5 Restoran Starter Pack Wajib Singgah Di P.Penang
Kalau tanya semua orang Malaysia kat mana nak cari kawasan yang banyak makanan sedap. Sudah semestinya mereka akan ajukan kepada Pulau Pinang yang saban hari semakin terkenal di mata dunia sebagai destinasi utama untuk kaki makan.
Haa.. nak makan apa kat pulau ini cakap sahaja semuanya pasti ada dapat memuaskan nafsu selera makan masing-masing. Namun, kita orang tempatan ni sudah semestinya tahu kedai mana bagus, kedai mana tidak serta mempunyai pilihan sendiri.
Selalunya akan elak daripada mengunjungi kawasan kedai makan yang viral. Tetapi untuk artikel ini min nak fokus kepada beberapa restoran yang boleh dianggap sebagai starter pack bagi menikmati makanan sedap di Pulau Pinang.
5 pilihan restoran ini tersangat popular dan sudah diketahui umum dah pun. Cuma kalau tak menyinggah ke salah satu setiap kali bercuti ke pulau rasa macam tak lengkap pulak pengalaman tersebut.
Photo from iStock
Tambahan pula, untuk sesiapa yang ingin menjejak untuk kali pertama boleh jadikan lokasi ini sebagai permulaan asas untuk percutian dipenuhi dengan makanan melazatkan.
Hameediyah Restaurant
Photo from Angshita Hazra
Kalau tanya min perkara paling utama setiap kali bercuti ke sini ialah wajib menikmati sepinggan nasi kandar. Pilihan yang ada pun banyak tak perlu kata masing-masing mempunyai resipi tersendiri membezakan diri daripada persaingan.
Namun semuanya tidak dapat lawan Hameediyah Restaurant yang telah menapak lebih daripada 100 tahun lagi. Semuanya bermula di bawah pokok di Lebuh Campbell pada tahun 1907.
Keluarga ini menghasilkan sendiri resipi masala yang masih diguna pakai ke dalam masakan mereka menggunakan kepakaran dalam rempah ratus. Hasilnya kita boleh lihat sendiri betapa ramai orang beratur untuk menikmatinya.
Photo from Paan Abdrahman
Pi mana-mana pun Hameediyah juga betul tak?
📍 164 A, Lebuh Campbell, street, 10100 George Town, Pulau Pinang
⏰ Setiap hari (10 am-1o pm)
Kareem Pasembur Rojak
Photo from Google Photos
Apa yang membuatkan pengalaman makan di Pulau Pinang menarik adalah lokasi gerai yang masih mengekalkan gaya lama walaupun dunia semakin moden. Kalau lihat Kareem Pasembur Rojak dari luaran sahaja tak mungkin kita dapat rasa ia menyediakan makanan sedap.
Sebaik sahaja korang duduk dan pilih aneka pilihan yang ada untuk lengkapkan rojak. Ditambah pula dengan sos kacang memberi aroma lemak, pedas, berkim menjadi padanan menyelerakan dengan setiap suapan.
Baru korang sedar walaupun gerai ditepi jalan kualiti makanan disediakan kalah 5 bintang. Cuma jangan lupa untuk sediakan bajet dan pesan terlebih dahulu berapa korang ingin habiskan supaya tak terlebih belanja.
Photo from Hook Chai Cooking TV
📍 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
⏰ Setiap hari kecuali Ahad (11 am - 6 pm)
Restoran Kapitan
Photo from Nahnee Awesome
Walaupun terletak di jalan yang agak sibuk iaitu Jalan Chulia. Restoran Kapitan dianggap sebagai kedai lagenda dan memang wajib dikungjungi untuk menikmati masakan India Muslim yang tidak bandingan.
Tolak tepi kedai kegemaran mamak korang di sekitar Lembah Klang. Sampai sahaja di sini wajib cuba ayam tandoori bersama naan yang telah membuatkan setiap pelanggan jatuh cinta terhadapnya.
Selain itu, biryani belanga bersama beberapa pilihan kari menjadi melengkapkan pengalaman korang di sini. Kari yang popular seperti kambing, ikan dan ayam rasanya sungguh menakjubkan tau.
Photo from qaylo_o
📍 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
⏰ Setiap hari dibuka 24 Jam
Sup Hameed
Photo from Daya hidaya
Bila dari pagi sampai ke petang puas berjalan menikmati pelbagai makanan menyelerakan. Badan kita pun dah penat dan ingin menikmati suasana nyaman di bandar kolonial yang dipenuhi dengan pelbagai sejarah ini.
Rasa dingin ayu itu memang sedap dipadankan bersama semangkuk sup panas. Pilihan paling popular ialah Sup Hameed yang menyediakan yang terbaik menggunakan pelbagai rempah ratus untuk menghasilkannya.
Setiap mangkuk sup akan datang bersama dua keping roti lembut untuk korang cicah. Nak makan sup apa pun banyak sangat pilihan yang ada daripada sup ekor, lidah, ayam, burung dan kegemaran min, sup perut.
Photo from EVY
📍 48, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
⏰ Setiap hari (7 am - 1:30 am)
Bee Hwa Cafe
Photo from Noor Farhana
Semua orang tahu char kuey teow paling sedap ada di pulau ini. Sebelum kita pulang ke rumah singgah ke Bee Hwa cafe untuk menikmati makanan kopitiam tradisional Hainan yang halal.
Mereka telah beroperasi sejak beberapa dekad yang lalu memang wajib dikunjungi untuk menikmati makanan cina halal. Sebut sahaja nak makan apa pasti mereka ada seperti mi kari putih, mi udang dan char kuey teow!
Setiap satu pasti akan letupkan deria rasa dengan kompleksiti rasa yang terhasil daripada resipi tersendiri. Baru lengkap pengalaman percutian korang di pulau ini bila perut kenyang dengan pelbagai makanan menyelerakan.
Photo from Raihan Zubir
📍 10, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
⏰ Setiap hari kecuali Ahad (7 am - 3 pm)
Starter Pack Restoran Wajib Kunjungi Di Pulau Pinang
Lepas ini setiap kali korang bercuti ke sini wajib kunjungi ke 5 restoran ini baru puas hati. Selain daripada beberapa lokasi tersembunyi yang orang Pinang taknak bagitau supaya tak ramai orang (katanya).
Singgah ke kedai tumpuan pelancong pun tidak mengapa. Kerana ada sebab kenapa kedai mereka penuh dan iannya disebabkan makanan mereka memang sedap tiada bandingan.
Mungkin korang suka: