalam pengalaman cafe hunting korang tau.

Selain itu, kalau korang bernasib baik terdapat berberapa perlawanan polo yang dimainkan di padang ini tau! Haa.. bukan senang nak melihat sukan polo dimainkan tau.

Bukan itu je tau, menurut pelanggan mereka. Ramai berkata kafe ini merupakan antara kafe paling terbaik yang mereka pernah pergi. Menu yang sedap dengan harga berpatutan sambil menikmati permandangan yang indah bersama suasana tenang menjadikan ia destinasi wajib bagi penggemar kafe. Korang nak bawak pasangan pergi dating pun boleh tau!

Barista Dekat Sini Pun Padu Tau!Photo from IG: Ekues Cabin Cafe

Secara kesimpulan, Ekues Cabin Cafe di Putrajaya merupakan antara permata tersembunyi dalam dunia kafe ini. Makanan pastri yang sedap bersama minuman kopi membuatkan tempat yang sesuai untuk korang melarikan diri daripada kehidupan sibuk di bandar sambil menghilangkan stress dengan melepak bersama-sama kawan ataupun pasangan korang.

📍 Ekues Cabin Cafe, Taman Ekuestrian, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62000 Putrajaya
⏰ Setiap Hari (8:30 am - 7:30 pm)
📞 010-299 1789

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok