download Jom Explore app
Port Rojak Paling Sedap Di Lembah Klang

Port Rojak Paling Sedap Di Lembah Klang

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 06 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Telah menapak sejak tahun 1995, Rojak Karim & Cendol masih menjadi tumpuan kalangan penduduk Shah Alam yang inginkan sepinggan rojak dengan semangkuk cendol untuk menu minum petang di Seksyen 9 yang masih tak ramai orang tahu tau!Haa.. walaupun Shah Alam ini merupakan antara bandar utama di negeri Selangor, kawasannya masih mempunyai kedai makan yang tidak ramai orang luar tahu tau. Kebanyakkannya penduduk Shah Alam pun takkan bagitau rahsia mereka untuk elakkan restoran kegemaran mereka penuh!

Biasalah kan takkan lah kita nak tempat kegemaran kita ni dipenuhi orang ramai, boleh hilang mood kalau tak dapat makanan kegemaran kita! Sebab itulah kalau korang tengah mencari rojak paling sedap di kawasan lembah klang ni, apa kata korang singgah sekejap Rojak Karim & Cendol!

Rojak merupakan antara makanan yang memang popular sehinggakan orang luar negara pun sanggup datang untuk menikmati sepinggan rojak! Gabungan pelbagai rasa manis, pedas, masam dapat dirasai dengan setiap suapan seperti letupan dalam mulut korang kan.

Inilah Port Rojak Paling Sedap Di Lembah KlangPhoto from Mohd Arif Ibrahim

Tapi ada rahsia yang menyebabkan Rojak Karim & Cendol membuatkan iannya popular di kalangan penduduk Shah Alam. Kalau nak tau, baca sampai habis dulu. Jom!

Port Lejen Untuk Dapatkan Rojak & Cendol!

Dapat Rojak & Cendol Memang BestPhoto from Hakim Shahlihim

Kalau yang tak selalu makan rojak ini istilah 'rojak' bermaksud campuran tau. Haa.. sebab itulah korang akan lihat pelbagai komponen yang diletakkan bersama untuk menghasilkan gabungan rasa yang memang hanya boleh dirasai melalui rojak.

Apabila korang makan rojak, rasa yang perlu ada adalah gabungan rasa masam, manis, pedas dan sedikit masin yang untuk menghasilkan letupan rasa dengan setiap gigitan. Rojak biasanya mengandungi pelbagai jenis sayuran dan kadang kala buah yang dikenali sebagai rojak buah.

Di Rojak Karim & Cendol, sepinggan rojak bermula dengan hirisan timun, taugeh yang rangup, ubi kentang, telur rebus, tauhu dan kadang kala cucur udang yang dicampurkan bersama tau! Kemudian, dilimpahi dengan kuah kacang yang patut korang mintak lebih.

Kuah kacang akan memberikan rasa kaya yang kompleks sekaligus meningkatkan kesedapan rojak bersama bahan yang lain tau. Kuah ini bertanggunjawab untuk mengimbangkan keseluruhan bahan-bahan yang dicampur.

Selepas menikmati sepinggan rojak, tak lengkap kalau tiada pencuci mulut tradisional iaitu Cendol. Cendol merupakan pelengkap sempurna untuk menyegarkan serta menyejukkan korang lagi-lagi waktu hari panas terik!

Komponen utama cendol adalah cendol yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung kacang hijau dan ekstrak daun pandan. Rasanya kenyal memberikan tekstur unik pada pencuci mulut ini.

Digabungkan dengan ais batu bersama gula melaka yang dihasilkan daripada air nira pokok kelapa yang mempunyai rasa kaya seperti karamel. Sirap ini dicurahkan untuk memberikan rasa manis!

Kombinasi Rasa Menghasilkan Rasa Sedap!Photo from ES Abas

Pelengkap utama cendol adalah santan untuk memberikan rasa krimi dan berlemak sekaligus menjadikan cendol antara pencuci mulut paling sedap! Sangat sesuai untuk dipadankan selepas menikmati gabungan pelbagai rasa daripada rojak.

Bukan Satu Jenis Rojak Sahaja, Macam-Macam Jenis Ada Tau!

Haa.. Lihatlah Menu Dekat Rojak Karim NiPhoto from MB Production

Apabila korang nampak sahaja gerai Rojak Karim & Cendol, perhatikan menu yang diletakkan di hadapan gerai. Korang dapat melihat pelbagai pilihan yang ada untuk korang nikmati tau.

Selain daripada rojak biasa, terdapat rojak mee biasa, rojak sotong biasa dan rojak mee sotong! Menurut pelanggan tetap, mereka rekomenkan korang untuk mencuba rojak mee dan juga rojak sotong tau.

Mee kuning yang ditoskan dicampurkan sekali dengan rojak untuk menghasilkan sebuah hidangan tersendiri sama macam korang makan mee sup! Selain itu, rojak sotong pula mempunyai kepingan sotong goreng yang dipecahkan ke dalam rojak korang tau.

Haa.. selain daripada rojak, korang boleh dapatkan dua jenis cendol iaitu cendol biasa dan juga cendol pulut! Perbezaan antara dua ni adalah korang akan dapat menikmati pulut yang diletakkan sekali dalam mangkuk cendol korang tau. Tekstur kenyal menambah elemen yang berbeza daripada cendol biasa.

Pelanggan Ramai Rekomen Untuk Cuba Rojak Mee!Photo from Helmi Roslan

Kalau korang bukan pengemar cendol jangan risau kerana korang juga boleh pesan Ais Batu Campur (ABC) yang diperbuat daripada ais batu dengan pelbagai topping manisan seperti kacang merah, jagung manis, cincau untuk memberikan pelbagai tekstur dan warna dalam pencuci mulut ini.

Harga Berpatutan Dengan Lokasi Strategik

Harga Yang Disediakan Berpatutan TauPhoto from MB Production

Selain daripada menghasilkan rojak dan cendol sedap, harga di Rojak Karim & Cendol berada di skala berpatutan tau. Haa.. korang jangan risau nak melepak makan dekat sini memang seronok!

Korang tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati portion makanan yang cukup serta sedap! Selain itu menu yang disediakan juga dapat memenuhi citarasa sesiapa sahaja tidak kisahlah yang cerewet ataupun tidak.

Haa.. kalau korang taknak cuba rojak biasa korang juga boleh mencuba pilihan rojak lain! Bukan itu je, kawasan Rojak Karim & Cendol mempunyai pelbagai food truck serta peniaga yang lain juga.

Jadi, selain daripada rojak korang juga dapat menikmati makanan lain untuk dipadankan bersama rojak korang! Memang puas hati kalau nak dijadikan tempat ni makan petang sebelum menghabiskan hari korang.

Hari Yang Panas Memang Sesuai Disejukkan Dengan CendolPhoto from Khairul Ashraf

Apa kata kalini singgah Shah Alam untuk menikmati rojak pulak!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok