Mencari Homestay Unik Di Langkawi? Ini 5 Terbaik!
Terkenal dengan destinasi menarik dan tempat penginapan cantik tak tumpah seperti syurga. Pulau Langkawi turut menawarkan homestay ala-ala rumah tradisional bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan.
Tidak lama lagi penggal ketiga persekolah akan tamat. Oleh itu, cuti sekolah bakal bermula pada penghujung tahun ini.
Photo from Permata Holidays
Sudah tentu ibu-bapa seperti anda sudah pelan siap-siap nak pergi bercuti bersama sekeluarga kan? Maklumlah, kita pun nak habiskan baki cuti sebelum buka tahun baru!
Demikian itu, jom lihat 5 homestay gaya rumah tradisional yang best di Pulau Langkawi. Kesemua pilihan ini dipilih kerana mendapat ulasan baik daripada pengunjung yang pernah menginapnya.
Photo from Berita Harian
1. Homestay Kampung Tok Lembut, Kampung Temoyang
Photo from Homestay Kampung Tok Lembut
Terletak hanya 2 km dari Pantai Chenang. Homestay Kampung Tok Lembut ialah pilihan sempurna untuk bawa sekeluaga yang ingin merasai suasana kampung.
Berada di bersebelahan dengan sawah padi memberikan pemandangan sawah sepanjang tempoh penginapan di sini. Selain itu, anda juga tidak perlu risau bab makanan kerana lokasinya berdekatan dengan pelbagai restoran.
Photo from Homestay Kampung Tok Lembut
Tak lupa juga, ia dilengkapi dengan dapur memudahkan bagi mereka yang gemar memasak. Tambahan pula, terdapat kolam renang, ruang parkir membuatkan ia pilihan sesuai untuk menghiburkan percutian keluarga anda atau kumpulan besar.
📍 Jalan Pantai Tengah, Kampung Temoyong, 07000 Langkawi, Kedah
Photo from Homestay Kampung Tok Lembut
2. Sunset Valley – Holiday House
Photo from Sunset Valley
Menjadikan rumah kampung melayu sebagai tarikan utama. Homestay ini lengkap dengan segala kemudahan moden untuk memberikan penginapan yang selesa kepada parang pengunjung.
Terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. Sunset Valley menyediakan ruang selesa untuk pengunjung yang ingin menghabiskan percutian mereka dengan berehat sambil menikmati pemandangan tenang.
📍 Sunset Valley, Lot 2220 Jalan Makam Mahsuri, Langkawi
Photo from Sunset Valley
3. Villa Sri Kampung
Photo from Airbnb
Tidak jauh dari Pekan Kuah terletaknya sebuah Villa ialah penginapan ideal bagi mereka yang teringin nak menetap di rumah kampung dan tradisional Melayu.
Dikelilingi pokok hanya menambah kepada suasana kampung yang sering kita lihat di televisyen. Namun, tidak bermakna anda akan tinggal dalam ketidakselesaan kerana villa ini lengkap dengan segala kemudahan moden.
Photo from Airbnb
Majoriti pengujung yang pernah menetap di sini sering memberi ulasan bagus! Rata-rata meluahkan rasa puast hati dengan layanan mesra daripada pemilik villa.
📍 PT188, Villa Sri Kampung, Kampung Syed Nahar, 07000 Kuah, Kedah
Photo from Airbnb
4. Teratak 1 Malay Farmer's Hut
Photo from Airbnb
Memberikan pengunjung pemandangan Gunung Matchinchang yang memukau terutam apada waktu pagi. Padanlah homestay ini menjadi antara kegemaran ramai apabila bercuti di Pulau Langkawai.
Lokasinya cukup strategik kerana terletak hanya 5 minit dari Pantai Chenang. Selain itu, suasananya seolah anda berada di kawasan pendalaman atas bukit.
Photo from Airbnb
Tak lupa juga, kemudahan asas moden turut disediakan seperti internet, bilik selesa dan bermacam lagi. Pengunjung lain turut memuji keseluruhan keselesaan homestay ini.
📍Jalan Kedawang, Langkawi, 07000, Kedah
Photo from Airbnb
5. Alamanda Minang Villa
Photo from Agoda
Boleh dikatakan antara homestay yang berbeza dari rumah tradisional Melayu. Villa ini memilih reka bentuk ke arah moden dengan hiasan atap daun mengkuang, dinding batu serta kemudahan asas lengkap untuk tetamu.
Selain itu, pemandangan yang cantik di sekelilingnya pasti akan memukau pengunjung apabila tiba di lokasinya. Menariknya terdapat infinity pool untuk anda berenang dan beriadah bersama keluarga untuk mencipta memori manis bersama.
📍 Lot 2150 Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah
Photo from Agoda
5 Homestay Menarik, Mana Satu Bakal Anda Pilih?
Photo from Traveloka
Ternyata 5 homestay yang min cadangkan bukan sahaja memberikan penginapan selesa. Malah memberikan anda pengalaman menikmati suasana kehidupan seolah orang kampung di Langkawi.
Memandangkan cuti sekolah dah nak bermula, apa kata jom bercuti di dan menginap di antara 5 pilihan ini. Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
Mungkin korang suka: