download Jom Explore app
7 Makanan Wajib Cuba Di Penang: Dari Nasi Kandar Ke Cendol!

7 Makanan Wajib Cuba Di Penang: Dari Nasi Kandar Ke Cendol!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 13 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Sentiasa menjadi destinasi wajib bagi pencinta makanan. Penang kekal sebagai destinasi kulinari popular di negara untuk menikmati pelbagai aneka makanan menyelerakan.

Dari hidangan berat sehingga pencuci mulut, pencampuran budaya Melayu, Cina dan India menjadi punca utama mengapa negeri ini sinonim dengan makanan sedap.

Menjadi destinasi untuk semua foodie, jom tengok makanan wajib cuba di PenangPhoto from Girl Eat World

Oleh itu, sebelum anda pergi bercuti ke sana di hujung minggu nanti. Ini beberapa hidangan wajib untuk dicuba dan dinikmati!

1. Nasi Kandar

Di Penang, Wajib makan nasi kandar! Photo from Bernama

Kalau dah singgah ke Pulau Pinang, takkan tak pekena Nasi Kandar kan? Menjadi hidangan paling popular dan ikonik di negeri ini telah melahirkan banyak kedai terkenal menjadi kegemaran ramai.

Asas hidangan ini bermula dengan nasi putih disajikan dengan aneka lauk-pauk yang dimasak gaya mamak (India-Muslim). Contohnya seperti ayam goreng, kari daging, kari kambing dan sotong menjadi kegemaran majoriti.

Aneka pilihan lauk membuatkan hidangan ini unik dan sedapPhoto from Traveller Jan

Gabungan pelbagai kuah kari dan rasa rempah pekat bakal memikat selera makan anda. Antara kedai yang min rekomen seperti Nasi Kandar Sulaiman, Line Clear, Deen Maju dan Hameediyah (Jalan Campbell).

Apa lauk wajib Nasi Kandar anda?Photo from Aliya

2. Char Kuey Teow

Penang Char Kuey Teow unik dan tidak boleh dicipta di negeri lain dari segi rasaPhoto from wokandskillet

Menjadi kebanggan orang Pulau Pinang yang mengatakan Char Kuey Teow paling sedap hanya wujud di negeri mereka. Hidangan terdiri daripada kuey teow digoreng bersama taugeh, telur, kucai dan kombinasi sos menyelerakan.

Bukan itu sahaja, mereka akan menambah bahan tambahan seperti kerang, jejari ikan dan lain-lain untuk menambah lagi rasa sedapnya. Seterusnya, penggunaan api besar menjadi 'rahsia' untuk menghasilkan elemen 'wok hei'

Penggunaan api besar wajib untuk hasilkan elemen wok heiPhoto from Alaa Starves

Elemen tersebut yang membrikan rasa 'smokey' yang susah untuk kita dapat di tempat lain.

Elemen wok hei sangat penting barulah sedap rasa char kuey teow tuPhoto from balihaiseafoodrestaurant

3. Penang Asam Laksa

Penang Asam Laksa barulah definisi laksa sebenarPhoto from Organic Fresh and Food

Hidangan seterusnya yang telah membuatkan negeri ini popular di mata dunia dikenali sebagai Penang Asam Laksa atau Asam Laksa.

Rasa asam yang datang daripada 'tamarind' menjadi elemen penting dalam kuah yang dihasilkan daripada ikan rebus. Kemudian, disajikan bersama mi tebal dan dihiasi dengan daun pudina, bawang, nanas dan bunga kantan.

Hasilnya terciptalah antara hidangan paling sedap di dalam dunia! Rasa masam dan pedas memberikan versi laksa ini perwatakan unik yang boleh dibezakan daripada versi negeri lain.

Anthony Bourdain telah membuatkan hidangan ini popular di mata duniaPhoto from Says

4. Rojak Pasembur

Sedap dinikmati pada waktu petang, jom nikmati rojak pasemburPhoto from Malaysian Chinese

Min pernah cerita tentang rojak pasembur penang dan ternyata rugi kalau anda tidak cuba!

Rojak pasembur bukanlah seperti rojak buah yang anda sering nikmati. Terdiri daripada aneka bahan seperti sayur, tauhu, cucur udang, telur rebus, bebola ikan dan lain-lain ditambah dengan kuah kacang pekat.

Bestnya rojak pasembur ialah aneka bahan yang boleh dipilihPhoto from Pui Cheng Lern

Barulah selera makan anda bertambah lihat kuah pekat, manis dan pedas berwarna merah tu! Gabungan tekstur rangup dan lembut ialah penyebab mengapa hidangan ini begitu ikonik di Penang.

Nak cari yang paling sedap? Tekan sahaja link di bawah.

Tips jimat makan pasembur, sebut harga dahulu sebelum pilihPhoto from Lisa Lemony Kitchen

5. Mee Udang Penang

Kuah pekat, udang segar dan rasa sedap! Itulah mee udang penangPhoto from Che Nom

Jika anda bukan penggemar asam laksa tidak mengapa kerana ada lagi satu hidangan berkuah wajib cuba di sini.

Dikenali sebagai Mee Udang Penang terhasil daripada mi kuning bersama udang segar yang bersaiz besar. Kemudian, kuah pekat dan kaya rasanya mengikat keseluruhan hidangan untuk hasilkan pelbagai rasa.

Untuk menikmati mee udang paling sedap. Anda boleh cuba Ayu Mee Udang, Mee Udang 12 Ekor dan Ida Mee Udang Butterworth.

6. Nasi 7 Benua

7 Nasi berbeza memberikan pengalaman hidangan unikPhoto from ERA Malaysia

Dihasilkan kerana ingin menarik ramai pelanggan ke kedai, Nasi 7 Benua menjadi salah satu hidangan unik yang baru sahaja dihasilkan di negeri ini.

Menampilkan 7 jenis nasi (nasi putih, lamnui, kacang, hujan panas, tomato, lemak dan minyak) memberikan pengalaman makan sangat berbeza dan tidak terdapat di tempat lain.

Selain itu, ada 15 jenis lauk yang boleh dipilih bersesuaian dengan hidangan unik ini. Menurut pencipta hidangan ini, tidak banyak lauk sesuai untuk makan dengan hidangan ini.

Oleh itu, lauk yang disediakan mampu memberikan pengalaman kulinari tiada bandingan.

Nasi 7 Benua merupakan antara hidangan baru dicipta di PenangPhoto from Damia Aleesya

7. Cendol Penang

Panas? Nak sejukkan badan? Wajib cuba cendol penangPhoto from George Town City

Hari semakin panas dan badan mula terasa kurang selesa setelah berpeluh. Macam mana nak keringkan dan sejukkan badan paling mudah di Penang?

Senang sahaja, nikmati semangkuk cendol segar yang menjadi salah satu pencuci mulut paling popular di sini. Terdiri daripada cendol hijau diperbuat dari tepung beras, kacang merah, santan dan gula Melaka.

Kedai paling terkenal untuk nikmati cendol paling sedapPhoto from Huslaw

Rasa manis, lemak dan sejuk memang sedap untuk dinikmati terutama waktu panas membahang! Barulah sedap badan kita untuk teruskan perjalanan kita di negeri syurga makanan ini.

Min rekomen anda untuk cuba di pilihan paling popular iaitu Penang Road Famous Teochew Chendul. Lokasi yang terletak di tengah-tengah Georgetown membuatkan ia tidak jauh daripada lokasi lain.

Rasa manis dan lemak memang sempurna terutama waktu panasPhoto from Wei Lim

Tidak Dinafikan Pulau Pinang Ialah Syurga Makanan Di Malaysia

Jom food hunt ke Penang! Sangat berbaloiPhoto from On Penang

Untuk seorang foodie negeri ini sentiasa wajib untuk dilawati untuk nikmati makanan unik kan? Hampir setiap hari ada sahaja hidangan menarik yang boleh dicuba dan memberikan memori manis dengan setiap suapan.

Bukan itu sahaja, Penang juga mempunyai beberapa lokasi menarik yang boleh disinggah sementara menunggu perut berbunyi lapar.

Justeru itu, mintak je cuti hujung bulan nanti dan nikmati makanan unik yang hanya ada di Penang.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok