4 Variasi Rojak Mungkin Korang Tak Tahu
Bertuahnya kita dilahirkan dalam Malaysia kerana kepelbagaian makanan. Contohnya, rojak yang cukup popular untuk sebagai makanan ringan ketika waktu petang mempunyai beberapa versi tak ramai perasan.
Sama seperti laksa, rojak bukan sahaja sepinggan salad. Hidangan yang berasal dari Indonesia boleh disediakan dalam pelbagai cara mengikut negara masing-masing.
Photo from George Town City
Kalau di negara kita setiap versi sungguh unik. Kerana setiap satu mencerminkan budaya serta rasa tempatan yang dapat kita rasakan.
Pasembur
anHaji DVersi yang popular di Pulau Pinang. Gabungan pelbagai bahan goreng, tauhu, sayur, tauhu, telur rebus, sotong dan cucur. Kemudian ditambah dengan sos pedas yang berperisa diperbuat daripada cili, kacang tanah dan keledek.
Rojak ini lebih berat dan sesuai untuk makan jika korang tengah lapar. Menjadikan pilihan terbaik untuk makan petang dan kekal kenyang sehingga malam. Selain itu ia boleh makan bersama mi kuning.
Photo from Khairul Kamisan
Ini dipanggil rojak mee dan boleh makan bersama ayam goreng pulak tu!
Rojak Buah
Photo from Reddit
Selain pasembur ini juga antara variasi yang boleh dijumpa di seluruh negara. Bahan goreng seperti cucur, tauhu diganti dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran seperti timun, nanas, mangga, epal dan taugeh.
Ada peniaga akan tambah sotong rebus untuk menambah tekstur ranggup dalam pinggan. Setiap bahang dipotong saiz kecil kemudian dicampurkan bersama sos pedas manis yang selalunya diperbuat daripada pes udang.
Photo from Dreamstime
Sehubungan dengan itu, bahan seperti pes cili, sos hoisin, kicap manis dan gula melengkap rasa sos manis tersebut. Rasa manis, pedas dan masin memberi campuran pelbagai rasa menzahirkan rasa kompleks.
Sotong Kangkung
Photo from SirapLimau
Versi yang mempunyai bahan paling sedikit. Kerana dua bahan utama menyerlah dalam versi ini, iaitu sotong dan sayur kangkung, Sotong akan direbus sehingga lembut, sementara kangkung dicelur lembut.
Kemudian sos kicap manis dan cili akan dicampurkan ke dalam pinggan tersebut. Keseluruhan hidangan memberi kelainan dari segi tekstur menawarkan rasa lembut serta ranggup dengan satu gigitan.
Jangan lupa untuk perah limau nipis untuk menambah rasa masam menyegat dengan setiap gigitan.
Pasembur Cina
Photo from My Lovely Recipes
Sedikit susah untuk dijumpa dan berasal dari Pulau Pinang. Di situ ia dikenali sebagai cheh hu (ikan mentah) dalam bahasa Hokkien. Untuk menghasilkan versi ini beberapa bahan wajib diperlukan.
Seperti timun julienned, jicama, tau kua goreng (kacang) dan obor-obor yang diperap dengan sos ubi keledek. Tambahan pula kacang tanah yang siap dihancurkan akan ditambah sebagai hiasan.
Photo from Tabi Together
Jika ingin rasa pedas, korang boleh tambah sos cili ke dalam rojak ini.
Uniknya Rojak Terpengaruh Dengan Budaya Rasa Tempatan
Photo from FB | Mat Salleh Cari Makan
Analisis terhadap setiap versi rojak menunjukkan betapa kaya serta pelbagai budaya kulinari dalam negara. Setiap variasi memiliki sentuhan lokal serta sejarahnya tersendiri yang menarik jika dikaji.
Contohnya pasembur yang dihasilkan oleh orang India-Muslim di Pulau Pinang. Manakala rojak buah lebih dekat dengan budaya orang Melayu serta Cina. Kaki foodie pasti akan menghargai setiap versi makanan ringan ini.
Sesuai untuk dinikmati dalam pelbagai situasi. Terutama ketika waktu petang sambil menikmati suasana nyaman melihat persekitaran sekeliling. Setiap variasi membuatkan setiap individu mempunyai pilihan kegemaran mereka.
Justeru, rojak bukanlah makanan ringan biasa. Ia boleh dikatakan cermin kepada budaya yang kaya dalam negara kita. Terhasil daripada kreativiti untuk mencipta sebuah makanan penuh dengan rasa kompleks.
Sangat rugi bagi mereka yang tidak pernah mencubanya sekali dalam seumur hidup.
Mungkin korang suka: