Resipi Char Kuey Teow Sebijik Dekat Pulau Pinang
Char Kuey Teow merupakan antara hidangan paling popular dan ikonik dalam budaya masakan negara kita. Mee kuey teow ditumis untuk menghasilkan aroma lazat, berasap dan keseimbangan tekstur sempurna dirasai dalam setiap suapan.
Masakan ini bermula dengan menumis mee nasi leper dengan beberapa bahan dan iannya sangat popular dalam negara kita dan negara Asia Tenggara yang lain jugak tau!
Nama Char Kuey Teow bermaksud 'mee leper tumis' dalam bahasa Hokkien. Masakan ini dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dikatakan dicipta oleh seorang penjaja Teochew yang cuba mencipta hidangan menarik minat penduduk tempatan dan pelancong.
Haa.. sebab itulah ramai orang kalau bercuti kat Pulau Pinang, mereka wajib cari gerai yang jual char kuey teow kerana perbezaan rasa sangat ketara berbanding tempat lain tau.
Hanya di Pulau Pinang sahaja kita berpeluang untuk menikmati sepinggan char kuey teow yang betul-betul sedap! Tetapi, min nak kongsi dekat korang satu rahsia tau.
Photo from Pinterest
Rahsia itu adalah resipi untuk menghasilkan char kuey teow yang sebijik macam di kedai popular di Pulau Pinang. Haa.. pastikan korang baca sampai habis untuk ketahui rahsia resipi ini.
Apa Itu Char Kuey Teow!
Photo from Pinterest
Macam min dah kata sebelum ini, asal usul char kuey teow boleh dikesan kembali kepada masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura. Nama 'char kuey teow' berasal daripada Hokkien iaitu dialek Cina.
"Char" bermaksud tumis, "kuey teow" pula mi leper telah berkembang dan menjadi sebahagian daripada budaya makanan tempatan. Antara bahan utama dalam char kuey teow adalah mi kuey teow, udang, sosej, taugeh, daun kucai, telur dan kerang.
Bahan-bahan ini akan ditumis dengan api besar dengan campuran sos dan perasa untuk melahirkan rasa tersendiri yang unik pada masakan itu. Manakala, kalau korang perasan terdapat aroma yang kuat terhasil apabila tengah menikmati sepinggan kuey teow ni tau.
Aroma tersebut dikenali sebagai "wok hei" ataupun "nafas kuali". Ia merujuk kepada aroma berasap dan hangus yang terhasil daripada memasak bahan di atas api tinggi dalam kuali. Korang perlu mempunyai kemahiran tinggi terhadap haba dan masa untuk mencapai aroma wok hei yang sempurna dalam perisa serta tekstur.
Selepas itu, terdapat variasi berbeza yang menambah kelainan unik pada masakan klasik ini. Sebagai contoh, char kuey teow di Pulau Pinang memang terkenal dengan mengandungi bahan tambahan seperti sotong, udang mantis dan kadangkala daging ketam.
Namun, dalam sesetengah versi masakan ini dimasak dengan kicap gelap untuk memberikan rasa yang lebih manis. Haa.. kalau korang nak rasa yang asli sebaiknya menggunakan kicap ringan untuk mengekalkan keseimbangan rasa yang halus.
Rasa sedap melalui gabungan bahan-bahan yang dimasak dengan sempurna dan perlu dinikmati secara perlahan-lahan membolehkan rasa sebati tau. Setiap suapaan menawarkan simfoni rasa daripada rasa berasap kuali kepada kekayaan umami makanan laut dan rangup taugeh.
Photo from Pinterest
Walaupun iannya nampak mudah tetapi char kuey teow memerlukan kepakaran serta kemahiran untuk menghasilkan sepinggan char kuey teow yang sempurna.
Rahsia Kenapa Boleh Jadi Sedap
Photo from Pinterest
Char Kuey Teow yang sedap boleh dibau aromanya tak kisahah sejauh mana pun korang tau kerana aroma tersebut akan memenuhi udara sekeliling. Memikat sesiapa dari jauh untuk membuatkan perut mereka berkeroncong tau.
Haa.. kalau nak dapatkan aroma macam tu ketika korang masak inilah rahsianya tau! Pastikan korang dapatkan semua bahan-bahan paling segar tau. Tauge perlu segar dan rangup sama seperti mi kuey teow korang.
Udang segar dan besar dan juga kerang yang dibersihkan dengan baik barulah sedap masakan korang. Selain itu, korang juga boleh rendam udang dengan campuran gula dan air untuk tingkatkan rasa manis dan berlemak udang tersebut.
Photo from Pinterest
Seterusnya, korang wajib guna 'ghee' untuk hasilkan rasa sama seperti korang makan di Pulau Pinang. Bukan itu je tau, sebelum masak, pastikan kuali korang panas dan belajar untuk mengawal api supaya dapat aroma wok hei yang wajib ada dalam masakan korang tau.
Manakala, bahan-bahan yang korang perlukan adalah:
Pes Cili
28 gram cili merah kering direndam dalam air
2 cili merah segar
3 bawang merah kecil (dikupas dan dihiris)
1 sudu teh minyak
1 secubit garam
Adunan Sos (Pastikan Korang Gaul Sehingga Sebati)
5 sudu besar kicap
1 1/2 sudu besar kicap gelap
1 sudu besar gula
1/2 susu teh sos ikan
1/2 sudu teh garam
2 sengkang serbuk lada kisar
Bahan Utama
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
12 ekor udang kupas (rendam dalam air sejuk ais ditambah 2 sudu besar gula selama 30 minit)
453 gram mi kuey teow segar
453 gram kerang (dibuang cangkerangnya)
1 tandan taugeh segar (dibilas dengan air dan toskan)
4 biji telur besar
1 tandan daun kucai Cina (potong 1 inci bahagian bawah dan potong menjadi panjang 2 inci)
Langkahnya Untuk Masak Dengan Sedap
Photo from Pinterest
Haa.. sekarang korang dah ketahui rahsia dan bahan untuk hasilkan sepinggan char kuey teow yang sedap. Langkah seterusnya adalah pastikan semua perlatan memasak sudah dipanaskan dan bersedia untuk masak.
Korang ikuti sahaja langkah-langkah ini untuk mula memasak:
Kisar semua bahan pes cili sehingga halus menggunakan pemproses makanan mini. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam kuali dan tumis cili api hinggan naik bau. Ketepikan pes cili.
Bersih kuali dengan teliti sebelum memanaskannya dengan api yang tinggi sehingga ia mula berasap. Masukkan 2 sudu besar minyak atau ghee ke dalam kuali bersama separuh daripada bawang putih yang dicincang dan tumis dengan cepat.
Keluarkan enam ekor udang dari air dalam masukkan ke dalam kuali. Tumis cepat sehingga udang mula bertukar warna dan sehingga korang boleh hidu bau udang. Tuangkan separuh daripada taugeh.
Seterusnya, ikuti dengan mi kuey teow korang tau. Kemudian, kacau 2 1/2 sudu besar adunan sos ke dalam kuali sehingga sebati. Tolak mee ke satu bahagian dan masukkan sedikit minyak ke tempat kosong dan pecahkan telur di atasnya.
Gaulkan telur korang bersama mee kuey teow tersebut sehingga sebati tau. Tambah 1/2 sudu besar pes cili (kalau nak pedas lebihkan pes cili) dan beberapa kerang ke dalam kuali.
Teruskan menumis sehingga telur dan bahan lain masak sepenuhnya tau. Akhir sekali, masukkan daun kucai dan tumis dengan cepat untuk kali terakhir.
Photo from Pinterest
Hidangkan dengan segera barulah sedap. Selamat mencuba!