download Jom Explore app
Rojak Pasembur Penang: 3 Gerai Paling BEST Wajib Cuba!

Rojak Pasembur Penang: 3 Gerai Paling BEST Wajib Cuba!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 24 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Rojak Pasembur adalah antara makanan jalanan yang wajib dicuba di Pulau Pinang, digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong.

Untuk pengetahuan umum, rojak pasembur ialah hidangan terhasil dari India-Muslim berbeza daripada rojak buah. Buah-buahan digantikan dengan pelbagai bahan digoreng sehingga ranggup, dihiasi dengan kuah kacang.

Rojak Pasembur menjadi antara makanan wajib perlu cuba di PenangPhoto from Foodpanda

Rojak asalnya dihasilkan oleh orang Jawa, tetapi peniaga India telah mengubah suai hidangan dengan menambah kelainan mereka sendiri.

Hari ini, pasembur sangat popular di Pulau Pinang dan sering menjadi sebutan di kalangan pelancong tempatan atau luar.

India-Muslim yang datang ke Penang, turut bawa pengaruh makanan mereka jugaPhoto from Penang Tourism

Tempat Makan Pasembur Paling Popular Di Pulau Pinang!

Ada 3 Kedai Rojak Pasembur paling sedap wajib dicuba!Photo from My Weekend Plan

Untuk menikmati pasembur yang paling sedap, ada 3 lokasi utama sering menjadi pilihan ramai. Lokasi mereka terletak di Padang Kota Lama dan Gurney Drive bermula dengan:

Hussain Pasembur King - Pilihan Ramai Sejak 1951

Hussain Pasembur King sering dianggap antara yang terbaik di PenangPhoto from Mohd Haryzai

Terletak di Medan Renong, George Town, Hussain Pasembur King telah menjual lebih 70 tahun menyediakan menjadi pilihan ramai sejak 1951.

Mengapa Mereka Terkenal?:

Kuah kacang pedas membuatkan Hussain Pasembur berbeza dari persaingnyaPhoto from Muhammad Firdaus

  • Anda boleh pilih daripada 20 bahan berbeza, membolehkan mencipta pinggan sempurna yang mengikut citarasa anda
  • Sos kacang yang menjadi kegemaran ramai - pekat, kaya menghasilkan rasa sempurna di antara manis dan pedas
  • Warna sos merah memberi visual menyelerakan membuatkan anda terliur melihatnya

Pelbagai aneka pilihan yang anda boleh cuba di siniPhoto from Ahmad Nazri

📍 Lokasi: Medan Renong, George Town, Pulau Pinang
⏰ Waktu: Setiap Hari (12 tengahari - 12 pagi), Jumaat (2 petang - 12 pagi)

Pasembur Stall no. 09 Anjung Gurney - Rojak Pasembur Penuh Irama Dan Bergaya

Gerai No.9 pula terkenal dengan irama nyanyian sambil menyiapkan rojak andaPhoto from Saravanan Naiker

Jika anda Google "Rojak Pasembur terbaik di Pulau Pinang," anda mungkin pernah melihat sebuah video viral.

Dalam video tersebut, seorang lelaki sedang menghiris pelbagai bahan sambil menyanyi penuh keringan menyebut "rojak, rojak, rojak". Kalau anda nak tahu, itulah Gerai No.9 yang terletak di Anjung Gurney.

Cucur udang di Gerai No.9 wajib ambil tau!Photo from Nahnee Awesome

Tambahan pula ia menjadi antara gerai paling popular dan menghiburkan di Pulau Pinang!

Mengapa Ia Terkenal:

  • Irama nyanyian menghiburkan menjadi tarikan pelancong. Mereka ingin melihat geligat peniaga menyanyi sambil memotong bahan rojak
  • Sos kacang di gerai ini pekat, berkrim dan mempunyai tekstur unik! Memberikan rasa manis dan masam yang sempurna
  • Gabungan pellbagai bahan goreng yang ranggup bersama sos tersebut membuatkan hidangan ini menyelerakan

Kuah kacang pekat manis menyempurkan seluruh hidanganPhoto from ASROY Benz

📍 No.9,Persiaran Gurney.T.P.S Gurney Drive(Baru),Menara Sunrise, Township, 10350 George Town, Pulau Pinang

⏰ Setiap Hari (3:30 pm - 1 am)

GANI Famous Pasembur - Persaing Ketat Hussain Pasembur King

Ada yang suka Gani Pasembur, Ada yang suka Hussain PasemburPhoto from Incik Foofie

Terletak di medan seleran sama dengan Hussain Pasembur King. GANI Famous Pasembur mempunyai pengikut dan pelanggan setianya tersendiri. Walaupun ada yang menganggap yang Hussain ialah pilihan pertama.

Ada segelintir yakin bahawa GANI yang paling sedap.

Mengapa Ia Terkenal:

Ramai pelanggan setia percaya, kuah kacang GANI yang membuatkan rojaknya lebih istimewaPhoto from Jinsang Yoon

  • Ramai percaya rahsia GANI terletak pada kuah kacangnya. Mereka menawarkan rasa lebih manis berbanding pesaingnya.
  • Menyediakan aneka bahan untuk dipilih dan digoreng sehingga rangup.
  • Juga menjadi lokasi wajib dicuba apabila bercuti di Pulau Pinang

Min sarankan anda cuba kedua-dua gerai dan lakukan perbandingan mana lebih sedapPhoto from Firdaus Doo Jam

📍 Medan Renong, 3, Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Penang

⏰ Setiap Hari (11 am - 1 am)

Pro Tip Untuk Nikmati Pasembur Di Pulau Pinang!

Tips penting, jangan datang waktu puncak! Nanti penat nak tunggu giliranPhoto from M Kamarul Irwan

Umum mengetahui Pulau Pinang sentiasa dipenuhi dengan pelancong tempatan dan luar. Oleh itu, 3 lokasi ini sudah tentu akan dibanjiri ramai orang yang turut ingin mencubanya.

Jadi untuk memastikan pengalaman anda selesa dan seronok, ini beberapa tip boleh anda cuba:

  • Singgah di luar waktu puncak: Untuk mengelak daripada ramai orang, anda boleh cuba singgah pada lewat petang berbandin gwaktu malam. Ini akan memberi pengalaman makan lebih seronok
  • Tetapkan bajet sebelum ambil: Ramai orang sering ambil sahaja apa-apa bahan dan terkejut apabila harganya cecah ratusan ringgit. Oleh itu, tetapkan sebuah bajet dan beritahu kedai terlebih dahulu. Mereka akan sediakan rojak pasembur mengikut bajet anda.
  • Jangan lupa untuk cuba pencuci mulut: Selain daripada rojak, jangan lupa untuk cuba semangkuk cendol Pulau Pinang dari gerai berdekatan!

Bila di Penang, memang wajib untuk cuba Rojak PasemburPhoto from Hidayah Shaari

Justeru itu, jika ingin mencuba Rojak Pasembur buat kali pertama. Anda boleh cuba 3 kedai terbaik di Pulau Pinang ini untuk mendapatkan rasa sebenar serta menyelerakan yang tiada bandingannya!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok