Chef Indonesia Kata Nasi Kandar Malaysia Tak Sedap!
Pemenang Masterchef Indonesia Musim Ke-5 ini mendakwa bahawa nasi kandar di Malaysia tidak sedap dan berpasir rasanya. Tambahan pula, Chef ini turut merasakan versi masakannya jauh lebih sedap.
Nasi kandar menjadi kegemaran majoriti warga tempatan digemari hampir setiap hari. Berasal dari Pulau Pinang, hidangan ini cukup menyelerakan dengan aneka lauk pauk bercampur dengan pelbagai jenis kuah.
Photo from Kuali
Disebabkan semakin ramai pelancong luar berkongsi pengalaman menikmati hidangan ini. Kesannya dapat dilihat dengan populariti melonjak sehingga beberapa negara turut menghasilkannya sendiri.
Contohnya di negara jiran, Indonesia. Seorang YouTuber bernama Boengkoes berkongsi pengalaman menikmati nasi kandar di kedai dimiliki oleh pemenang Masterchef Indonesia yang mendakwa versi masakannya jauh lebih baik.
Photo from Boengkoes
Dakwa Masakannya Jauh Lebih Baik, Chef Ini Buka Restoran Jual Makanan Malaysia Di Indonesia
Photo from Panho Panmee
Dalam video tersebut, Bongekoes memberitahu penonton bahawa restoran ini baru sahaja dibuka di Tangerang, Indonesia. Restoran tersebut dikendalikan oleh chef bernama Stefani Horiso, atau Fani.
Bernama Panho Panmee & Nasi Kandar anda boleh nikmati pelbagai hidangan istimewa Malaysia. Contohnya, nasi kandar, mee kari, wonton ayam, panmee dan durian cendol Pulau Pinang.
Boengkoes mengambil peluang untuk mencuba pelbagai hidangan termasuklah nasi kandar versi Fani.
"Tiap Hari Makan Nasi Kandar Tapi Rasanya Kurang Enak Di Malaysia," - Fani
Photo from Tristar Institute
Stefani muncul dalam video tersebut disoal oleh Boengkoes berkenaan menu nasi kandar yang ada di restorannya. Menurut Fani, dia sering kali menikmati hidangan ini apabila berada di Kuala Lumpur.
Bagi dirinya, hidangan yang dinikmati di Malaysia masih ada kekurangan. Dia merasakan perlu diubah baik bagi memenuhi citarasanya.
"Tiap hari asyik makan nasi kandar sahaja tapi rasanya kurang enak di Malaysia. Saya rasa boleh buat juga di sini," ujarnya. Fani turut mendakwa terdapat perbezaan antara versi Malaysia dan ciptaannya.
Katanya semuanya bergantung pada penyediaan bahan mentah.
Photo from Penang Local
Kalau Di Malaysia Pakai Bahan 'Instant' Itu Yang Jadi Tak Sedap?!
Photo from Chef Obie
Fani berkata, nasi kandar yang dihasilkan olehnya wajib menggunakan bahan rempah segar dibuat secara manual. Dia mendakwa Malaysia lebih gemar pakai rempah instant dalam kuah kari.
Kesannya ialah kuah tersebut rasa seperti berpasir apabila dimakan. "Kalau di Malaysia dia pakai serbuk rempah semuanya. Kalau di sini kita pakai rempah fresh dihasilkan sendiri, kalau di sana pakai rempah serbuk kalau dituang rasanya seperti berpasir," tambah Fani.
Photo from Badan Warisan Malaysia
Selain itu, Fani turut merasakan bahawa dia sudah berjaya menghasilkan hidangan yang sebenar dan memenuhi citarasa ramai.
Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Setelah Melihat Rupa Nasi Kandar Versi Fani
Setelah habis berbual, Boengkoes dilihat sedap menikmati nasi kandar versi Fani. Dia juga mendakwa jauh lebih sedap daripada versi asal.
Tambahan pula sudah tentu netizen meluahkan rasa kecewa apabila Boengkoes menunjukkan masakan Fani dalam video itu. "kuahnya nampak sangat cair serupa kuah gulai ditambah dengan ayam kelihatan seperti masak merah.
Photo from Libur
Ditambah dengan telur dada dan sayur kubis pucat langsung tidak sama macam di negara kita," ujar netizen.
Selain itu seorang netizen turut menerangkan kepada Boengkoes bahawa hidangan ini tidak wajar dipanggil nasi kandar. Katanya, "Bro ini bukan nasi kandar tapi nasi kari. Hidangan ini bukan macam ini.
Kuah tu orang kita panggil ceroi (cair). Hidangan ini antara makanan paling banyak pakai rempah dan extreme bagi orang luar. Memang ramai orang luar tak dapat terima rasa rempahnya."
Photo from The Star
Kalau Nak Rasa Yang Asli, Wajib Cuba Di Pulau Pinang!
Photo from World of Buzz
Menariknya beberapa netizen Indonesia turut memberi pandangan tentang video ini. Seorang netizen berkata, "Kalau mau makan yang Original, perlu ke Penang. Di sono tempat lahirnya hidangan yang asli.
Rempah bikin sendiri giling sendiri. Rasanya menikam kalbu," tambahnya. Bahkan bukan sahaja seorang, yang lain turut bersetuju dengan pendapat ini.
Photo from Hussein
Walau bagaimanapun tidak dinafikan bukan ramai boleh menerima rasa hidangan ini. Mungkin tidak kena dengan selera tekak mereka apabila terlalu banyak kuah sudah bercampur.
Justeru itu tidak terkejut melihat seorang chef ingin menghasilkan versinya yang kena citarasa sendiri.
Photo from Bobby Hartanto
Mungkin korang suka: