Cara Bayar Parking Dengan Mudah Secara Digital Di 9 Negeri
Anda pasti setuju dengan min benda paling stress adalah mengambil masa untuk menggores kupon parking kan? Lagi menyakitkan hati apabila kupon tersebut tidak dijumpa atau tertinggal di rumah
Nasib baik zaman sekarang teknologi semakin canggih dapat meringankan beban kehidupan seharian kita. Sejak beberapa tahun lalu, kebanyakan negeri di negara tidak lagi memerlukan anda bayar dengan kupon.
Photo from Motorists Malaya
Sebaliknya menggunakan aplikasi dari telefon pintar sahaja tau!
Selepas ini tidak perlu lagi anda risau akan dikenakan saman oleh Majlis Bandaraya kerana tidak membayar parking. Kalau begitu jom lihat beberapa aplikasi yang anda boleh
Photo from Smart Selangor
Muat Turun Aplikasi Parking Yang Digunakan Di Malaysia Terlebih Dahulu
- Smart Selangor Parking
- EZ KL Smart Park
Photo from JomExplore
- Penang Smart Parking
- MBJB Spot V2
- ParkMax@Johor
Photo from JomExpolore
- Park@Perak
- Melaka Smart Parking
- Pahang GO
- SMART Besut
- SMART Parking Borneo
Photo from JomExplore
Tetapi jika negeri yang anda lawati tiada aplikasi khusus, jangan risau. Anda boleh sahaja bayar melalui Touch N Go E-Wallet atau aplikasi Flexi Parking. Semuanya mudah dan pantas!
Apa Kelebihan Menggunakan Aplikasi Berbanding Kupon?
Photo from Affendi
Untuk pengetahuan umum penggunaan aplikasi pembayaran ini ada banyak kelebihan seperti berikut:
- Mudah dan Cepat: Tak perlu buang masa cari kupon atau duit untuk bayar. Segalanya di hujung jari membuatkan proses menjadi pantas
- Mudah Dikesan: Majoriti aplikasi dapat memberitahu masa anda hampir tamat dan sebagainya. Ini dapat membantu anda untuk mengelak dari disaman
- Selamat: Paling utama sekali segala pembayaran anda boleh dipantau dengan lebih mudah
- Fleksibiliti: Pernah mengalami situasi kena saman walaupun tak sampai seminit? Elakkan perkara sebegitu dengan membayar melalui aplikasi sahaja. Bayar berapa masa yang perlu dan boleh tinggalkan kereta begitu sahaja
Photo from hafizayoung
Dah Boleh Buang Segala Kupon Yang Ada, Bayar Parking Secara Online Sahaja!
Photo from touchngo
Dengan pelbagai aplikasi yang ada di negara kita, kita tidak perlu risau akan disaman atau membuang masa mencari mesin pembayaran.
Segalanya ada di hujung jari dan aplikasi yang digunakan sangat membantu dalam bab meringankan beban kehidupan seharian kita. Tambahan pula, kalau tanya min aplikasi paling mudah untuk guna ialah Touch N Go E-Wallet.
Ia bukan sahaja boleh bayar parking di beberapa negeri, malah ada banyak fungsi yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian kita.
Mungkin korang suka: