download Jom Explore app
3 Lokasi Rojak Pasembur Terkenal Di Penang!

3 Lokasi Rojak Pasembur Terkenal Di Penang!

Uncategorized
By Muhammad Aliff on 12 Oct 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Rojak Pasembur merupakan antara makanan paling popular di kalangan pelancong setiap kali menyinggah ke Penang. Walaupun kelihatan bersepah dengan campuran pelbagai bahan rasanya yang melazatkan cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh cinta!

Asal-usul rojak boleh dikatakan bermula daripada orang Jawa sekitar abad ke-10. Ia merupakan makanan tradisional merujuk kepada campuran buah dipotong kecil digaulkan dengan kuah pedas yang pekat.

Makanan ini mula berkembang apabila diperkenalkan kepada pedagang dari negara India yang datang berniaga di kawasan Jawa. Kemudian, para pedangan ini telah mengubah suai rasa dan bahan rojak mengikut citarasa dan selera tekak mereka.

Disebabkan itu kita sendiri dapat lihat kebanyakkan yang menjual rojak adalah orang mamak (India Muslim). Namun, rojak pasembur pula merupakan versi lain yang menggunakan konsep sama daripada rojak.

Bezanya adalah kalau rojak menggunakan buah. Pasembur pula menggunakan bahan berasaskan 'kuih' seperti bebola ikan, cucur udang, tauhu dan sebagainya. Kuahnya pula digantikan dengan kuah kacang pekat.

Memang rugi kalau dah sampai penang tak cuba rojak pasemburPhoto from George Town City

Kalau nak cari pasembur yang sedap destinasinya mestilah di Penang yang merupakan syurga untuk mencari makanan sedap. Tetapi ada beberapa lokasi yang wajib korang singgah untuk mendapatkan rasa sebenar pasembur barulah puas hati.

Korang baca sampai habis untuk ketahui setiap lokasi tau!

Hussain Pasembur King

Beroperasi Sejak Tahun 1951 Kedai Ini Memang Popular Photo from Hussain Pasembur Rojak

Dibuka sejak tahun 1951 dan terletak di medan selera Padang Kota Lama yang cukup terkenal. Hussain Pasembur King menjadi destinasi utama bagi pelancong untuk menikmati rasa pasembur yang sebenar.

Menurut pelanggan mereka ramai mengatakan kedai ini memang terkenal dengan pilihan yang disajikan. Korang berpeluang untuk memilih 20 jenis pilihan untuk mencipta rojak yuang mengikut citarasa korang.

Rahsia mereka terletak pada kuahnya. Kuahnya memang cukup pekat memberi rasa manis dan pedas yang melazatkan tau. Selain itu, warnanya yang merah bernyala memberikan gambaran visual sungguh menyelerakan apabila korang melihatnya di depan mata.

Segala pilihan yang disajikan adalah segar dan dimasak dengan sempurna. Sudah 3 generasi mengendalikan perniagaan ini memastikan kualiti makanan yang dijual adalah bersih dan sedap tau.

Min suggest untuk elakkan datang pada waktu malam kerana memang tak dapat peluang untuk cuba. Sebaiknya datang pada waktu lewat petang supaya ada ruang yang cukup selesa untuk korang nikmati resipi pasembur mereka.

Tekstur ranggup dengan kuah pekat pedas memang melazatkanPhoto from Khairul Kamisan

Harganya pula ada yang kata sedikit mahal. Namun, korang boleh pilih jenis set atau bagitau perkerja bajet korang berapa supaya korang dapat menikmati kesedapannya tanpa lari daripada bajet.

📍 Medan Renong, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

⏰ Setiap Hari (12 pm - 12 am) Jumaat ( 2 pm - 12 am)

Pasembur Stall No 9 Anjung Gurney

Suasana yang meriah dipenuhi dengan pilihan makanan yang sedapPhoto from Pasembur Stall No.9

Kalau korang cuba google mencari lokasi rojak pasembur yang sedap di Penang. Korang mesti wajib terjumpa video seorang lelaki sedang memotong sambil menyanyi dengan penuh irama "rojak,rojak,rojak" pasti menarik perhatian sesiapa pun melihatnya.

Terletak di Anjung Gurnery, gerai ini memang cukup terkenal dalam kalangan pelancong luar. Korang tak perlu risau kalau tak nampak atau sesat mencari gerai ini kerana persekitarannya sudah cukup untuk mencuri tumpuan perhatian.

Gerai ini dihiasi dengan lampu dan lagu untuk mewarnakan suasana tau. Kemudian, perkerjanya pula akan menyanyi sambil memotong setiap bahan yang korang pilih memberikan suasana kegembiraan yang tiada di tempat lain.

Aneka pilihan yang ada pun tak kurangnya namun kuah kacangnya ramai kata antara yang paling sedap tau. Rahsianya hanya pemilik sahaja ketahui kerana ia memberikan rasa lemak manis tiada bandingan tau.

Antara bahan yang boleh dipilih untuk masukkan dalam rojakPhoto from Haji D

Dicampurkan pula dengan bahan yang mempunyai tekstur ranggup memang padanan sesuai. Kalau makan dekat gerai ini mungkin korang akan terikut sekali suasana yang dipenuhi dengan lagu irama dan tarian menyeronokkan.

📍 No.9,Persiaran Gurney.T.P.S Gurney Drive(Baru),Menara Sunrise, Township, 10350 George Town, Pulau Pinang

⏰ Setiap Hari ( 3:30 pm - 1 am)

GANI Famous Pasembur

Lokasi kedai ini juga menjadi pilihan ramai untuk menikmati pasemburPhoto from FB | GANI Famous Pasembor

Ada yang suka Hussain dan ada yang suka GANI. Sama seperti nasi kandar ada peminat yang kekal setia mengatakan kedai kegemaran mereka jauh lebih sedap berbanding kedai lagi satu.

Terletak di tempat yang sama dengan Hussain. GANI memang cukup terkenal dengan pelancong yang kerap datang ke Penang untuk mencuba resipi mereka pula. Ada yang kata rasanya jauh lebih sedap berbanding persaingan.

Apa yang membuatkan GANI sedap menurut pelanggan tetap adalah kuah kacangnya. Cara mereka sedikit berbeza dengan menggunakan resipi tersendiri untuk memberikan rasa manis sesuai dipadankan bersama pilihan bahan korang.

Sama seperti lokasi sebelum ini kawasan medan selera ini memang akan dibanjiri dengan ramai orang. Datang pada waktu yang tak ramai orang untuk menikmati rojak korang dengan cukup tenang.

Jangan takut untuk bagitau berapa bajet korang kalau takut kena caj mahalPhoto from FB | GANI Famous Pasembor

Kalau nak tingkatkan pengalaman makan korang jadi lebih sedap. Korang bolehlah cuba menyinggah gerai berdekatan untuk menikmati cendol yang sesuai sangat makan bersama rojak. Selain itu, jangan takut untuk bertanya harga kalau takut kena caj mahal!

📍 3,Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,, George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

⏰ Setiap Hari (11 am - 1 am)

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok